Tujuh kebaikan menangis

Sunday, July 3, 2011

| | | Comments: (20)
Kadang-kadang kita menangis kerana gembira tetapi selalunya kita menangis kerana berduka bukan? Berapa kerap korang menangis?Kerapkali, kadangkala atau jarang sekali?


Perempuan kerap menangis kerana punyai naluri yang lembut, usah sakitinya kerana bekas calarnya sangat dalam..Bagaimana pula dengan seorang lelaki?Kebanyakannya sukar untuk menangis kerana punyai ego yang tinggi?Betulkah?Tapi tak semua begitu, bergantung pada individu itu sendiri..


Tangisan itu kadangkala hadir bila kita tonton cerita yang menyentuh jiwa, hanya dengan mendengar lagu jiwang tatkala kita berada dalam situasi putus cinta dan ia cepat mengalir ketika mood kita down, berada dalam kesedihan..






1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.



Kredit kepada http://ezany-kun.com/

Kejayaan yang manis tidak akan datang bergolek tanpa pengalaman yang pahit

Friday, July 1, 2011

| | | Comments: (4)
Bila bercerita tentang pengalaman, ianya terbahagi kepada dua bukan?Tapi myra nak celoteh tentang pengalaman buruk! Ya, kerana pengalaman pahit itulah yang akan memberi kesedaran kepada diri kita, mengajar kita, mendewasakan kita..


Biarpun pahit untuk ditelan, tapi itulah yang akan membantu diri kita di masa akan datang..Pengalaman buruk itu mengajar kita supaya lebih berhati-hati, supaya tidak ulangi kesilapan lama..Jangan kerana sekali anda terjatuh anda terus berputus asa, bangunlah kembali walaupun perlu merangkak..


Siapa mahu ulangi kesilapan yang sama bukan?Kalau boleh pengalaman pahit buruk ni lah yang akan kita simpan jauh-jauh dari sudut fikiran kita..Mengapa?Mungkin kerana tak mahu mengingati benda pahit yang pernah dilalui, sepahit ubat yang ditelan..Tetapi, benda pahit ni yang akan mengajar kita, membuka pandangan kita untuk mengenalpasti jalan yang dilalui itu betul atau salah..


Makin banyak pengalaman pahit, makin bertambah rasa garam di dalam kehidupan, makin menjadikan kita manusia yang kenal erti kehidupan..Tapi, jangan pula disebabkan pengalaman itu anda menjadi seorang yang takut kerana 


So, bila korang ada pengalaman pahit, korang senang nak handle diri korang bila berada di dalam situasi yang pernah korang lalui, masa tu kita boleh berdiri di kaki sendiri untuk terus mencuba memilih jalan yang terbaik :)


Jadikan pengalaman sebagai pengajaran, itu lebih baik..Bila sedikit sebanyak pengajaran diambil, maka jadilah ia pengalaman berharga yang bakal membantu perjalanan hidup yang masih jauh.




Thanks for reading! :)