Tips : Mari Belajar Gunakan Twitter!

Sunday, February 19, 2012

| | | Comments: (15)
Apa itu twitter? Korang ada twitter? Kalau ada, aktifkah anda? hewhew. Kebanyakan dari kita ada twitter tapi tak tahu cara untuk gunakannya. Bila tak ada sumber rujukan mulalah rasa malas untuk ber'tweet bukan? Bila tak tahu gunakannya, mulalah kita rasa twitter itu sangat bosan bukan? Cuba bila kita tahu guna, mesti kita akan cakap best owhhh! Buat yang dah pro tu, tidak digalakkan untuk membaca post ini. kuikui. 


Kalau nak tahu, twitter sekarang dikenali sebagai SMS INTERNET! Eh mengapa? Yela, tak perlu ada nombor telefon pon kita boleh ber'tweet tidak berhenti seperti sms. Seronok bukan? Tak payah nak beli topup selalu, jimat fulus sikit. hihi. 


Jom kita tengok istilah di twitter. Now, lets begin! 
.....................................................................
1. Followers : followers adalah orang yang mengikuti kita dan akan menerima setiap pembaharuan yang dilakukan.

2. Followings :
followings adalah orang yang kita ikuti dalam twitter. Ini merupakan kebalikan dari follower, kita akan menerima setiap update orang yang kita follow.

3. Re Tweet :
re tweet yang sering disebut sebagai RT adalah menulis ulang tweet orang lain dalam profile kita sendiri dan biasanya diikuti dengan nama orang yang membuat tweet pertama kali.

4. Trending Topics :
trending topics adalah topik yang sedang hangat di antara pengguna Twitter sedunia. Biasanya trendingtopics ini akan muncul dan selalu di update pada halaman twitter kita.

5. Over Head :
  adalah simbol yang kita pakai untuk menuliskan tweet milik orang lain pada status kita tetapi kita tidak ingin mentionkan siapa yang menuliskannya. Jadi, OH sama dengan RT, cuma tidak di'mention'kan siapa penulis tweet itu. OH ditulis di depan tweet yang ingin kita masukkan. 

6. Direct Message :
direct message atau disingkat sebagai DM adalah pesan peribadi teman kita (followers) kepada kita. Pesanan hanya akan dapat dibaca oleh penerima dan tidak akan ditayangkan kepada mana-mana pengikut anda.

7. Tanda @ :
 tanda @ adalah men-tag atau mengkhususkan tweet kepada salah seorang teman kita seperti @myravea .  Simbol "@" disebut "mention" atau "connect" dalam twitter.

8. Hash Tags #:
Tanda pagar ini biasanya digunakan untuk mempermudah pencarian topik yang sedang hangat di twitter. Segala perkara yang anda kongsikan akan ditayangkan kepada pengikut anda dan akan juga ditayangkan di satu laman atau sebuah kumpulan mereka yang mempunyai hashtag yang sama.
Contoh: Jika anda menulis sesuatu dan meletakkan #motivasi, apa yang anda kongsikan turut akan dibaca oleh mereka yang mempunyai hash tags "#motivasi"


9. Favorites: dipakai untuk menyimpan tweet tertentu yang diinginkan (tweet yang kita suka).

10. HeardThrough (HT) : adalah simbol yang kita pakai untuk menuliskan tweet berdasarkan sesuatu yang kita dengar dalam kehidupan nyata. HT ditulis di depan tweet yang ingin kita dimasukkan.
.....................................................................

So now dah tahu caranya bukan? Apa tunggu lagi? mari kita ber'tweet! Gambar di atas ini merupakan skin paling latest dari twitter! Lebih tersusun dan kemas nampaknya. GOOD! Follow twitter myravea di SINI dan jangan segan silu untuk bertegur di twitter ya. *wink*




p/s : Entry ini hanya sekadar perkongsian, kalau ada yang terkurang harap maaf je awak :')




Apakah fungsi dan kepentingan header blog? Adakah sebagai penyambut pembaca?

Friday, February 10, 2012

| | | Comments: (50)
Header semasa blog ini :')

Header sebagai penyambut pembaca? Bisakah kita samakan header dengan cover buku atau majalah? Ataupun samakan ianya dengan pembalut coklat mahupun keropok? Yang pabila kita lihat pembalutnya menarik dan tangan mula gatal untuk membeli? From my opinion, Oh yes!


So, did you all noticed that header sebenarnya salah satu penarik untuk pembaca ke blog anda? Now i'm asking you, bila kita pergi ke sebuah blog, apa yang first sekali yang kita akan pandang? Yeah, kita akan pandang header tuan punya blog dahulu bukan? Am i right? 


Makanya, benar atau tidak header itu merupakan salah satu faktor pembaca untuk ke blog anda? Jika samakan dengan pembalut coklat cadbury dengan pembalut coklat kosong tanpa corak yang manakah lebih menarik dan tertarik? I know u knew the answer right?


By the way, tidak benar sama sekali jika header blog cantik maka kandungannya pon cantik. No no nooo, itu salah. So don't judge a book by it's cover bak kata pepatah omputih. Kalau boleh biarlah seimbang bukan?


Sedar atau tidak, header itu boleh dianggap sebagai hidangan kepada para pembaca blog korang. So, tidak molek jika dihidangkan dengan air kosong sahaja bukan? Kalau boleh hidangkanlah dengan air sirap lemonade yang manis rasanya dari air kosong yang biasa rasanya. So, you know what i mean?*wink*



Ya, atas ni contoh header yang ditempah oleh mereka. Sungguh tidak adil, header si penempah lebih molek dari tuan punya header. Rasa macam nak nangis wuwuwu disebabkan oleh kekangan masa untuk melayan kerenah hati yang mahukan header baru untuk blog sendiri.


Last but not least, just nak inform bahawa tempahan untuk design header, footer, banner dan watermark masih dibuka dan tidak ditutup mahupun dibungkus. huwhuw. Thanks buat sesiapa yang telah memberikan kepercayaan kepada myra untuk design'kan header awak dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah :)

Candy Buffet@Dessert Buffet, trend masa kini!

Friday, January 27, 2012

| | | Comments: (37)
Pernah dengar about candy buffet atau desert buffet? So, apa rasanya kalau dapat buat candy buffet ni sekali sekala semasa sambutan hari jadi untuk diri sendiri atau family? Of course perasaan sangat gembira bukan? Perasaan seperti melompat-lompat kanak ribena itu pasti ada di dalam diri. hewhew. Yelah, sekali sekala apa salahnya? *wink


Sekarang, ramai yang mencari service ini untuk majlis-majlis seperti pertunangan, perkahwinan, birthday's party, gathering dan lain-lain bukan? Sudah menjadi trend agaknya. Mungkin kerana Candy@desert buffet ini sangat comel sehingga membuatkan ramai yang terpikat dan ingin merasainya sendiri!


Yelah, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal mestilah mahu merasa bukan? So, nak tahu di mana korang boleh dapatkan service ini? Semestinya di ATIQAH'S DESSERT!  Lepas ni korang tak perlu lagi terkial-kial mencari.Tempah sahaja di situ kerana harganya berpatutan dan service nya juga boleh tahan terbaik mengikut review oleh si penempah.


Amacam? ada rasa tergugat tak? It's all about candy dear! So, kalau korang tak suka candy boleh juga cuba dessert buffet untuk kuih-muih tradisional seperti di bawah. Nampaknya semua yang disediakan sengat sedap dan sangat yummy!



For your infomation, selain dari perkhidmatan candy dan desert buffet, ATIQAH'S DESSERT juga ada menyediakan perkhidmatan lain seperti homemade chocolate, kek, cheese tart, cupcakes and kek coklat. Wau, sangat rambang mata dibuatnya! So, what are you waiting for? Mari serbu menempahhhhhh!