Segmen mari kenali saya dan blog saya!

Monday, October 31, 2011

| | | Comments: (5)
Buat sape-sape yang rajin join segmen-segmen ni, jom kita serbu join "SEGMEN KENALI SAYA DAN BLOG SAYA!".So, what are you waiting for?Cepat join sebelum terlambat disebabkan oleh hari ini adalah peluang last untuk korang join segmen dari TAUFIQ NAZLI si comel ni *wink*






One two three, START!!!
Photobucket


CARA NAK JOIN :


- Buat satu entri bertajuk ” Segmen mari kenali saya dan blog saya “.
DONE!

- Letak sekali banner diatas di dalam entri korang.
DONE!

- WAJIB : Tulis sedikit tentang diri anda dan terangkan blog anda adalah blog yang jenis macam mana?
Tuan blog berasal dari utara, berumur 20 tahun, new year merupakan hari lahirnya, sedang menuntut di UITM Negeri Sembilan.
Blog "Dinky Wink Myravea" merupakan salah satu blog personal.

- Follow blog ni dan LIKE page -> TAUFIQNAZLI.
DONE!

- WAJIB Letak link entri anda di ruangan komen dan fan page aku yang korang LIKE.
DONE!














Dah join? Jom serbuu join giveaway yang menarik ni! Klik SINI!

Tempahan header, footer dan banner masih dibuka!

| | | Comments: (22)
Ramai yang bertanya, tempahan masih dibuka kah?Yes cik adik sekalian, tempahan masih dibuka, myra terima dengan hati yang terbuka. hewhew. Akhir-akhir ni ramai yang menempah header dan mereka katakan bahawa bila ada header yang mengikut citarasa mereka ini, rasa bersemangat untuk update entry dan belek blog lama-lama sampai muntah itu kian menggunung! *wink*


Hakikatnya memang begitu bukan?Bila kita puas hati dengan header sendiri, rasa  untuk menempek muka di perkarangan blog sendiri lama-lama itu pasti menebal tambah-tambah bila template kita semua dalam keadaan kemas dan teratur bak kata pepatah, sejuk perut ibu mengandung. hewhew. 


Jom myra tunjuk header dan footer yang menjadi pilihan hati:

























Dah join? Jom serbuu join giveaway yang menarik ni! Klik SINI!

Sesi bersama rakan blogger di Mid Valley!

Friday, October 28, 2011

| | | Comments: (22)
Eh, kenapa semua berkumpul di mid valley ni?eh, ada apa di sini?eh, ramainyaa yang datang beratur?Owh, sesi mengambil tiket movie free dari NUFFNANG rupanya..hewhew..Thanks to blogger baik hati ini kerana sudi mengajak myra datang sekali dengannya *hugs* So, dapatlah myra merasa tengok movie "Don't be afraid of the dark" bersama para blogger and thanks to NUFFNANG!


Antara para blogger yang hadir dan sempat berposing untuk bergambar :
Tiga dara pingitan.Yang mana satu pilihan kalbu?hewhew











Dah join? Jom serbuu join giveaway yang menarik ni! Klik SINI!


Seharian bersama blogger famous CIK EPAL!

Thursday, October 27, 2011

| | | Comments: (63)
Puas hatiku!! Ya, begitu puas setelah bertahun lamanya mengenal gadis ini di alam maya akhirnya bersua juga di alam nyata. Menjadi salah seorang pembaca setia blognya sudah pasti. Edisi menternak lemak, sememangnya dinanti. *Acece, da macam pantun..hewhew

Bergambar bersama, berposing bersama :)

Makan bersama. Ini edisi menternak lemak ayam bersama, eh?


First picture, perempuan kalau tidak bergambar satu dua tiga cheeseeeee bersama pabila berjumpa, tidak sah namanya bukan?kerana bergambar lebih mengeratkan silaturrahim, menjadi kenang kenangan di hari tua..hewhew..


Second picture, perempuan bila berjumpa terus heret ke kedai makan untuk menternak lemak sambil bergosip zassssss ala-ala wartawan berceloteh bukan?Eh, ini bukan fakta tapi auta! Semestinya topik antara blogger adalah mengenai blog, blog dan blog!


About CIK EPAL, yeah dia sangat friendly jauh sekali seorang yang sombong! Ini fakta ya bukan sesi kipas mengipas jauh sekali dirasuah seribu hengget tunaiiiii.. Kalau korang jumpa di tepi jalan dan mahu bergambar bersamanya atau bergosip bersama, sila jangan segan, malu itu biarlah bertempat kerana dia tidak lokek dengan senyuman dan suara. Bak kata omputeh, Don't judge a book by its cover..



Di manakah gambar ini diambil?? Tunggu next next entry ya.. *wink*







Dah join? Jom serbuu join giveaway yang menarik ni! Klik SINI!

Suara FALSETTO yang luar biasa dari NICK PITERA!

Tuesday, October 25, 2011

| | | Comments: (18)
Suara falsetto sangat luar biasa bukan?Korang tahu tak apa itu suara "Falsetto"?"Falsetto" merupakan salah satu jenis suara lelaki. Yang luar biasanya ialah suara dari seorang jejaka yang boleh ditinggikan seperti suara seorang perempuan.

Unik bukan?Bertuahlaa mereka yang memiliki kelebihan seperti ini. hewhew. Bukan setakat suara lelakinya yang berpitch rendah je yang sedap didengar, but suara halusnya seperti perempuan juga semerdu buluh perindu..Wauuuuuuuuuuuuuuuuuu!*blinking eyes*

Pernah dengar tentang Nick Pitera?If not, here you are some information about Nick Pitera..phew, sangat-sangat kagum dengannya! Who is Nick Pitera?He is a young singer with an incredible falsetto voice. His falsetto allows him to sing flawlessly like a girl!*Wau!*So, dah ready nak dengar his voice?Jom serbuuu video-video di bawah!


.............................................................................................






Dah join? Jom serbuu join giveaway yang menarik ni! Klik SINI!

Tips : Kenali si LELAKI KAKI PUKUL

Monday, October 24, 2011

| | | Comments: (43)
Sebagai seorang gadis, mesti ada rasa takut bukan if bakal hubby kita seorang kaki pukul?Phew, im really scared of it. Minta dijauhkan dari lelaki sebegitu rupa, nahas dek badan nanti. Oh tidak!

That's why bila nak pilih calon suami ni bukan boleh dibuat main, sila selidik dengan teliti latar belakang pasangan anda masing-masing. Kalau tidak? Takut menyesal dikemudian hari, menangis tidak berlagu, berduka tiada gunanya..Acece

Next, move on with tips kenali si lelaki kaki pukul. Baru-baru ni pon ade kes keluar paper berita harian about lelaki kaki pukul bukan?So, now memang perlu berhati-hati bab memilih ni, nampak gaya makin cerewetlah myra lepas ni, hewhew..

.............................................................................................
  • Kenali terlebih dulu pasangan. Sama ada dia jenis panas baran sebelum meneruskan perhubungan.
  • Uji kesabaran mereka sebelum menjalin hubungan lebih serius.
  • Andai mereka mudah marah dan memaki hamun tanpa usul periksa, fikirkan tindakan seterusnya sama ada ingin meneruskan hubungan ataupun tidak.
  • Jika lelaki itu kerap bertindak kasar tetapi wanita itu masih menerimanya, jawapannya PADAH! Besar kemungkinan mereka boleh boleh bertindak lebih ganas andai terus dibiarkan.
  • Setiap wanita memiliki sikap manja, sering dilabelkan ‘lembik.’ Janganlah keterlaluan kerana sikap ini sebaliknya memudaratkan diri sekiranya berlaku pergaduhan.
  • Jangan bertindak keterlaluan seperti memaksa, mencabar dan melawan pasangan, khususnya lelaki ada sejarah panas baran, apabila berlaku pertengkaran.
  • Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Sertai kelas mempertahankan diri seperti silat, judo, tinju atau sebagainya sebagai persediaan andai keadaan memaksa.
  • Andai pertengkaran melarat ke peringkat memukul, jerit dan lari ke tempat yang ada ramai orang. Selain mendapatkan bantuan ia juga dapat mengelak keadaan menjadi lebih buruk, termasuk membahayakan nyawa anda.
  • Jangan berdiam diri jika suami anda kaki pukul. Sebaliknya kongsi masalah itu dengan teman rapat atau ahli keluarga supaya kejadian tidak berulang selain memastikan nasib anda terbela andai berlaku kejadian tidak diingini.
.............................................................................................
Jika masih dalam keadaan tertekan, hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di talian 03 7957 5636 atau 03 7957 0636.





Dah join? Jom serbuu join giveaway yang menarik ni! Klik SINI!

Lelaki berkulit hitam atau putih yang menjadi pilihan hati si gadis?

Sunday, October 23, 2011

| | | Comments: (45)
Yang mana satu menjadi pilihan hati para si gadis?Hitam manis atau putih gebu?Eh, putih gebu lebih sesuai untuk gadis-gadis..hewhew..


Berkulit hitam manis pun ada kelebihan dan daya tarikan mereka yang tersendiri bukan?Ada yang berpendapat bahawa lelaki berkulit hitam manis itu lebih macho katanya. So, same goes for those yang berkulit putih gebu. Yang berbeza hanyalah pilihan dan minat seseorang itu.


Pilihan hati dan minat seseorang memang subjektif. Jadi, tak hairanlah if setiap orang punyai selera dan their own opinion about this. So semestinya tiap dari kita punyai pandangan yang berbeza bukan?


So, bagi myra lelaki berkulit hitam manis atau putih suci yang menjadi pilihan hati?and the answer is????????PUTIH!! I dunno why dari dulu lagi myra memang suka tengok jejaka yang putih-putih ni, rasa macam comel je mereka ini tambah-tambah yang baby face tu..Alamak, rahsia peribadi sudah diluahkan, tersipu malu pula jadinya =.=
Tak berkelip tengok gambar ni..hewhew


Tapiiiiiiiii, kalau ikut fakta katanya lelaki berkulit gelap itu lebih seksi?Wahhh, izit true?
Lastly, apa pendapat dan citarasa gadis-gadis yang lain?Lebih minat yang berkulit putih atau hitam manis?errr, atau kuning langsat pon bolehlaaa..hewhew









Jom serbuu join giveaway yang menarik ni! Klik SINI!

Jom serbu join "25 Things Random Giveaway by Penmerah.com"

Saturday, October 22, 2011

| | | Comments: (21)
Dah lama rasanya tak join giveaway macam ni, now terbuka hati pula nak join giveaway dari akak PEN MERAH yang dengan rasminya sudah launching 25 barang untuk Random Giveaway buat kawan – kawan blogger.



So, apakah barang yang termasuk dalam 25 list tu?Antaranya ialah :

1. Barangan Kosmetik Stage
2. T Shirt Lelaki
3. Baju Perempuan
4. Barangan penjagaan muka perempuan dan lelaki
5. Perfume
6. Pendrive bentuk Canon dan Nikon


IMG 1208 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com
IMG 1211 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Top referral :
DSC 0697 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com


Best?Menarik dan tertarik bukan? So, what are you waiting for?Jom serbu join ramai-ramai bagi memeriahkan lagi giveaway ini! hewhew..



Tag : 
rabiatul-adawiyahcute



Tempoh  : 21 Oktober – 10 November 2011

Mengapa SHAWL JOJET PLAIN tetap menjadi pilihan hati?

Friday, October 21, 2011

| | | Comments: (51)
Tatkala mereka semua bergaya dengan pashmina, shawl satin dan sebagainya, daku di sini masih enak memakai shawl jojet plain..


Eh, salah ke tak ikut trend?berpinar mata tengok banyak sangat jenis shawl sekarang bukan?Tapi untunglah banyak pilihan so tak jemu untuk bertukar shawl. Kalau jemu kita tukar, tukar dan tukar! Ohhh, indahnya menjadi seorang perempuan! hewhew..


Tiap satu perkara yang kita buat mesti ada sebabnya bukan? So, the reason why saya masih SETIA dengan shawl jojet plain ialah? Ianya mudah, senang, easy untuk dipakai..Ianya juga cepat, tangkas dan faster bila dipakai. Hewhew..Sila jangan cepuk saya bila baca ayat di atas ya =D


But seriously, shawl jojet plain memang pilihan di hati! Tidak tebal, tidak panas, senang dipakai dan paling best even kita belit-belit pon tidak memakan masa yang lama. But, if pakai pashmina?Mulalah tangan ini gatal nak betul-betulkan, rasa kepala berat dek kerana ketebalannya..phewww..Sebab tu dah tak suka pakai pashmina dah, pangkah buat sementara waktu!


Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni sumenye gambar myra pakai shawl jojet plain..hewhew..layannnnnnn ;)
Asyik style gini je,boring boring..bertukar!


Ok cukup lettew, mane leh letak banyak-banyak nanti muntah pink myra tak tanggung..hihi.. Sape lagi yang setia dengan shawl jojet?Bestkan? *wink*








Thanks for reading :)

Kenapa perlu cuci telinga selalu?

Tuesday, October 18, 2011

| | | Comments: (30)
Cuba pegang telinga anda, agaknya apa yang anda rasa?Oh ya, mestilah rasa skin bukan?hewhew..Bila pegang telinga anda, agaknya terdetik tak rasa nak tahu telinga anda bersih atau kotor?
Buat si jejaka, bayangkan korang sedang date dengan buah hati atau bakal buah hati korang takpun sedang test power nak tackle si dia. Adakah anda yakin dengan penampilan diri?




RAMBUT?KUKU?HIDUNG?TELINGA?
Checked Clip Art


Even tak hensem seperti Aeron Aziz pun takpe asalkan kebersihan diri perlu dijaga bukan?Bagilah first impression yang terbaik iaitu seorang yang pembersih. Kalau diri sendiri tidak terjaga, macam mana nak jaga anak orang nanti? 


Kadang-kadang kita rasa benda kecik ni remeh je kan?Padahal benda yang kecik ni lah yang buat orang lain judge kita. Pernah tak korang keluar dengan kawan or teman hati korang then korang terpandang telinga dorang?So, ada nampak tahi telinga ke tak?takpun ada tak nampak hitam hitam sekeliling telinga?kalau ada, ewwww tak pasal-pasal kne reject. 


Because of it, kebersihan diri pon kenala jaga..Before keluar rumah tu, bawak bawakla cuci telinga tu dulu supaya orang tak turn off bila tengok korang..Kuku pon bawak bawaklah potong bagi clean ye *peace*

Majlis Sidang Media Pilih Kasih 3

Sunday, October 16, 2011

| | | Comments: (25)
Baru-baru ni, myra ada pergi Press Conference Pilih Kasih Musim ke-3 bersama dengan beberapa rakan blogger yang lain..Dan yang menariknya, pilih kasih 3 kali ini akan menampilkan dua orang jelitawan sebagai juri tetap untuk program realiti Pilih Kasih..Siapakah juri-juri tersebut?


Pilih Kasih 3 Diteruskan Bersama Erra Fazira, Umie Aida
Yeah, Erra fazira dan Umie aida!


At first, memang zero in my mind ade lagi juri tetap yang lain then bila dorang dah mention nama Erra Fazira, i was like....WHAT? Tak sangka gila dapat jumpa dia secara life punyaaa..Terkezut saya tau dupdap dupdap, seronok beronok-ronok hati time tu..hewhew..
 Dari masih bayi lagi saya teringin nak jumpa akak Erra! *hiperbola*
Rosyam nor 
........................................................................


Memang meriah hari tu, best sangat dapat jumpe blogger-blogger yang tak pernah jumpa before this, sporting habis! So, antara para blogger yang hadirkan diri pada hari itu untuk memeriahkan lagi suasana majlis ialah?
Thanks Abang Ben    
Akak Pen Merah
Thanks mas ahmad safwan kerana menjemput 
      taufiqnazli    
Sebelah myra, abang UJANG 


Maaflah entry kali ni penuh dengan gambar..hewhew

Gambar Kontroversi Blogger Pilih Kasih

Saturday, October 15, 2011

| | | Comments: (17)
Ni salah satu gambar kontroversi blogger di majlis sidang media Program Pilih Kasih Musim ke-3! Haih, ini program pilih kasih bukan pilih kekasih ya, harap maklum..hewhew..


Tak sangka pulak, aksi spontan di lensa-lensa kamera rupanya menjadi 'bahan kontroversi' jadinya..So, kita layan sudaa gambar-gambar yang ada..Ini entri balas balik dari entri INI






Nak gambar lagi?Jom serbu blog retis BROFRAMESTONE