Hantu raya mengucapkan selamat hari raya

Tuesday, August 31, 2010

| | | Comments: (4)
Amacam??terpaku tak??tersentap mata ini melihat video ni..huaahuaa...macam scary jeee..makhluk bertanduk due ni pon boleh lak bagi salam then siap wish hari raya sambil bagi pakej terbaik lepas hari raya nanti..Ape pakejnye?? "Lepas sebulan berpuasa ni, aku kacau korang balik ye, jumpe lagi!!" hohoho..So, buat korang sume diharap berhati-hati lah jika terjumpa atau terlihat dengan mata kepala atau mata hati si makhluk bertanduk dua ni lepas raya nanti..BEWARE of it! ~ngeee

p/s: sapelah pengarah video ni, xsabar nak bagi bunga ijau..hohoho

Lawan yang diharap menjadi kawan

Saturday, August 28, 2010

| | | Comments: (0)
Kau teman atau lawan?Ku tahu kita pernah bertengkaran,pernah rasa disakiti dan pernah menyakiti walhal kita pernah menjadi manusia yang kenal apa itu erti persahabatan..Akan tetapi, adakah kau tahu apa yang tersirat di dalam hati ini?Secebis hati kecil ini tidak pernah terniat untuk membencimu, tidak terniat untuk menyakitimu..Tidak terlintas di fikiran ini untuk membenci mana-mana manusia walaupun dia sejahat-jahat manusia..kerna ku tahu kita hanya manusia biasa, manusia alpa....

Kita manusia yang tidak pernah merasa puas dengan apa yang digenggam..Kita berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik..Tapi jangan kau lupa, di dunia ini hanya sementara..Selagi mampu bernafas, kita masih dapat fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita..janganlah dikau menyimpan perasaan dendam atau iri hati kerna ku sudah lupa akan sengketa lama dan memaafkan segalanya..
Apa yang ku harapkan, janganlah dikau memandangku sebelah mata atau bermasam muka ketika mata bertentangan kerna apa yang kita lihat adalah apa yang kita fikirkan..samaada positif atau negatif, sematkanlah fikiran positif di dalam minda agar hati selalu dapat merasakan kenikmatan cahaya ketenteraman daripada kehancuran malapetaka yang hanya mendukakan hati..

Pilihlah antara dua yang dirasakan terbaik untuk hidup kita..sampai kapan mahu bermasam muka bercuka-cuka??dekat di sudut hati ini, melaung-laung kejeritan "ku tak mahu lawan tetapi ku mahukan kawan!"..apa gunanya lawan yang hanya akan membinasakan diri sendiri??lebih baik kawan ..fikir-fikirkanlah..lupakanlah sengketa lama yang bermuka-muka..MAAFKAN SEGALA SALAH SILAPKU..

Aku manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan..bukan niatku untuk menyalakan api yang sedang marak..ku hanya berdiri menegakkan diri..kesilapan yang lepas jadikan ia sebagai pengajaran dan jangan diulangi lagi..ingatlah bahawa kesabaran itu adalah salah satu daripada kekuatan iman..down to earth is the best ways in life..

Lip Ice contest!

Friday, August 27, 2010

| | | Comments: (5)
Walla sweet readers..adakah anda salah seorang peminat LIP ICE seperti diri ini *winkwink..ini bukan gurauan tapi kenyataan ~ngeee..Saya sangat shukee LIPICE Sheer Colour!!Love it!!Bloggers sure ade nampak kan iklan-iklan lip ice ni dekat nuffnang??*sila angguk tanda setuju :) ..Cemane nak join kontest ni??Alaa...korang main je game then kalau point korang tinggi, boleh menang hadiah oohhh..cayalah!!

"Play and win Magic Happens with LipIce so you can bring home either an iPhone, a Toshiba Mini Notebook, a Nintendo Wii or a LipIce Hamper."
Remember to clock in the top 5 highest scores for this week for that RM100 cash prize!
Best kan..best kan??myra da join da..just nak share2 ngan korang pasal kontest ni..hoho..manelah tau kalau ade rezeki, bolehla menang RM100 ala ala durian runtuh sempena hari raya bakal menjelma..~ngeeee..yang bestnye kontest ni, everyweek top 5 boleh dapat RM100!Sape nak bagi free-free je mcm gini..hoho..ape tunggu lagi??serbuuu la main..and jangan lupe search je "LIP ICE MALAYSIA" di facebook sambil tekan "LIKE" ye..sebab, ble korang ade sebarang kemusykilan or ble korang menang senang nak follow up..heheh..GOOD LUCK!

Apabila curang, inilah padahnya

Wednesday, August 25, 2010

| | | Comments: (7)
Korang suke kucing tak??kucing korang ade banyak skandal tak?*wau!sangat dasyat ~ngeeee...penah tengok kucing bertengkaran sesame sendiri??takpon sampai gadoh jatuh guling-guling??hoho..kucing sekarang pon da pandai curang tau!xbaik betol..kesian mangsa-mangsanya and samelah dengan manusia pon..kalau boleh avoid lah skandal-skandal ni, nanti boleh makan diri kita balik..try bayangkan, kalaulah kita ni banyak skandal, then tetibe bile kite dah sayang betul-betul kat gf/bf tu, tuptuptuptup rupenye yang paling kite sayang tu pon kaki skandal jugak, halamak..dua kali lima gak macam kite, *hambik kau..tak ke naya namanye tu??So, conclusion nye, jadilah yang setia,"KATAKAN TIDAK UNTUK BERSKANDAL!"~acece..even yang setia gilerz tu pon, kenalah always pick a bit of salt jugak so that bile kena tipu xdelah nak menonggeng tambah meronggeng sangat..pikir-pikir kanlah..PEACE..

Jom layan video ni..meeeeoooowwwwww!!confirm korang bakal gelak sekor2..
You said you loved me
That we'd marry..have kittens..
Tell me why you betrayed me..
Why?
Why??..................

p/s: kesian beno den tgk kucing tu..hohoho

Third header by myravea

Sunday, August 22, 2010

| | | Comments: (7)
Winkwink..ello readers, how are u??Ni hao ma??iam fine thank you..wo hen hao..xiexie..hihi, *before korang tanye myra jawab dulu boleh?siap translate mandarin lagi..~heee



Nampaknye agak lama ye diri ini tak menghupdatekan entry-entry di blog kesayangan nii..xpe2 ni da update da ni..siap update new header skali!hohoho..Jangan salahku sweety, bukan niatku untuk meninggalkan blog ini sampai usang *opsss..Tetapi salahkan lecturer cuz of memberi assignment yang agak-agaknye tebalnya setebal buku 555..haiyaa..lu main tipu meyh ~ngee



Ok, ntah mengapa diri ini rasa macam geram sangat!YES GERAM!!sebab ape?kerna hari-hari tengok header yang same kat blog ni naik boring lak rasanya..hohoho..So, here you are..myra wat new header ni..so korang si loyal readers xdela rasa boring yang amat sangat bila tengok header cik adik yang xseberapa ni..hehe..



So, adakah header ini sedap mata memandang atau header lama lagi sedap dirasa dan dipandang??hehe..Sebarang komen myra terima dengan hati terbuka puasa seluas lautan di ASIA..~heee..sila-sila *wink

my old header
my new header

Ibu, tabahkan hatimu! hapuskanlah air matamu!

Tuesday, August 10, 2010

| | | Comments: (25)
Ibu, engkaulah ratu hatiku..tabahkanlah hatimu wahai bondaku..hapuskanlah air matamu tatkala dirimu sedang merintangi duri-duri kesakitan..kuatkan hatimu!anakmu di sini tahu ibuku seorang yang tabah!!ibu kuat, myra tau ibu sangat kuat!Ibu jangan nangis tau,ayah, myra and adik-adik sume selalu dekat dengan ibu..ibu jangan risau ye..sedara-mara and kawan-kawan semua doakan ibu cepat sembuh! a m i n . . .

Ibu, baru je selasa petang kita borak panjang lebar kan?rasa macam baru semalam!and mula-mula myra macam xpercaya yang ibu masuk hospital *emergency kes pulak tu..ibu ada cakap ibu sakit kepala, tapi myra engat ibu sakit kepala biasa..hmm..masa ayah kol myra cakap ibu masok icu, time tu myra ngah jalan baru balik dari kelas ke kolej..myra dengar ayah cakap,teros myra tergamam and pergerakan terhenti di situ..(masih terpaku dan macam mimpi!)Tanpa diri ini sedari, iam crying!Hanya Allah je tau ape yang myra rasa and setahap mana kerisauan diri ini..perasaan xdapat tipu kita walaupun setabah mane kite depan orang tapi bila belakang orang??*alahai,lemahnye..Ibu, i know anak sulung kena kuat and ive try it very very well..kus kus semangat*fuhh..

Ibu, myra engat lagi..ibu cakap ibu check tekanan darah kan time hari selasa tu kat umah and ibu cakap tekanan darah tinggi..ibu sakit kepala engatkan sebab migrain je..kalau makan ubat pon just ubat untuk tahan sakit..kesian ibu, dahla time tu ayah outstation kat melaka..terpaksa rushing balik umah and xtaula banyak mane kena saman akibat kenderaan melebihi had laju..malam tu, ibu tido tak bangun-bangun,adik cite..then mamal(the only one anak lelaki) call ayah pastu call ambulans..kat sane, ibu kena operate..sebab ape??sebab darah beku kat otak rupenya..and nape boleh jadi macam ni??maybe sebab ibu selalu tension and my mom always think further and mendalam..so buat masa ni, tempurung kepala still xletak lagi sbb nanti takot sakit, tunggu otak kecut dulu..so, agak2 lepas 6bulan baru boleh bwat operation lagi sekali untuk letak balik tempurung kepala kiri..

Condition ibu sekarang = Alhamdulillah banyak improvement..bahagian kanan badan yang maybe lumpuh lepas operation dah boleh gerak sikit2..kaki da laju sikit,cuma tangan je pelan sangat lagi..takpe, kena banyak urutkan ibu supaya xkeras..Semalam, ibu baru dapat cam orang,fuhh lega sikit myra tengok..Hari ni ibu try nak communicate,ibu try bercakap tapi ayah,myra,angah,mamal and adik still tak paham and dapat main agak-agak je..selamat ade yang kamie agak betul..takpe ibu, pelan-pelan ye..lama-lama bolehla..ibu saya sangat kuat, sabar ye ibu..ibu ada try jugak tulis kat kertas tapi bahasa macam xbetul lagi dan tak paham..bila tak paham, ibu xlemah semangat, ibu try and try lagi untuk bagi ketorang paham apa yang ibu try nak cakap..kan myra da cakap, ibu saya kuat!!

Oklah dah dua tiga hari tido tak betul..malam ni dapat tido nyenyak sikit sebab dua hari before ni tido kat hospital and tu sume hanyalah tidur-tidur ayam semata-mata di bangku-bangku jalanan..Takpe, asalkan condition ibu ok sikit,dah lega sikit rasanya..Kena bagi support kat ibu bagi ibu cepat sembuh..So, myra xdapat lagi nak balik UITM untuk mengerjakan assignment keliling pinggang..aduhai..Nanti bila tengok ibu dah stabil semua, baru myra sedap hati nak balik kampus..Takpe, myra tunggu ibu ye..Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk menghadapi semua dugaan ini..a m i n ..
berumur 41.5 tahun

Jom serbuuu join "Contest Saya Mahu Template Comel!"

Thursday, August 5, 2010

| | | Comments: (5)


ewww..akhirnya dapat jugak menaip entry untuk join kontest ni..*winkwink..siapakah gerangan yang menganjurkan kontest template comel sebegini rupa??mestilah template blog penganjur ni sangat comel kan??tak percaya?? jom kita serbuu belog penganjur..blog budak nakal  <--- (klik untuk menyerbu)
                                                                                                                                                                    
http://kozumi.sepaku.net/wp-content/uploads/2010/08/contest-blog-budak-nakal.png

Blog Budak Nakal Akan mengadakan contest " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! " di mana pada para pemenang akan mendapat hadiah istimewa khas dari pemilik blog Budak Nakal iaitu kozumi_ro.Cara menyertai contest ini amat mudah kerana para peserta hanya perlu copy dan paste Entry yang telah di sediakan.Untuk Maklumat lanjut tentang contest ini anda boleh mendapat keterangan di sini:-

 
HADIAH UNTUK PEMENANG CONTEST


    • Akan mendapat template yang koz sedang pakai ini,dan design header dan sidebar akan koz ikut keinginan si pemenang...

    • Akan mendapat ruangan iklan selama 2 bulan iklan tersebut akan di design koz sendiri dan akan di letak di bawah header blog ini...
    • Tarikh tutup penyertaan adalah pada tanggal 31 ogos 2010 pada pukul 12 tengah hari.Selepas tarikh tersebut jika ada sebarang penyertaan ia tidak akan di layan...
    • Cara untuk mendapatkan pemenang koz akan meminta adik kesayangan koz untuk membuat cabutan...
    Apa macam?mudah tak...Jadi tunggu apa lagi?...Moga berjaya...















Seni Pertahanan Diri..ada berani cuba??

Tuesday, August 3, 2010

| | | Comments: (7)
Sebelum membuka tirai tajuk utama entry ni, myra baru perasan something!!yep yep..diri ini baru menyedari kehadirannya (apalah kau!! lempang..)
NAK TAU APAKAH GERANGANNYA??
howyeahhh..masuk entry kali ni dah 101 post dah ghupenye..waahhh..ingatkan da 1000,rupanya baru 100!!!hohoho..gelak guling-guling sambil tutup muka menahan malu..blogger lain da 100+++,aku baru 101 post memandangkan blog ini baru memulakan tumbesarannya pada awal tahun 2010 (by this year la dear)waahh..saya masih JUNIORITA bloggers!! *cepat tutup muka sambil shy shy meowww..pape pon time kasih ye wahai para blogger sekalian kerana tak jemu untuk up traffik di belog kesayangan myra ni..hihihi (nuffnang makin sayang saya..oh, sangat teruja dengan buffered earning!)mmuahhhhh!!

. . S E K I A N . .




Ok ok, mari-mari kita kembali ke tajuk asal..Sekarang ni  "macam-macam ada" kan..taekwando, silat, karate sume..dan pilihan hati ini ialah TAEKWANDO!!kenapa ini bukan itu??hoho..ini disebabkan setelah sekian lama meninggalkan taekwando, hati ini terpanggil untuk menyertainya semula pada sem 3 ini..korang tak percaya?? (apelah korang gelakkan aku..sampai hatimu..sobsob)huh..siapa kata si kecil cili padi ini tidak lasak??ada masanya ia mengganas tau!!BEWARE!!hohoho..Berapa tahun dah myra tinggalkannya??dah masuk 6tahun da babe!!lame tuu,bukan setahun dua ok...last sekali training time darjah 6..itu darjah 6 ya, bukan tingkatan 6 (sila bulatkan mata anda *wink) dan sekarang my belt sudah berkaler-kaler..kaler apa??kaler hijau sudaa *winkwink..


Jom kita explore kasi lebih sikit pasal taekwando ni..LAYANNNN!


Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu daripada dua seni bela diri Asia, satu lagi ialah Judo).

Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".

Taekwondo mempunyai beberapa warna tali pinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni bela diri ini.
 Setiap talipinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "Dan". Pemegang 10 Dan hanya ada 5 orang sahaja di dalam dunia dan mereka semuanya berketurunan Korea.


Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi sendiri. Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:
World Taekwondo Federation (WTF)
International Taekwondo Federation (ITF)
Global Taekwondo Federation (GTF)

Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.


Ok, ni lah sedikit sebanyak about taekwando ni..hohoho..saya enjoy!!!!I LOVE TAEKWANDO!!best ohh maen tumbuk-tumbuk, tendang-tendang..kalau tengah geram lagi best tumbuk plus tendang sekuat hatikuuuuu!!owyeahhh..boleh lepas tension di petang hari..muahaha...fuhh, agaknya sapelah mangsa seterusnya (sambil mengusap dagu) >.< ..JENGJENGJENG


alamak..siapakah gerangan empunya badan??myra pinjam dulu photo ni buat tatapan yek..makasih pakcik google


p/s:gambar myra time training xupload lagi, nanti sudah myra letak..yeehaaaa

Jom serbuuu join "Kontest Peraduan Pic Cantik"

Monday, August 2, 2010

| | | Comments: (2)
Holla readers..hari ni myra rase macam nak join kontest lagi..then godek-godek-godek..at last jumpa lak kontest ni by nurulhuda..So, ape tunggu lagi serbuuu la JOIN..hihi..alang-alang memang niat nak join kontest pon kan..
Syarat-syaratnye ialah :::


-anda harus sertakan 4kping pic anda sendiri bkn pic orng lain dalam style mimik muka yg berbeza
-lelaki atau perempuan smua boleh join kontest ni.
-sy x kisah anda gemuk,kurus,kecil,besar,tua,muda smuanya sy trima.
-anda hrus mmbuat satu entry tntang penyertaan anda dalam kontest ini di dalam blog anda sendiri..
-jgn lupe jadi follower sy tau..
-tarikh penyertaan bermula dari 1julai2010-16september2010
segala penambahan syarat adalah tertakluk pada diri sy sendiri
-penyertaan harus disertakan dngn link blog anda dan alamat email anda tau ...


dan gambar yang myra pertaruhkan ialah.........


Salahkah ibumu???

Sunday, August 1, 2010

| | | Comments: (8)
Yuuuhuuu...wahh..lamenye tidakku update yek..tampaq kang!!pang panggg laju-laju..hoho..there must be a reason why..sorry ye readers *winkwink...Okae, entry kali ni bukanlah nak membebel, berleter atau mengkritik (eh, same je kan maksud ini semua??hoho) Cuma terlintas di fikiran dan tersentuh di hati pabila peristiwa kurang enak dilihat di depan mata..APAKAH PERISTIWAnya??


"Today myra berhijrah dari Kuala Pilah ---->Seremban..menaiki bas yang bernama "SKSKL" berharga RM3.40 (lagi murah dari harga teksi dari pekan kuala pilah --> UITM kuala pilah yang berharga RM12)Perjalanan memakan masa selama 45minit ke Terminal 1 Seremban"
Ok, di atas bukanlah peristiwanya ye kawan-kawan..di bawah ni, barulah "Tersebutlaaaaaah kisaaaaaaaaah" (sambil bersyair) *wink


Jom layan ini cerita.......zasssss

Masa myra nak berhijrah pulang dari seremban -->kuala pilah, adalah seorang ibu ni duduk di tepi kananku di dalam bas..anaknya umur dalam lingkungan 16tahun berdiri disebabkan muatan penuh aka sit tak cukuplah..time ni, myra naik bas Cityliner n bas ni banyak berhenti..kalau SKSKS mmg xbenti dah, laju je die menuju ke destinasi (shuukeee3)Then bila penumpang makin sikit, si ibu ni suruhlah anaknya yang sorang ni duduk sit blakang yang kosong tu..tapi si anak ni myra tengok, dia pandang mak die then siap boleh bwat dunno jee kat mak die sambil tarik muka jeling-jeling lagi tu..myra kira ada la dalam 7kali mak die panggil anak die n dok ulang ayat yang sama sampai myra siap boleh hafal lagi...
 "As,dudukla blakang ni haa, ado sit kosong nii"
Yang si anak bila dengar mak nye panggil nama die, boleh lak pekakkan telinga sambil tengok je hp kat tangan tuu..kesian bonar myra tengok mak die ni..almaklumlah jiran sebelah seketika..Last-last maybe mak nye dah xlarat nak ulang ayat yang same, teros mak nye cakap....
"Budak skarang ni dah tak mo dengo cakep orang tuo da..dogil..lantak kamulah"..
habis penumpang dalam bas pandang-pandang je..yang myra kat sebelah ni macam nak je melenting..dalam hati dah bebel-bebel dah kat budak tu..tak kesian ke bwat mak camtu,dahla depan orang ramai..adakah si dia berhati perut ataupun hanya ada hati dan perut??..mak punyala amik berat pasal anak, tapi anak???kang bebel depan-depan tak pasal-pasal orang cakap nak jaga tepi kain orang lak..so, what can i do??hanya diamkan diri sambil menggeleng-geleng kepala(muka xpuas hati)..nak cakap salah, xcakap serba salah pulak..seriously sayu hati ini, dahla si ibu ni panggil anaknya dengan nada suara yang cukup lembut..bikin cair hati ini..Maybe bila korang baca ini cerita, macam remeh-temeh je kan..tapi try korang tempatkan diri korang kat tempat si ibu,apa rasanya eh??mesti terguris hati and terus myra asyik tingatkan ibu ku yang jauh di utara sana ..."Ibu, ampunkan dosa anakmu ini jika ada tingkahlaku ku yang membuatmu terguris hati" ..Ibu, sampai kita ketemu dua tiga hari sebelum menjelang hari raya ye :)
 
 
. . Hati berkata  R I N D U . .