Showing posts with label header. Show all posts
Showing posts with label header. Show all posts

New header : Percubaan membuat flash header yang pertama!

Sunday, July 24, 2011

| | | Comments: (30)
Disebabkan oleh tajuk entry sangat jakun tak ketentuan hala, maka eloklah kita mulakan dengan . . . . . 


Ehem..ehem..ehemmmm *percubaan suara anak tekak*


Testing testing one two three....  



Tadaaaaa
.
.
.
.


Yes i know, jakun bukan?Maafkan adik, kakak abang..Adik baru download Photoscape, maka tangan tidak sabar untuk meluangkan masa mengedit header sendiri..Ya, ianya simple sahaja, tapi kalau tak comel takpelah sekarang juga saya lariksssssss...


Puas hati dapat luangkan masa untuk header blog sendiri, yeah maka inilah header baru yang bakal menetap di blog ini *senyum*









Mood : Masih berfikir, mahu letakkan flash header ini buat santapan atau kekalkan statik header? *wink*

New header untuk blog myravea!

Thursday, February 17, 2011

| | | Comments: (51)
Header baru lagi??


Alahai cik myra, tukar header lagi..Kali ni yang cemane pulak?Kali ni banyak gune brushes kot and warna lebih match dengan template sume..wuwuwu..Masih dalam dilema, nak tukar atau tidak sebab sayangnye header yang kat atas tu baru gune dalam sebulan lebih..Dasar kau memang cepat jemu..ceit ceit..


Mana new header tu?sila muncul sila muncul sambil tirai turun naik bagi menggamatkan lagi majlis perasmian yang bakal berlangsung beberapa minit dan saat lagi..JENG JENG JENG..




Maka terjawablah sudah segala pertanyaan yang bermain di minda korang sebentar tadi..Howyeahh..Disebabkan oleh tuan punya blog cepat jemu dengan headernya maka dengan senang hati beliau mengedit lagi header untuk blog kesayangannya..Maka dengan itu, myra dengan berbesar hatinya ingin menerima komen-komen yang jujur dari hati korang berkenaan dengan header di atas ini..kalau tak suka, cakap je "alaaa myra takyah la tukar header"..huhu.. The end..

Result "Contest Pencarian Header Blog Tercantik 2010"

Saturday, January 1, 2011

| | | Comments: (9)
Congrets kepada 10 pemenang yang terpilih..




Alhamdulillah..satu ungkapan yang terungkap di bibir untuk kemenangan header tercantik 2010 di tempat yang pertama..Sungguh tak sangka sebab header blog lain-lain pon sangat cantik-cantik belaka!Thanks kepada yang sudi mengundi :) So, nama pon header untuk tahun 2010 kan tapi now header dah berubah!!hehe..iyeee da berubah macam yang atas ni sempena tahun baru 2011 dan my bufday..ngeheheh..:)


Okae, lately tempahan makin banyak tapi myra tak dapat nak mulakan upacara edit mengedit ni..Opss, bukan myra tak terima tempahan ya, tapi myra nak mintak korang beri myra sedikit masa, ruang dan waktu sebab myra da balik ke negara N9! Eh, bukan negara ye tapi negeri yang sungguh banyak umah minang nyee..hehe..Hopefully korang sudi untuk menunggu :)


Btw, jom kita tengok siapa para pemenang yang lain di KEPUTUSAN HEADER BLOG TERCANTIK 2010 *wink* again, congrets kepada para pemenang yee :) Ohh..tidak lupa kepada sesiapa yang sudi mengundi header blog myra, really appreciate 2 all of u..Mereka ini sungguh baik sekali so jom kita singgah-singgah blog mereka yang tak kurang hebatnye :)





New header for my blog sempena hari jadi dan new year!

| | | Comments: (12)
Hye there! Happy new year to all of you :) May happiness be around us always ya!

Sungguh pantas masa itu berlalu, kelip-kelip mata rupanya dah masuk tahun baru 2011!Wah, seakan-akan teruja kerana umur sedang meningkat naik ke dua puluhan tetapi diriku tetap maintain seperti budak darjah enam!heee..*sambil tunjuk gigi ala-ala iklan colgate* "HAPPY BUFDAY TO ME!"..hehe sempat lagi nak wish untuk diri sendiri *pang!*


By the way, rasanya new year kali ni sungguh menarik tarikhnya dan secara automatiknya diri ini turut merasa bangga kerana dilahirkan pada 010191 dan sekarang sudah 010111 ..wahh, kan myra da cakap banyak betul nombor satu hari ini..hee..tua sudah rupanya diri ini rasa seperti kanak-kanak ribena yang baru berumur 10tahun!Terkenang kembali kemuncak zaman kenakalan dulu..Boleh main kejar-kejar, panjat sana sini main acilot-at-at and macam-macam lagila..Sungguh, hati ini menjerit kerinduan zaman anak-anak kecil dahulu..Siapa ada teknologi hebat untuk kembalikan zaman itu sila berikan kepada saya untuk disewa!ngehh ngehh..


Kembali kepada tajuk asal, ya memang myra sudah siapkan new header untuk blog myra sendiri.. katanya sempena hari jadi yang ke dua puluh!Wuwuwu,,kau da tua la myra so be matured even still nampak childish lagi *hee*..So, jom kita belek-belek my new header ni!Komen anda amat dialu-alukan untuk memberi pendapat tentang header yang baru disiapkan ni..Mana satu pilihan hati anda antara header lama atau header baru ni?*smile*


2010



Dan new header myra untuk tahun  2011 ialah...




Hee..yang mana satu pilihan kalbu?Entahla cheq pon pening tengok ni tak tau yang mana satu yang boleh memberi kuasa yang dapat memukau setiap mata yang memandang..huahua..Persoalannya, patotkah myra tukar header sedangkan header yang di atas baru bertapak dalam sebulan lebih di blog myra?Hee..kalau ramai cakap suruh tukar, i'll do it :) Keputusan adalah di tangan anda..ngehh ngehh

Kempen Blog pilihan Malaysia bersama Ben Ashaari

Sunday, December 12, 2010

| | | Comments: (2)
Assalamualaikum pembuka bicara...

Kini tibalah masa myra join kempen yang dianjurkan oleh tak lain dan tak bukan BRO BEN ni..hee..dengan hati terbukanya dia nak tolong support blogger baru untuk promosikan blog-blog mereka yang tercalon dalam Blog Pilihan Malaysia (BPM)..So, takkan nak tunggu sajaa, rezeki takkan datang bergolek iye dak?Mari-mari..Seribu penghargaan buat bro ben, ucapan terima kasih tanda menghargai jasa anda :)


1) Kenapa anda sertai contest ini BLOG PILIHAN MALAYSIA?
Secara jujurnya hati ini tergerak untuk menyertainya kerana ingin memperkenalkan blog baru seperti saya supaya dapat dikenali oleh ramai para blogger di luar sana tu.. Kalau dah ramai kenal, mestilah dapat kutip ramai kawan-kawan baru di alam blogging ni kan? So, dapatlah rasa dihargai dengan cara para blogger tahu blog "dinky wink myravea" ni wujud di alam blogging ni :)

2) Kenapa anda rasa anda layak untuk diundi?
Layak atau tidak itu bergantung kepada setiap individu punya citarasa.. Tak semua yang suka cara kita tapi tak pula semua yang tak suka kan..Itu semua terpulang kepada setiap individu untuk judge kita..Buat yang rasa blog ini patut diundi, hati terbuka luas untuk menerimanya.

3) Ceritakan serba sedikit latar belakang blog anda
Nama blog ini sejak asalnya ialah dinky wink myravea yang membawa maksud gadis kecil molek mengenyit..Dulu masa nak susun nama blog ni pening jugak "myravea dinky wink" ke "dinky wink myravea"? At last letakla num dua tu tapi URL tetap gunakan nama myravea sebab biar pendek asalkan selamat sebab nama yang singkat ni selalunya senang nak engat dan tak berlakunya kekeliruan..Entry di dalam blog ni banyak yang berunsurkan tips yang boleh diguna pakai untuk kehidupan seharian mahupun untuk blog..Selain itu, blog myra juga ada membuat servis tempahan header..Sangat best rupanya melayan kerenah para blogger yang menempah ni, selain dapat kenal dorang dari dekat dapat jugak kongsi ilmu bersama-sama..Macam-macam ragam myra jumpa tapi Alhamdulillah semua ragam myra dapat layan dan mereka dapat apa yang mereka impikan..Tujuan servis ini dibuat ialah supaya para blogger memperolehi header idaman mereka..Tak salah untuk berkongsi apa yang kita ada kan :) Lagipun myra memang suka tengok header cantik-cantik dan dari situ timbulnya minat..


Last but not least, buat sesiapa yang sudi mengundi bolehla 




p/s : Masa mengundi adalah pada Jam 7 pagi 13 disember (isnin) - jam 7 pagi 17 disember (jumaat)..Blog myra tersenarai di kumpulan 3

Tempahan design kini dibuka!

Wednesday, December 8, 2010

| | | Comments: (252)






TERMA & SYARAT

HEADER @ COVER TIMELINE : RM15-20
  1. Maklumat diperlukan: 
  • Nama blog (title,tagline) & URL blog
  • Tema & konsep
  • Gabungan warna
  • Gambar (attach di email)
  • Sketch (jika ada) 



TEMPLATE BLOG : RM40-50

  1. Hanya pengguna www.blogger.com sahaja.
  2. Harga design blog RM40 - RM50 , bergantung pada jenis design yang diminta. 
  3. Proses design akan dimulakan selepas bayaran diterima.
  4. Hantarkan maklumat tempahan anda dan draft atau sketch bagi tempahan template / header.
  5. Tempahan Full Template memerlukan password & email blog anda.
  6. Tempahan boleh terus dihantar ke email (myravea@yahoo.com) @ personal fb (http://www.facebook.com/myravea)





FULL TEMPLATE 
(Template+Header+Footer+Banner+Menu tab+watermark) : RM70-100

  1. Maklumat diperlukan: 
  • Nama blog (title,tagline) & URL blog
  • Tema & konsep
  • Gabungan warna
  • Warna di post entri dan sidebar
  • Menu tab ( Title tab)
  • Sketch (Jika ada) 

PAYMENT
  • Bank in @ Transfer (MAYBANK ONLY)








COVER TIMELINE







TEMPLATE blog




BANNER

 

HEADER BLOG