Kenapa blogwalking itu best?

Monday, November 29, 2010

| | | Comments: (37)
Assalamualaikum pembuka bicara..

Ello readers yang disayangi, ni mai myra nak tanya sat, hangpa suma suka ke dak BLOGWALKING ni?Haa..sukee?Haa..tak suka?hihi..biasala tu setiap orang lain-lain pendapat kan kan.. Dulu masa myra mula-mula terpikat dengan alam blogging ni, myra selalu tanya diri sendiri "Kat mane aku nak carik URL blog-blog blogger lain?"..Well biasala, budak baru belajar macam-macam persoalan..Time tu, layout pon cikai-cikai bahasa tapi yang pasti pink itu semestinya ada..


Bila sesi mau menerjah atau menyerbu blog lain dulu tak tau pulak itu namanya blogwalking..haha..hampeh! mane taknye dari follower hanya seorang dan seciput, myra meraba sini dan sana tanpa sesiapa memberikan bantuan pernafasan atau dikenali sebagai CPR untuk blog myra ni..Masa tu perasaan macam, hah susahnye ade blog tapi taktau guna!!grrr..Oh, perasaan emosional melanda diri sehinggalah myra jumpa banyak blog-blog yang menggunakan perkhidmatan shoutbox dan diri ini sekali lagi dilanda perasaan ingin tahu "Eh, amende shoutbox ni?"..Bila dah register dan tempek itu shoutbox di blog barulah myra tau, ohh ini ke cara bloggers mau berinteraksi..hihi..Okae sudah cukup untuk mengenang masa lampau..teetttt


Sekarang ni senang, macam-macam info untuk blogger baru kan kan..Berbalik kepada tajuk asal, "Kenapa blogwalking itu best?" ..Sebelum meneruskan pembacaan anda, myra nak tanya korang have fun tak bile blogwalking?Haa..kalau jawapannye tidak, sila balik ke blog sendiri!!haha..Acah-acah sahaja..kalau tanya myra, myra suke ke tak blogwalking ni,and YES I AM! Okae, myra akan senaraikan sebab kenapa myra suka blogwalking di bawah..Jom cebikkan bibir anda kerana entry ini belum tamat di sini.. *wink*



1) Ramai kenalan
Okae, yang ni memang sangat-sangat fun..mane taknye bila kita blogwalking ke blog seseorang tu dan perasaan ingin tahu tentangnya membuak-buak misalnya korang da tangkap cintan dengan gaya penulisannya. So, bila da jadi macam tu mulala kita nak add die kat facebook sebagai contoh dan dari situ da boleh berkomunikasi dengan tuan punya blog..Bukan ke namanya fun tuu sebab kita kan manusia biasa yang perlukan kawan dan dapatla merapatkan lagi silaturrahim sesama manusia semesta alam..hehe


2) Dapat cuci mata
Ada betul tak?Iyeee..bila kita blogwalking, kita akan jumpe macam-macam jenis orang..Ada yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb!hehe..Myra suka tengok gambar-gambar manusia semesta alam dan tambah-tambah myra sangat suke tengok muslimah bergaya,,wuwuwu..boleh cakap kebanyakan blog yang myra blogwalking, blogger perempuan tercatat dalam ranking pertama..Bila jumpa blogger yang manisnya seperti honeymadu itu, perasaan suka itu timbul,oopss bukan suka kot lain noh suka tengok je ye, harap maklum

3) Dapat tarik pembaca
Haa...ini memang betul!Kalau korang tinggal blog korang tanpa blogwalking , dia punya jumlah visitors tu tak sama dengan bila korang blogwalking..Tak caye?Tryla buat melainkan korang ni memang famous macam hanis zalikha, fatin liyana dan irine nadia..Kalau jadi macam depa tu, setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat dan setiap detik mesti adee je orang keluar masuk blog depa..

4) Bagus untuk kesihatan blog anda
Betul tak betul?lagi banyak kita blogwalking tahap kesihatan blog makin meningkat..makin banyak korang membuat rondaan, makin sihat blog korang tu..hihi..Okae, bagus untuk kesihatan blog ni bukan ape kak oi, bila kita blogwalking, blogger lain tau yang blog kite masih beroperasi walaupun kite xde entry baru selama satu abad!!hehe..hanya hiperbola di situ..

5) Dapat tambah ilmu pengetahuan
Wuwuwu..berblogging dapat tambahkan ilmu?Owyeah, ilmu yang dimaksudkan ialah segala informasi dunia dan akhirat serta experience orang lain..Selalunya blogger yang akan dapat tahu informasi dulu dari yang bukan seorang blogger.Bila da dapat tahu satu topik tu, kita share informasi tu di blog then blogger lain akan baca dan akan disampaikan kepada blogger-blogger lain melalui post entry mereka..Haa, bukan ke berblogging tu satu aktiviti yang berfaedah?bukannye berblogging ni satu aktiviti yang membuang masa ya..sila ubah persepsi itu..

6) Dapat belajar dari pengalaman
Selain informasi yang cepat dan pantas, pengalaman seseorang itu juga sangat bermakna untuk orang lain..Bila share pengalaman di blog, then orang lain baca dan dari situ kita dapat belajar dari kesilapan orang lain..So, sangat berbaloi kan bila blogwalking?So, peribahasa yang patut kita gunakan ialah sambil menyelam minum air dan makan makanan laut..hihi.. ini peribahasa yang tak boleh diguna pakai *wink*


7) Duit nuffnang meningkat
Ohh nuffnang i lebiula!!hehe..Nuffnang sebagai contoh sebab myra tengok ramai blogger yang menggunakan nuffnang sebagai iklan penaja pendapatan..Bila blogwalking pon banyak, tambah-tambah bila dapat buffered earning, fuhh masyukkk!!Berganda-ganda kita dapat..sangat berterima kasih kepada nuffnang..Sebagai seorang blogger, kita berblongging ni janganla nampak sangat nak kejar duit tu sebab tu kita tak have FUN bila berblogging..Bak kata pepatah sambil menyelam minum air kan kan..Cuba kita jadikan ia sebagai semangat untuk berblogging..Haa, bila da ade semangat tengok earning nuffnang kita dari RM0.00 misalnya dan dah naik jadi RM 0.50, dari situ akan timbul rasa ohh seronoknya!!dan bila da ada perasaan sedemikian rupa, baru berblongging ni boleh jadi aktiviti yang sangat FUN!!Menyeronokkan itu yang kita utamakan iye dak?Kalau kita seorang yang pemurah, iklan nuffnang yang sedang timbul di blog lain tidak akan kita biarkan begitu sahaja, ringankan tangan untuk klik iklan tersebut barulah blogger boleh maju..pendek kata itu sedekah namanya..support sesama sendiri itu penting bukan? *winkwink*



p/s: So, betul tak blogwalking itu BEST? Kalau salah tolong tunjukkan..hehe

Nak cari tutorial untuk cantikkan blog?Tutorial banyak di sini!

Sunday, November 28, 2010

| | | Comments: (20)
Wahh, nampaknya ramai yang mencari tutorial cuti-cuti ni..almaklumlah cuti sekolah dan cuti semesterla katakan..takpe-takpe, teruskan usaha anda untuk membuat pembedahan muka blog..hihi..Tiba-tiba rasa macam suspen pulak,rasa macam xsedap, rasa macam meremang bulu roma bila tajuk entry ni, "tutorial banyak di sini!"..Korang pernah baca entry pasal tutorial ke kat blog myra nih?Haa..itu yang myra cuba nak terangkan..

Ada yang bertanya, 
dan ada yang request nak myra buatkan tutorial..


Kadang-kadang myra tersenyum sendiri..bukan sebab soalan sedemikian lucu okae, tapi sebab semua yang myra lakukan pembedahan dan treatment segala pada muka blog ni semuanya main taram bin hantam sajaa..Hah?takkan myra hantam je kot?and yes!mula-mula kita mainla hantam je then tekan tu tekan ni, usik tu usik ni, carik tu carik ni..dan akhirnya bolehlaa dapat muka blog yang sedap mata memandang..hehe..semuanya atas tahap kerajinan korang..kalau tak rajin TRY, tak jadi kak oii..Hidup mestilah mencuba kan?Bila dah main edit-edit ni sampai kita rasa puas dan ohh itu yang aku nak!So, stick with it..


Macam header, banner sume kena pandai guna photoshop..kalau tak, susahla nak edit-edit ni..Myra pon xdela teror mana tapi bolehla nak edit-edit letak itu dan ini..Alaaa, search je dekat pakcik google macam mana nak edit gambar guna photoshop, CONFIRM ADA!!Kalau xde sure semua nganga..hihi..Dari situ mulala proses untuk mencuba sana sini. Kalau tak cuba kita tak tau susah dan senangnya kan kan..So rajin-rajinkanlah tangan itu merobek sana sini *wink*


Okae, sebenarnya dah banyak blog yang buat tutorial ni dan dah bermacam-macam tutor dorang buat..Kemain cantik mantik lagi tuu..wuwuwu..Tapi maybe ade yang masih  tak tahu menahu lagi sebab bila myra blogwalking, ku lihat seperti blog baru tumbuh seperti cendawan!Good-good..Okae, go on with the main topic, kat mane ye kite nak carik tutorial ni?ni haa blog-blognye..hangpa pi la punggah godek segala kat sana yek dan yang paling penting jangan cepat putuih asa!hehe..selamat maju jaya *winkwink*


Last sekali, myra mohon maaf sebab tak dapat nak tunaikan permintaan untuk buat tutorial sebab myra rase biarlah rujuk pada yang pakar dan mereka-mereka di atas memang terrer merrer bab-bab cantikkan blog ni..segala tutorial cursor cantik sume ade di sana..hihi..myra lak cantikkan blog mengikut citarasa sendiri sebab tu sampai ade dua warna memukau iaitu pink dan purple sekaligus dalam satu blog..hehe..entahla, rasa macam waaaa i shukee kaler ni, so I JUST DO IT! Kalau ada sape-sape tak suke or rase macam kaler ni mengancam sangat or sakit mata memandang, bolehla turun padang cakap tak elok or tak sesuai ye :) Kadang-kadang pendapat orang lain berbeza dengan kita, so we should know that and belajar dari kesilapan..wuwuwu



Mau ping blog di mana?Oh, di sini!

Saturday, November 27, 2010

| | | Comments: (25)
Selalu korang ping blog kat mane ye?Ke korang tak ping kat mane-mane?hehe..kalau pingkan entry kite kat memane, lagi untung woo bak kata itu olang-olang cina 1malaysia, "manyak ONG!".. Biasalaa bro, kalau nak tarik visitors, kenala kasi orang tau blog kita tuu wujud, cuz of that kita kenalah rajinkan diri blogwalking, komen entry dan pingkan entry!


Tell me, sape yang tak nak orang baca blog dia lepas segala titik peluh telah disumbangkan?Wuwuwu..dahtu, kalau suke, kenala lipat gandakan usaha, jangan separuh kelija eh kerja!Tuah takkan datang bergolek kan kan..Tambah-tambah bila da musim cuti ni, semangat nak berblogging, blogwalking sume berganda-ganda dan hasilnya juga mestilah kena berbaloi-baloi, ye idak?Baru kepuasan itu dapat kita rasai..fuhhhh!


Okae stop menconteng dan berceloteh, terus ke tajuk asal..Di mana mau ping blog?ping entry?wuwuwu..Banyak sebenarnye, just kite kena RAJINkan diri mencari..ya, rajin itu memang penting untuk segala segi aspek dalam kehidupan seharian..Kalau tak, semua takkan menjadi..bukan ke tuah tu takkan datang bergolek? So, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!!wahh , siap ada peribahasa lagi tuu..lalala




Ehem-ehem..cukup tak ni?myra dah senaraikan 9tempat yang korang boleh pingkan blog masing-masing..Tapi nak habaq mai, cheq dulu sangat-sangat suka ping entry semua kat gengblogger!!owyeahhh tambah-tambah sekarang ni, gengblogger da pulih seperti biasa, so ape tunggu lagi?serbuu terus ini semuaa!!*winkwink* Kalau tak cukup ruang lagi, dan kalau korang nak pingkan lagi blog kesayangan korang tu, dipersilakan pingkan entry dekat page fb DINKY WINK .. Cheq tak kesah aih, buatla macam rumah sendiri..hoho..So, tamatlah sudah entry kali ni! *wink




Wajah baru Churpchurp hari ini!

| | | Comments: (17)
Perasaankah anda churpchurp berwajah baru?bagi sesape yang tak perasan lagi, cepat-cepat kelik SINI.. Wahh, muka kemain bahagia noh bila layout churpchurp berubah wajah..ape taknye, wajahnya ayu nan jelita oppss bukan bukan wajahnya kini sudah bertukar dan nampaknya lebih kemas dan teratur serta bergaya setelah dilakukan beberapa pembedahan muka serta pembaharuan!Awww..bikin gua lebih bersemangat untuk bertweet! Shukeeee *wink*



Amacam?ada tergodaa?Well, normally bila dah bertukar wajah dan tambah-tambah bila ade yang "NEW" ni, bak katanya  "spread messages and get rewarded", semua dengan automatiknya semangat sedang berkobar-kobar kan kan..So, lets check this out!!Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama basii..miahahah




Pabila hello kitty menjadi kegilaan

Friday, November 26, 2010

| | | Comments: (13)
Meoww..meoww..come here kitty-kitty..".meowwwwww"

Memang lumrah manusia sukakan kecantikan dan kecomelan..alolo omelnyee..Tambah-tambah si gegurl bila nampak je benda comel-comel macam si hello kitty ni, semua jadi gila..bukan gila mereng tapi gila kentang..hoho..Boleh cakap semua peringkat umur gilakan hello kitty ni tak kira perempuan ataupun lelaki opsss semestinya perempuanlah yang the highest rate, ye tak ye?Dari si kecil bayi sehingga sebesar sebesar ape ye?Haa,sebesar yg dah kawen pon ada yang suka sebab barula rasa macam muda sepanjang hayat..hihi


Di Taiwan, siap ade hospital yang berkonsepkan hello kitty lagi tau..Kalau nak tau, hospital bertemakan hello kitty di Taiwan ni dibina dengan harapan dapatlah mengurangkan stress ketika bersalin..huhu..bilelaa agaknye nak ade kat malaysia ni ye?nanti bolehla bersalin dekat sane..haha, hanya harapan!Ohh enaknye berada di hospital yang sangat cumil ni..kurang stress!!hihi..Jom belek-belek skit gambar-gambar dalam hospital tu jom..



Gegurl memang sukakan kecomelan kan? ohh, itu satu lumrah!macam membe myra sorang ni dulu, memang hantu hello kitty..dia bukan takat gila hello kitty je,tapi da tahap hantu hello kitty dah agaknye..haha..sume benda nak hello kitty jee..So, anda dan anda macam mane?Bagi myra, myra takdela sampai hantu helo kitty lagi, tapi takat suke tuu adelah sebab hello kitty ni memang comel kan kan tambah-tambah die pinky dan tambah-tambah lagi myra memang suke kucing meow meow tuu..alolo comeyhhnyee..Jom cuci mata tengok hello kitty's stuff kot kot ade yang berkenan..mari kita menyelam ke dunia hello kitty!!*wink





Okae, cukup itu cukup!lepas ni kita tengok kenderaan hello kitty pulak..JENGJENGJENG





Dan duta hello kitty ialah.....





Last but not least, go go power rangers..opss ini superman n superwomanlahh..lalala



p/s: maaf, entry banyak gambar..xde gambar xmeriah!lalala :)

Template cantik dan kemas boleh tambah readers and follower?

Thursday, November 25, 2010

| | | Comments: (11)
Ape betul ke template cantik boleh tambah follower?Oh, maybela kot sebab tu salah satu faktor penarik readers untuk ke blog kita kan kan..Tapi yang paling penting ialah KEMAS! Sebab ape kena kemas?sebab, bila readers datang untuk baca entry-entry kita, mata tu xdelah juling sampai xtau nak tengok mane satu..hehe..Cuba tanye diri kita, sape xsukakan kekemasan?even laki bujang yang biliknya bersepah segala pon suka okae..Bila kemas, feel untuk baca entry lebih mencanak-canak..Aauummm


Cemane nak kemaskan blog?haa, ini yang kita kena tau..Kalau nak belog yang kemas, kenalah minimumkan segala widget yang ade..bukan xboleh letak, bolehh kak oii tapi jangan berlebih-lebihan..kang xpasal-pasal widget je lawa-lawa tapi bila da banyak sangat, mak aiiii serabut mata!!argghhhh (sambil  tarik-tarik rambut)


Lagi-lagi ape kena buat?Bila kita nak belog nampak kemas, font kena pandai pilih tau..Sebab ape? Sebab, bila readers nak baca, surela nampak font dulu baru boleh baca..miahaha..ada betul?Font yang kemas secara automatiknya blog akan nampak kemas, so xpayah kot tulisan senget-senget segala..kesian readers baca sampai terkebil-kebil mata..Lagi satu, size font pon memainkan peranan yang penting okae, jangan kecik sangat, jangan besar sangat, sedang-sedang gitu..


Berbalik pada tajuk asal, template cantik boleh ke tambah follower?Cantik itukan menarik dan tertarik, cuba tanya sapa yang tak sukakan kecantikan?Bukan setakat suka tengok orang yang cantik je tau, belog yang cantik pon salah satu makanan untuk mata, sejukkk mata memandang..hihi..Bila belog itu cantik, automatik si reader ni nak baca dan baca lagi even it is not a new entry..Tambah-tambah blogger perempuan, memang sukakan kecantikan then bila nampak blog yang sweet je, yang tulah yang senang tersemat di hati sanubari..lalala


By the way, lupa nak cakap..bila belog tu kemas secara automatiknya akan nampak cantik..wuwuwu banyaknya perkataan 'automatik" kali ni..hehe..Even belog yang simple without any background pon da jadi cantik..Kalau tak caye, mari sini akak-akak, adik-adik dan abang-abang sekalian kita tengok blogger-blogger pilihan hati ramai ni..

Tell me sape tak kenal top 10 hottest malaysian bloggers ni?Kakak manis ni dah lame myra stalk belog die..wuwuwu memang hot la keknis!
FOLLOWER : 13020

Haa, ni lagi sorang belog pinky yang sangat cumil dan kemas!Shukee sangat kat die and belog die..Belog manis macam tuannye *wink
FOLLOWER : 7007

Wahh, ni dia jejaka blogger yang tersemat di hati..Try tengok blog bro ben ni simple tapi sangat kemas dengan gaya penulisannya yang tersendiri..Keep it up bro!
FOLLOWER : 4757

Yang ni lagi sorang..Bila cik epal post je entry die,muka ni da tercangak awal-awal da nak baca new post die..Thumbs up!I lebiu laa cik epal!
FOLLOWER : 4607


Dah serbuu? kan da cakap, belog mereka ni memang  kemas dan secara automatiknya cantik!Hati sudah tertambat dengan belog mereka-mereka ini..Entry yang best dan penuh dengan informasi..Terbaiklaa!Btw, segala coretan di atas datangnya dari hati dan hanya ingin berkongsi pendapat *winkwink..sharing is caring! lalala




p/s : Perasankah anda follower mereka ini semuanya ade nombor 7 di belakang kecuali hanis?hihi

Bergaya dengan puff jacket seperti fashionista!

Monday, November 22, 2010

| | | Comments: (27)
Wuwuwu..entry kali ni myra selitkan pasal fashionista puloks..Jangan disangka tiada udang disebalik batu..ahaa, sebenarnya myra nak selitkan sekali blogshop yang terbaik dari ladang ni, "BATIK VALLEY"..Eh, ape kena mengena batik valley dengan fashionista ni?Haa, ni meh nak habaq mai, batik valley nak update various type of puff jacket!Omai omai..sangat best!So, cemane nak stylekan puff jacket supaya korang nampak menarik lagi gojes?Haa, meh kita tengok ini fashionista yang memang gilakan fashion.. Cantik menarik tertarik!!!


Haa, kan cheq da habaq mai..depa pakai gojes-gojes gila tapi bukan gila mereng  tapi gila cantik!Puff jacket ni kita boleh pakai dengan dress!kalau dulu macam pelik, tapi sekarang tidak lagi ye, dah jadi macam trend dah..Dress itu sweet, puff jacket ni ala-ala rock sikit so jadilah sweet rock!GOTCHA!! So, sudah ade any idea cmane korang nak dress up dengan puff jacket ni?Belum c0o0ba belom tahu, so lets grab it at BATIK VALLEY!


Selain puff jacket ni, ape lagi yang menarik dekat blogshop ni ea?Korang boleh dapat macam-macam yang menarik hati dekat sini..Salah satu ni haa dress dia siap blink blink mata myra tengok*wink
BEFORE
Inilah kejadian sebelum dan selepasnyee..Yahoo, da boleh jadi macam cindarella dress pendek da ni,bukan dress panjang ye..oppss,berangan ye kau!lalala..Kain dress ni memang sedap dipakai tau dan yang paling penting, tak panas!Selesa itu yang kita utamakan ye idak? and YES sangat selesa untuk dipakai..So, "Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia dikebas orang!!"









Pink itu gedik? Are you serious?

Thursday, November 18, 2010

| | | Comments: (43)
Pink itu cantik!
Pink itu cun!
Pink itu sweet!
Pink itu stylo!

Wuwuwu..ade sesape nak bangkang tak? or still nak cakap "PINK ITU GEDIK?" Tak baik woo cakap pink itu gedik..sedih sadis bila mengimbau kenangan lampau..kenapa?time di bangku sekolah dulu, kebanyakannya "I HATE PINK COLOUR!" dan termasuklah diri ini..opss i bukan mencik sama itu pink tau, just tak brape gemar..Tapi sekarang, hambik kau PINK semua..haaa, ni lah padah cakap pink tu untuk pompuan-pompuan gediks jee..Almaklumlah dulu kat skolah semua pompuan, sume berlagak kasar-kasar last-last lepas sekolah awww, sumenye lembut bagai..yang mencik gila sama itu pink dulu, skarang da tangkap cintan sama itu pink..hihik..hambek kau!lalala

Okae, nampaknya persepsi masa zaman muda mudi dahulu berlainan dengan sekarang..bajet old laa sangat kan..hoho.. Now, pink itulah segala-galanya..Tangkap cintan cintun gila-gila dengan itu pink..Kalau dulu memang tak kan lari dengan kaler biru, sekarang secalit biru pon da susah nak jumpa dalam almari..Kalau dulu sampai dapat gelaran "Adik Biru", tapi sekarang dah jadi minah pink..Ahhh, manusia memang akan berubah ataupun manusia memang sukakan perubahan dalam dirinya?Lu pikirla sendiri!lalala

Kenapa ramai pompuan gila pink sekarang?Aww..sebab pink tu sangat sweet kan kan??sila angguk tanda setuju*wink..sebab tu sume gila pink..Bila pakai pink je sure sedap mata memandang, yang tak cantik bila pakai pink tewos meletop and bayangkanlah kalau si cantik pakai pink lagilaa kebabom!sangat gojes okae..Kalau tengok blog blogger pon kebanyakannye layout die sure pink kaler..Tak caye?nak tengok contoh?ni kalau sape xkenal die memang sah-sah bukan blogger..hehe


Sangat cumil and gojes kan die?sweeeeet sangat-sangat!!Tambah-tambah bile die gayakan baju or shawl kaler pink, sape tengok sure cair tangkap leleh..hihik..shukee tengok adik manis ni, suke tengok pompuan-pompuan cantik..but i'm not LESBIAN okae..fullstop..

Alorhh..alorhh..sweetnye irine ni..macam nak cubit-cubit je pipi montel tuu..kan da cakap, pompuan dengan pink sangat sweet!!So sesape nak nampak sweet-sweet tu, bolehla bergaya dengan itu PINK!! *winkwink

Tips memakai dan menjaga contact lens

Monday, November 8, 2010

| | | Comments: (27)
Yuuhuuu..myra datang lagi dengan membawa sedikit tips buat pemakai contact lens..So that korang lebih peka and jaga contact lens tu dengan betul, jangan main hantam je..lalala..Here you are, maybe ada yang lebih PRO, so kalau ade yang nak tambah, rajin-rajinla komen tambah tips yek..*wink

✔ Right

 ✗ Wrong


Bekas yang menjadi idaman..yang penting PINK!!
Cumil kan bekas ni?nak satuuuu!!!

Teringin nak ukir-ukir sebegini rupa..UNIK!!lalala
Kadang-kadang takut jugak tengok, banyak da design contact lens seperti di atas..tapi kalau xsilap, contact lens yang pelik-pelik macam atas ni untuk yang sambut Halloween..Korang sambut ke?kalau sambut bolehla try pakai tapi myra tak nak try sebab myra tak sambut itu halloween!!lalalala...

BLINCON, contact lens digemari ramai

Wednesday, November 3, 2010

| | | Comments: (17)
Ada masalah mata?opss, i mean masalah rabun dekat mahupun jauh?normalla tu beb!Kadang-kadang rase rimas segala bagai bila cermin mata disarungkan, awww i'm not confident by wearing it!Rasa macam saham jatuh opss bukan bukan rasa macam tahap level confident tu merudum jatuh gedebuk di level yang paling bawah..uwaaa, terasa seperti hendak menangis bukan?tak pakai, tak nampak..so u choose either one, nak nampak orang atau nampak beruang yang kabur-kabur itu..Sungguh, rasa macam tebal muka sebab cermin mata tak sesuai dengan bentuk muka dan tebal muka blushing-blushing sebab rasa muka gedabak besau punya bila pakai cermin mata dan itulah sebab musabab kebanyakan kita pilih dengan rela hati untuk choose to wearing contact lens..

Okae, masa first time pakai contact lens, mata jadi seperti berair dan kemudiannya habis banjir pipi-pipi montel dek kerana air mata yang berjuraian jatuh bukan kerana sedih atau terluka hati, tetapi dek kerana entah mengapa air mata itu kerapkali diundang ketika contact lens dipakai..dan maka terjawablah serba sedikit soalan ini bila diajukan kepada yang punyai experience "Kak, nape ea mata selalu berair bila mula-mula pakai contact lens ni?" dan jawapannya ialah JENGJENGJENG.. "Kak pon xtaula dik, tapi time kak mula-mula pakai dulu, mmg macam tu, kira normalla tu dik, xyah risau ea.." Okae, jawapanku tidak terjawab..tapi, agak lega hati ini bila die cakap its NORMAL untuk para pari yang baru belajar memakai kanta lekap..so, bila tanya diri sendiri kenapa, hati ini bergolek mengatakan alaa, normalla tu sementara nak biasakan diri pakai lens, lama-lama okaela and YES, sekarang tak perlu risau lagi sbb dah biasa and tiada lagi banjir di pipi sebegitu rupa*wink

BLINCON? yes, i choose blincon sebab ape?sebab corak die cumil-cumil belaka.."Blincon color lens comes in 3 exciting categories. Get CLASSIC for that affectionately simple traditional style, or be outgoingly sexy with the bright attractions of the JAZZY lens or be fashionably charming with the graceful looks of the ELEGANCE lens." So u choose which one u want..sangat jatuh hati dengan Jaazy, sangat seksi..haha..elegance pon cantik okae..stakat ni penah pakai due kaler je from this brand which are sexy grey and summer brown..Brown sangat menarik okae, nampak natural..alahai naturalla sangat!But seriously, i fall in love with this brand..tahan 3bulan, bukan hanya sebulan okae! Kalau other types of brand tahan dalam sebulan lebih je, dats why tangkap cintan dengan ini blincon..harga pon berpatutan! Sila dapatkannya segera di kedai berdekatan anda ~heee

Lagi satu hal, jangan kau coba nak pakai contact lens kalau xghetii nak jaga sebab ia boleh memudaratkan mata cantik anda bak kata memey depan rumah ianya amat MURBAHAYAAA! So, bila dah reti pakai, kenalah reti jaga..search je kat website BLINCON  cara-cara nak pakai and cuci suma ada..kalau tak puas hati lagi, search je kat pakcik google maka terpamerlah segala bagai cara..btw, korang akan rasa tenang sangat seperti di awang-awangan bila bukak web blincon ni, iramanye sungguh mendamaikan jiwa, tak caye?bukakla! *winkwink

One more, peringatan ataupun WARNING untuk korang, jangan gatal tangan nak try pakai contact lens yang no brand..perlu engat, kualiti itu penting..nak jaga mata punya hal kenalah berjaga, biarlah die mahal sikit asalkan berkualiti..iye tak iye tak?

i am wearing grey colour :)

p/s: Ada yang baru try nak pakai contact lens tanye iam wearing what types of brand?and the answer is BLINCON :) good luck guys, blinking with the new colour in ur eyes..

Jom serbu join pertandingan header tercantik!

Tuesday, November 2, 2010

| | | Comments: (4)
Eh, mcm best je contest nii, mau join mau join!!esok ade paper pon rini sebok nak online ea nyah..xpe2, luangkan sedikit atau secalit masa untuk belog kesayangan myra nih..eh, myra siap bukak blog sorang2 yang join kontest ni tau!semangat aii tau..lalala..Okae, straight 2 da point..jom kite tengok syarat-syaratnye *wink



Pertandingan Header Tercantik!!!

....Header blog siapa paling cantik, dialah yang dapat hadiah....
...Tarikh tutup penyertaan 6/11/2010...
1. Buat post mengenai pertandingan yang aku buat ni.
2. Pastikan gambar2 dalam post pertandingan ini ada dalam post yang akan korang buat.
3. Letakkan link pada post korang untuk terus ke post pertandingan ini.
4. Tag 3 orang kawan korang supaya diorang tahu akan pertandingan ni...
5. Hantar email kepada : alienelliz@yahoo.com
Pastikan korang hantar nama, no. tel, dan laman web blog korang.
Hadiah Top Up akan di masukkan pada no. tel yang korang bagi.
Hanya untuk no. Maxis, Celcome dan Digi.
6. Kalau korang dah buat syarat1-5, korang tinggalkan komen kat ruangan komen post ni.(post penganjur tau!)
Klik je atas ni kalau berminat nak join :)


Header semasa *wink