Kenapa blogwalking itu best?

Monday, November 29, 2010

| | |
Assalamualaikum pembuka bicara..

Ello readers yang disayangi, ni mai myra nak tanya sat, hangpa suma suka ke dak BLOGWALKING ni?Haa..sukee?Haa..tak suka?hihi..biasala tu setiap orang lain-lain pendapat kan kan.. Dulu masa myra mula-mula terpikat dengan alam blogging ni, myra selalu tanya diri sendiri "Kat mane aku nak carik URL blog-blog blogger lain?"..Well biasala, budak baru belajar macam-macam persoalan..Time tu, layout pon cikai-cikai bahasa tapi yang pasti pink itu semestinya ada..


Bila sesi mau menerjah atau menyerbu blog lain dulu tak tau pulak itu namanya blogwalking..haha..hampeh! mane taknye dari follower hanya seorang dan seciput, myra meraba sini dan sana tanpa sesiapa memberikan bantuan pernafasan atau dikenali sebagai CPR untuk blog myra ni..Masa tu perasaan macam, hah susahnye ade blog tapi taktau guna!!grrr..Oh, perasaan emosional melanda diri sehinggalah myra jumpa banyak blog-blog yang menggunakan perkhidmatan shoutbox dan diri ini sekali lagi dilanda perasaan ingin tahu "Eh, amende shoutbox ni?"..Bila dah register dan tempek itu shoutbox di blog barulah myra tau, ohh ini ke cara bloggers mau berinteraksi..hihi..Okae sudah cukup untuk mengenang masa lampau..teetttt


Sekarang ni senang, macam-macam info untuk blogger baru kan kan..Berbalik kepada tajuk asal, "Kenapa blogwalking itu best?" ..Sebelum meneruskan pembacaan anda, myra nak tanya korang have fun tak bile blogwalking?Haa..kalau jawapannye tidak, sila balik ke blog sendiri!!haha..Acah-acah sahaja..kalau tanya myra, myra suke ke tak blogwalking ni,and YES I AM! Okae, myra akan senaraikan sebab kenapa myra suka blogwalking di bawah..Jom cebikkan bibir anda kerana entry ini belum tamat di sini.. *wink*



1) Ramai kenalan
Okae, yang ni memang sangat-sangat fun..mane taknye bila kita blogwalking ke blog seseorang tu dan perasaan ingin tahu tentangnya membuak-buak misalnya korang da tangkap cintan dengan gaya penulisannya. So, bila da jadi macam tu mulala kita nak add die kat facebook sebagai contoh dan dari situ da boleh berkomunikasi dengan tuan punya blog..Bukan ke namanya fun tuu sebab kita kan manusia biasa yang perlukan kawan dan dapatla merapatkan lagi silaturrahim sesama manusia semesta alam..hehe


2) Dapat cuci mata
Ada betul tak?Iyeee..bila kita blogwalking, kita akan jumpe macam-macam jenis orang..Ada yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb!hehe..Myra suka tengok gambar-gambar manusia semesta alam dan tambah-tambah myra sangat suke tengok muslimah bergaya,,wuwuwu..boleh cakap kebanyakan blog yang myra blogwalking, blogger perempuan tercatat dalam ranking pertama..Bila jumpa blogger yang manisnya seperti honeymadu itu, perasaan suka itu timbul,oopss bukan suka kot lain noh suka tengok je ye, harap maklum

3) Dapat tarik pembaca
Haa...ini memang betul!Kalau korang tinggal blog korang tanpa blogwalking , dia punya jumlah visitors tu tak sama dengan bila korang blogwalking..Tak caye?Tryla buat melainkan korang ni memang famous macam hanis zalikha, fatin liyana dan irine nadia..Kalau jadi macam depa tu, setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat dan setiap detik mesti adee je orang keluar masuk blog depa..

4) Bagus untuk kesihatan blog anda
Betul tak betul?lagi banyak kita blogwalking tahap kesihatan blog makin meningkat..makin banyak korang membuat rondaan, makin sihat blog korang tu..hihi..Okae, bagus untuk kesihatan blog ni bukan ape kak oi, bila kita blogwalking, blogger lain tau yang blog kite masih beroperasi walaupun kite xde entry baru selama satu abad!!hehe..hanya hiperbola di situ..

5) Dapat tambah ilmu pengetahuan
Wuwuwu..berblogging dapat tambahkan ilmu?Owyeah, ilmu yang dimaksudkan ialah segala informasi dunia dan akhirat serta experience orang lain..Selalunya blogger yang akan dapat tahu informasi dulu dari yang bukan seorang blogger.Bila da dapat tahu satu topik tu, kita share informasi tu di blog then blogger lain akan baca dan akan disampaikan kepada blogger-blogger lain melalui post entry mereka..Haa, bukan ke berblogging tu satu aktiviti yang berfaedah?bukannye berblogging ni satu aktiviti yang membuang masa ya..sila ubah persepsi itu..

6) Dapat belajar dari pengalaman
Selain informasi yang cepat dan pantas, pengalaman seseorang itu juga sangat bermakna untuk orang lain..Bila share pengalaman di blog, then orang lain baca dan dari situ kita dapat belajar dari kesilapan orang lain..So, sangat berbaloi kan bila blogwalking?So, peribahasa yang patut kita gunakan ialah sambil menyelam minum air dan makan makanan laut..hihi.. ini peribahasa yang tak boleh diguna pakai *wink*


7) Duit nuffnang meningkat
Ohh nuffnang i lebiula!!hehe..Nuffnang sebagai contoh sebab myra tengok ramai blogger yang menggunakan nuffnang sebagai iklan penaja pendapatan..Bila blogwalking pon banyak, tambah-tambah bila dapat buffered earning, fuhh masyukkk!!Berganda-ganda kita dapat..sangat berterima kasih kepada nuffnang..Sebagai seorang blogger, kita berblongging ni janganla nampak sangat nak kejar duit tu sebab tu kita tak have FUN bila berblogging..Bak kata pepatah sambil menyelam minum air kan kan..Cuba kita jadikan ia sebagai semangat untuk berblogging..Haa, bila da ade semangat tengok earning nuffnang kita dari RM0.00 misalnya dan dah naik jadi RM 0.50, dari situ akan timbul rasa ohh seronoknya!!dan bila da ada perasaan sedemikian rupa, baru berblongging ni boleh jadi aktiviti yang sangat FUN!!Menyeronokkan itu yang kita utamakan iye dak?Kalau kita seorang yang pemurah, iklan nuffnang yang sedang timbul di blog lain tidak akan kita biarkan begitu sahaja, ringankan tangan untuk klik iklan tersebut barulah blogger boleh maju..pendek kata itu sedekah namanya..support sesama sendiri itu penting bukan? *winkwink*



p/s: So, betul tak blogwalking itu BEST? Kalau salah tolong tunjukkan..hehe

37 komen dari sweety:

Fiqah Alias said...

xde yg salah...fiqah stuju..!! fiqah pon suke sgt blogwalking..(^_^)

Salim Harmanain said...

betul2...sgt setuju.. :)

Anonymous said...

saye start wat blog may 2010, tapi baru tampal chatbox minggu lepas... sebelum ni tak tau cbox ni pentinggggggggg~ hahaa~~

Aida Azryn said...

sangat2 setuju! :D

Mr. Swift said...

Haha. Blog semakin sihat yg xleh blah sekali doh. :p
BTW nice one! winkwink back!

Unknown said...

sokong myra:D:D:D:

suria lekatlekit said...

saya suka membaca.. awal pembabitan dlm blog sy hanya pembaca blog.. mula tertarik nak buat blog sbb sy memang suka menulis dr sejak sekolah rendh lg.. memang suka mengarang & menulis diari. Pd mulanya just sbb minat.. lepas tu br di susuli dgn faedah lain.. Pada blogger jgn hnya berblogging sbb duit nuffnang. untuk smpai ketahap nak cash cek nuffnang tu memang menduga.. Jika sbb duit semata mat kita akn mudah bosan bila pergerakkannya terlalu perlahan tp jika kita ikhlas kerana minat.. kita akan terus menulis & menulis.. tnpa berfikir sgt tentang duit. Dr situ kita akan dpt faedah.. tnpa kita berputus asa di tengah jalan

myraVea said...

Fiqah : wuwuwu..sep2 sikit jom! hihi

myraVea said...

salim : Omai omai..hi5~!!

myraVea said...

aniqah : hehe..shoutbox itu xdelah penting sangat, tapi sekadar memudahkan blogger lain untuk say hi or bertegur sapa..hehe *wink

myraVea said...

Aida : gimme 5!!!! hehe

myraVea said...

Mr. swift : hehe..blog anda sihat idak??..macehh *wink kembali

myraVea said...

ady : hoho..maceh babe!

myraVea said...

The lekit-lekit : YES!!!sangat bersetuju dengan anda..komen yang cukup bernas!Samela macam myra, suke menulis dari skolah rendah..lakukan sebab minat supaya tidak bosan :)

SRenungan said...

sbb boleh ronda2 dlm blog lain..hehehe
mcm naik moto plak..
syok tau..bnyak kita tau bila kta blogwalking..
:)

nurulnazihah said...

sokong sokong sokong! :D

Mrs. Q! said...

gud tips :)
keep it up gal :)

Nurul Marikan said...

betol betol betol

Zahra said...

Betul tu sayang!
Keep blogwalk & visit
back ^_^

nazirulhazwan~ said...

sume info diatas benar same skali:p tp pasni den ingat nak tuka la istilah blogwalking tu.
jadikan blogwalkreading:P

myraVea said...

fromjarn : hehe..betul..betul..betul!!hehe...ronda itu best! *wink

myraVea said...

nazihah : heheh..maceh yunk

myraVea said...

kie-yu : hehe..thanks dear

myraVea said...

lady shanna : gimme five! *winkwink*

myraVea said...

Azza : maceh yunk :)

myraVea said...

nazirul : hehe..boleh gak tu, blogwalkreading..hehe

ejulz said...

nk cuci mata gune eye mo laa.. heHe

kkulfy said...

mmg best klu kite blogwalking ni...

E'in said...

blogwalking mmg best.. leh bace cite2 owg.. ;)

Hairun Azmi said...

Blog walking memang best....$%$$$$$$$$

Si GadisSemasa said...

setuju !! banyak tengok blog orang , tambah pengalaman and mematangkan kita :D
cewahhhh .

tiefazatie said...

ifa setuju!haha..lain la klu dah glamer gle xyah la bw kan2..hihi

Cik Aqilah Wardah said...

blogwalking mmbuatkan wardah ketagih...
sampai masuk2 mimpi... :D

omurice said...

wow..n3 yang memang tepatlah..memang suka bw ni...dapat jumpa pelbagai orang..yang cute,hensem dan macam2 lah.

umiawadah said...

banyak lagi perlu saya belajar nih..saya ikut sempat dan jika ada cerita je kalau nak update blog

merapu said...

Wah thanks menarik ni, kalo kite tunjuk teruja org pon tak sampai hati nak biar kan kite, hmm tapi kne tinggal msg kat dorang lah, huhu, best ny kawan kamu da 5 ribu lebih, huhu

RawsoulArt Photos said...

sy pun suka blogwalking..kawan-kawan jom FOLLOW blog saya...uolls memang best: rawsoulart-photos.blogspot.com