New banner! Pertukaran banner kini bermula

Saturday, August 20, 2011

| | | Comments: (24)
Assalamualaikum..

Hye sweet readers..Tetiba excited terlebih sebab dah lama tak tukar banner..Kali ni myra try buat flash banner pulak iaitu banner bergerak..Shhh, malu aii baru nak ada flash banner sebab before this statik banner sahaja yang menjadi pertukaran..


Ini banner lama saya..hikss 

And yes ini banner baru blog saya..Say hye to my new banner *wink*




If korang berminat nak exchange banner with me, sila-sila tinggalkan komen di entry ini then i will grabs your banner!! Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan..Acecee, lama benar tak berperibahasa begini, rindu pula zaman kenakalan di sekolah..




p/s : Page untuk banner bakal myra updatekan sebab kebanyakannya banner lama para blogger :)

Merokok boleh membatalkan puasa, tetapi jangan hanya kerana rokok anda tidak berpuasa!

Thursday, August 18, 2011

| | | Comments: (11)
Di bulan ramadhan yang mulia ini, hati amat sensitif sekali dengan perkara-perkara sebegini rupa..Anda seorang perokok?Anda mekokok di siang hari di bulan ramadhan?

Waktu : Di siang hari di bulan Ramadhan

  • Kalau korang nampak orang di depan korang merokok, apa perlu buat?
  • Apa korang rasa bila nampak orang depan korang merokok?
  • Apa perasaan korang bila bercakap dengan kawan korang then terbau asap rokok dari mulutnya?


SAKIT HATI??Ya, perasaan itu yang bakal dirasai oleh mereka yang berpuasa..Rasa seperti mahu mencekik hidup-hidup jika orang hadapan mengeluarkan rokok kemudian pemetik api mula memainkan peranannya..Hembusan asap rokok dari mulut si perokok amat menyakitkan mata yang memandang..GERAM!



Bauan asap rokok boleh buat kepala pusing bagi mereka yang berpuasa even waktu tu korang tak merokok, bau asap yang hinggap di baju dan mulut korang masih segar untuk dihidu..So, sila jauhkan diri dari mereka yang berpuasa ya..



INFO :

Hukum menghisap rokok pada bulan puasa adalah haram. Selain dihukumkan haram, menghisap rokok di siang hari dalam bulan puasa adalah membatalkan puasa. Keadaan ini disebabkan oleh kandungan asap rokok yang disedut oleh perokok tersebut sebenarnya mengandungi partikel-partikel yang akan turut dihisap dan akan masuk ke dalam perut si perokok apabila dia menghisap rokok.

Kewujudan partikel-partikel ini dapat dikesan melalui uji kaji yang boleh dibuat sendiri oleh perokok itu. Apa yang perlu hanyalah sehelai tisu putih dan tiupkanlah asap rokok yang telah disedut ke atas tisu tersebut. Hasilnya akan didapati warna tisu tersebut akan berubah kepada warna kuning dan itulah molekul/partikel yang terdapat dalam asap tersebut. Molekul/Partikel itulah yang akan disedut dan masuk ke dalam perut orang yang menghisap rokok. Partikel inilah yang menyebabkan puasa penghisap rokok terbatal kerana telah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka (melepasi tekak) dengan sengaja.



Lastly, mahu ditekankan di sini, merokok memang membatalkan puasa, tetapi janganlah sehingga korang tidak berpuasa hanya semata-mata kerana rokok!!!


Sebabnya?Tak macho la bro!





Akhir kata : SAYA BENCI ROKOK!!


Ada dua jenis perempuan di atas muka bumi ini iaitu?

Saturday, August 13, 2011

| | | Comments: (37)
Mula-mula rasa berat hati untuk menulis entry berbentuk begini, tapi rasanya perlu sebab rasa sebak+sedih+hiba bila tengok perempuan yang sudah terleka dibuai dengan mimpi indah di atas muka bumi ini..


Ya, ada dua jenis perempuan di dunia ini iaitu:

  1. Perempuan yang susah untuk didekati dan tahu menjaga diri
  2. Perempuan yang mudah untuk didekati dan memberi


Okae, get the point?Apa dan apa?Mesti pernah dengar ayat ni "Perempuan mestilah kena jual mahal beb!"..Kadang-kadang perempuan memang perlu dan patut untuk jual mahal dengan lelaki, jangan senang untuk memberi nescaya anda akan menyesal dikemudian hari..Bukan setakat perlu jual mahal,jadilah seorang yang pemalu kerana takutkan Allah..



Tak caya?Kalau nak tau, lelaki ni pon memilih jugak..Tapi bukan semua macam ni ye, bergantung kepada prinsip masing-masing..Ada yang jenis dua muka, jenis buat stok perempuan iaitu:
  • perempuan yang senang untuk dibuat main 
  • perempuan yang menjaga dirinya untuk dijadikan bakal isteri

Yang jual murah ni la stok untuk dibuat main, stok untuk ditukar-tukar..Yang senang untuk bawak masuk keluar bilik then bila dah pakai, dibuang sesuka hati sampai si perempuan tu menangis tak berlagu..Jangan ingat lepas kita dah bagi mahkota, jiwa dan raga si dia akan setia dengan kita, jangan jadi tipah tertipu ye!Sebab kebanyakannya,"Habis madu, sepah dibuang"..

Stok lagi satu ialah perempuan yang tahu menjaga dirinya..Ni stok untuk dijadikan seorang isteri, disimpan di dalam bekas kaca, dijaga bagai menatang minyak yang penuh..Lagi satu, tahu tak makna menjaga diri?Menjaga diri bererti jangan senang sangat untuk memberi..haihhh..Senang cerita, jangan jadi hamba nafsu semata-mata, nanti bila dah terkena menangis air mata darah pon dah tak bermakna dan hanya mampu untuk menyesal dikemudian hari..Masa tu baru reti nak pikir "Ishh..kalaulah masa boleh diputar balik, aku tak nak jadi macam ni dah!"..


So, dah boleh fikir?Lagi untung apa kalau jadi seorang perempuan yang susah untuk memberi..Tak rugi pape pon..Jangan jadi havoc sangat berlumba-lumba nak buat dosa, diri sendiri jugak yang rugi nanti..Tapi kalau ada yang macam ni, belum terlambat lagi untuk awak kembali ke pangkal jalan, jadikan ia sebagai pengajaran.."Jadilah seorang wanita yang diibaratkan seperti sebutir berlian di dalam bekas kaca yang tidak boleh disentuh, hanya yang layak sahaja dapat menyentuh dan memilikinya"



Thanks for reading :)






Churpchurp berwajah baru hari ini!

Thursday, August 11, 2011

| | | Comments: (4)
Kalau bab berwajah baru ni memang hati rasa riang gembira sekali sambil terloncat-loncat tunjuk gigi rabbit seperti anak kecil mendapat lolipop dari bapanya di bulan puasa ini..Benda baru, mestilah semangatnya pon lain macam, berkobar-kobar gitu..


Korang dah ada churp-churp?Sangatlah rugi kalau tak ada..Sebabnya?bila korang submit je untuk SOCIAL SEEDING, paling cikai pon dalam sehengget or lima puluh empat sen then kalau korang share SOCIAL SHARING yang main klik-klik iklan tu pon sekali klik da RM0.20, bayangkan dalam sepuluh orang klik dah RM2,yang tu baru untuk satu iklan, kalau korang dapat dalam 5 social sharing da dapat berapa banyak dah?So kalau seratus orang yang mengelik berapa dah korang dapat?Jom kita main kira-kira..So, lu pikirlah sendiri berbaloi atau tidak..Kalau tak berbaloi, alamatnya tidakla diwar-war kan di sini, harap maklum *wink* Klik SINI untuk mendaftar churpchurp! 




Kalau korang nak dapat RM10 000, apa perlu buat? KLIK SINI untuk tahu cara-cara untuk menang!



Alhamdulillah, 2nd winner for Mix & Match Contest by MissLily Shop

Friday, August 5, 2011

| | | Comments: (23)
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah syukur..


Terima kasih kepada semua yang sudi menyumbangkan keringat untuk klik button like mengundi design yang myra buatkan..Really appreciate your kindness dan tidak lupa juga pada para juri yang arif lagi bijaksana *acece serta tuan penganjur iaitu MdmLily Lilo..Walaupun jumlah like tidak sebanyak 1st dan 3rd winner tapi alhamdulillah selepas ditambah tolak darab dan bahagi untuk 50% dari jumlah LIKE dan 50% markah dari juri dan akhirnya tersenarai juga sebagai 2nd winner..


JURI :
HAZWANI OSMAN - Fashion Designer
RINA SALLEH - JUARA GADIS MELAYU 3
IKA RADIUSITE - OWNER BUTIK ONLINE (Radiusite)
MARIA ELENA - BLOGGER





Seterusnya, jom kita tengok design dari 1st winner dan 3rd winner contest ni.

Jari sedang ligat mengelik album dari MissLily Shop untuk mencari bintang pilihan hati *wink* ..Time kasih akak lily, muaahh muahh flying kiss ;)




Thanks to them, mari melawat mereka! :


Juadah wajib di bulan puasa

Monday, August 1, 2011

| | | Comments: (24)
Saat berpuasa, nafsu makan membuak-buak
Bunyi lagu ala-ala dangdut kemain kuat didengari

Saat berpuasa, bazaar menjadi pilihan hati
Tunjuk itu dan ini untuk perut kesayangan membuncit

Saat berpuasa, rambang mata untuk memilih juadah berbuka untuk hari ini
dan Juadah yang wajib semestinya BUAH KURMA!

Anda kenal kurma ini?

Ya, semestinya cap yusuf taiyoob..Sungguh enak dimakan begitu sajaa *wink*
Bukan saja enak, malah berkhasiat dari juadah yang lain..Berbuka dahulu dengan kurma atau air baru rasa nikmatnya berpuasa..fuhhh



Khasiat buah kurma :
  • Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis 
  • Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
  • Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
  • Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
  • Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
  • Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
  • Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

Bukan setakat berbuka sahaja perlu ada kurma, ketika bersahur juga perlu untuk memberi tenaga kepada tubuh sehingga waktu berbuka..So, eloklah untuk diamalkan..Tapi, kadang-kadang manusia ni rambang mata sampai semua nak rasa..Masa tu tak nampak dah buah kurma..aishhh..

Korang suka makan buah kurma tak?Kurma jenis apa yang menjadi pilihan hati?Jom share-share sini *wink*




Salam ramadhan dan selamat beramal! :)