Ada dua jenis perempuan di atas muka bumi ini iaitu?

Saturday, August 13, 2011

| | |
Mula-mula rasa berat hati untuk menulis entry berbentuk begini, tapi rasanya perlu sebab rasa sebak+sedih+hiba bila tengok perempuan yang sudah terleka dibuai dengan mimpi indah di atas muka bumi ini..


Ya, ada dua jenis perempuan di dunia ini iaitu:

  1. Perempuan yang susah untuk didekati dan tahu menjaga diri
  2. Perempuan yang mudah untuk didekati dan memberi


Okae, get the point?Apa dan apa?Mesti pernah dengar ayat ni "Perempuan mestilah kena jual mahal beb!"..Kadang-kadang perempuan memang perlu dan patut untuk jual mahal dengan lelaki, jangan senang untuk memberi nescaya anda akan menyesal dikemudian hari..Bukan setakat perlu jual mahal,jadilah seorang yang pemalu kerana takutkan Allah..



Tak caya?Kalau nak tau, lelaki ni pon memilih jugak..Tapi bukan semua macam ni ye, bergantung kepada prinsip masing-masing..Ada yang jenis dua muka, jenis buat stok perempuan iaitu:
  • perempuan yang senang untuk dibuat main 
  • perempuan yang menjaga dirinya untuk dijadikan bakal isteri

Yang jual murah ni la stok untuk dibuat main, stok untuk ditukar-tukar..Yang senang untuk bawak masuk keluar bilik then bila dah pakai, dibuang sesuka hati sampai si perempuan tu menangis tak berlagu..Jangan ingat lepas kita dah bagi mahkota, jiwa dan raga si dia akan setia dengan kita, jangan jadi tipah tertipu ye!Sebab kebanyakannya,"Habis madu, sepah dibuang"..

Stok lagi satu ialah perempuan yang tahu menjaga dirinya..Ni stok untuk dijadikan seorang isteri, disimpan di dalam bekas kaca, dijaga bagai menatang minyak yang penuh..Lagi satu, tahu tak makna menjaga diri?Menjaga diri bererti jangan senang sangat untuk memberi..haihhh..Senang cerita, jangan jadi hamba nafsu semata-mata, nanti bila dah terkena menangis air mata darah pon dah tak bermakna dan hanya mampu untuk menyesal dikemudian hari..Masa tu baru reti nak pikir "Ishh..kalaulah masa boleh diputar balik, aku tak nak jadi macam ni dah!"..


So, dah boleh fikir?Lagi untung apa kalau jadi seorang perempuan yang susah untuk memberi..Tak rugi pape pon..Jangan jadi havoc sangat berlumba-lumba nak buat dosa, diri sendiri jugak yang rugi nanti..Tapi kalau ada yang macam ni, belum terlambat lagi untuk awak kembali ke pangkal jalan, jadikan ia sebagai pengajaran.."Jadilah seorang wanita yang diibaratkan seperti sebutir berlian di dalam bekas kaca yang tidak boleh disentuh, hanya yang layak sahaja dapat menyentuh dan memilikinya"



Thanks for reading :)






37 komen dari sweety:

FizaFizz said...

nauzubillah! mudah2an kita yang ada fikiran yang boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk ni tidak terlalu terburu2 dan dapat menjaga maruah diri. InayaAllah. Amin. :)

Amirah Jafri said...

nice entry dear. hopefully semakin ramai perempuan sedar kan :)

Anonymous said...

ha betul2 , so girl2 kat sana bawak2 lah berpikir sebelum buat apa2

Prince said...

terbaik entry..:)..nty prince bg traffik ye...:)

eZmALiZa said...

sbb itu dalam quran ada menyatakan bahawa perempuan lebih ramai menghuni neraka.. ini kerana perempuan tersgt complicated dalam pergaulan. mudah melakukan dosa. jadi, same2 la kite menjaga maruah diri dan keluarga :)

nice entry syg :)

myraVea said...

FizaFizz : InsyaAllah :)

myraVea said...

Amirah Suhana : really hope for it..Semoga pintu hati mereka terbuka..thanks for reading :)

myraVea said...

Alin Liyana : berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan..yeah, ur right dear :)

myraVea said...

pRiNCe : thanks for reading prince :)

myraVea said...

~eZmALiZa~ : menjaga maruah diri dan keluarga sememangnya perlu..thanks for reading akak sygs :)

myraVea said...

MiYOKO SuKi : thanks for reading :)

bila blog bercerita said...

suke entry niyh....:)

ηuя αιмι Ƒαянαηα said...

best! terbaikkk wokkk :)

fatin natasha :) said...

suke entry ni, dan sangat setuju, pompuan perlu jual mahal n kdg2 kene ego jugak. tunjuk dekat laki tu yg kita tak heran dgn dia wlupon sbnrnye kita ksh psl dia.

myraVea said...

bila blog bercerita : thanks for reading :)

myraVea said...

Nur Aimi Farhana : thanks for reading dear :)

myraVea said...

fatin natasha :) : ahaa..Jual mahal mmg perlu sygs..susah nk carik seorang lelaki yang baik sekarang, begitu juga kaum hawa =.=

kaizen said...

let's think about it seriously....

Datin NurulSyazwanie said...

nice entry ni :)

semoga kaum Hawa sedar yang hari ni sangat ramai lelaki hidup dalam kepura puraan. gel kne pilih betul betul ;)

myraVea said...

kaizen : yeah..

myraVea said...

cik_nini : Ya, semoga mereka sedar apa yang berlaku di hadapan mereka sekarang..Mesti kena pilih betul-betul, teliti jangan tak teliti..hehe

hamzah ian said...

saya pun suka entry ni

myraVea said...

hamzah ian : terima kasih datang melawat :)

Diari Si Froggie said...

suka dengan entry myra yg nie..perasan gak pmpn skrg dh kurang nilai2 menjaga maruah diri kan..

semoga Allah memelihara kita semua :)

myraVea said...

Aida Omar : tahnsk for reading dear :) Amin..

unknown said...

Nice entry..

Harap2 ramai perempuan yg taw jaga diri..

myraVea said...

Clara : thanks for reading.. Hopefully :)

Unknown said...

jd la perempuan yg pelihara diri dan pelihara agama.. :)

myraVea said...

Heidi Shafiq : Thanks for reading :)

Ain Atika Zailani said...

huiiii no no no..jangan memberi yang bukan bukan..naa'ahh not good!!!

muhamadsufian89 said...

ha betul2. jangan mudah sangat nak memberi ni. jaga elok2 maruah diri tu. kalau dah kawen nanti nak bagi ape pun bagi la. hehe

qwerty said...

btol tu.. mmg ade dua jenis pompuan macam yg disebutkan. btw,entry ni mmg best. :)

myraVea said...

Ain Atika Zailani : huhu..betul dear :)

myraVea said...

muhamadsufian89 : berikanlah bila ianya halal, jagalah bila ianya haram..

Thanks for reading :)

myraVea said...

.digital kelok : thanks for reading :)

Anonymous said...

pompuan gedik mmg jual murah la

myraVea said...

sifu im : tak semestinya awak..ade sorang ni, sopan je dia, lembut.. tapi da salah arah tuju :(