Sebelum membuka tirai tajuk utama entry ni, myra baru perasan something!!yep yep..diri ini baru menyedari kehadirannya (apalah kau!! lempang..)
NAK TAU APAKAH GERANGANNYA??
howyeahhh..masuk entry kali ni dah 101 post dah ghupenye..waahhh..ingatkan da 1000,rupanya baru 100!!!hohoho..gelak guling-guling sambil tutup muka menahan malu..blogger lain da 100+++,aku baru 101 post memandangkan blog ini baru memulakan tumbesarannya pada awal tahun 2010 (by this year la dear)waahh..saya masih JUNIORITA bloggers!! *cepat tutup muka sambil shy shy meowww..pape pon time kasih ye wahai para blogger sekalian kerana tak jemu untuk up traffik di belog kesayangan myra ni..hihihi (nuffnang makin sayang saya..oh, sangat teruja dengan buffered earning!)mmuahhhhh!!
. . S E K I A N . .
Ok ok, mari-mari kita kembali ke tajuk asal..Sekarang ni "macam-macam ada" kan..taekwando, silat, karate sume..dan pilihan hati ini ialah TAEKWANDO!!kenapa ini bukan itu??hoho..ini disebabkan setelah sekian lama meninggalkan taekwando, hati ini terpanggil untuk menyertainya semula pada sem 3 ini..korang tak percaya?? (apelah korang gelakkan aku..sampai hatimu..sobsob)huh..siapa kata si kecil cili padi ini tidak lasak??ada masanya ia mengganas tau!!BEWARE!!hohoho..Berapa tahun dah myra tinggalkannya??dah masuk 6tahun da babe!!lame tuu,bukan setahun dua ok...last sekali training time darjah 6..itu darjah 6 ya, bukan tingkatan 6 (sila bulatkan mata anda *wink) dan sekarang my belt sudah berkaler-kaler..kaler apa??kaler hijau sudaa *winkwink..
Jom kita explore kasi lebih sikit pasal taekwando ni..LAYANNNN!
Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu daripada dua seni bela diri Asia, satu lagi ialah Judo).
Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
Taekwondo mempunyai beberapa warna tali pinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni bela diri ini.Setiap talipinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Talipinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "Dan". Pemegang 10 Dan hanya ada 5 orang sahaja di dalam dunia dan mereka semuanya berketurunan Korea.
Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi sendiri. Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:
World Taekwondo Federation (WTF)
International Taekwondo Federation (ITF)
Global Taekwondo Federation (GTF)
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah matapelajarannya. WTF banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek kesenian. Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu pertandingan diadakan.
Ok, ni lah sedikit sebanyak about taekwando ni..hohoho..saya enjoy!!!!I LOVE TAEKWANDO!!best ohh maen tumbuk-tumbuk, tendang-tendang..kalau tengah geram lagi best tumbuk plus tendang sekuat hatikuuuuu!!owyeahhh..boleh lepas tension di petang hari..muahaha...fuhh, agaknya sapelah mangsa seterusnya (sambil mengusap dagu) >.< ..JENGJENGJENG
alamak..siapakah gerangan empunya badan??myra pinjam dulu photo ni buat tatapan yek..makasih pakcik google
p/s:gambar myra time training xupload lagi, nanti sudah myra letak..yeehaaaa
7 komen dari sweety:
wah....
gud..!!
:)
haha..saya dulu belajar kung fu..
:D
afifah:heheh...join2 :)
arief: wahh..kung fu macam best!!meh train myra skali yek..hohoho
chubby macam i boleh join ke ? hehe
wah. kebetulan mmg blur dgn belt taekwando. ada yg cakap merah peling terel lah, ada yg ckp kaler purple pun ada. diri yg tak tau ni pcaye je lah bulat2. nway thanks! gud entry :) happy blogging :)
Nice blog, keep it up to date!!
84 mengenyit kembali