Kau teman atau lawan?Ku tahu kita pernah bertengkaran,pernah rasa disakiti dan pernah menyakiti walhal kita pernah menjadi manusia yang kenal apa itu erti persahabatan..Akan tetapi, adakah kau tahu apa yang tersirat di dalam hati ini?Secebis hati kecil ini tidak pernah terniat untuk membencimu, tidak terniat untuk menyakitimu..Tidak terlintas di fikiran ini untuk membenci mana-mana manusia walaupun dia sejahat-jahat manusia..kerna ku tahu kita hanya manusia biasa, manusia alpa....
Kita manusia yang tidak pernah merasa puas dengan apa yang digenggam..Kita berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik..Tapi jangan kau lupa, di dunia ini hanya sementara..Selagi mampu bernafas, kita masih dapat fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita..janganlah dikau menyimpan perasaan dendam atau iri hati kerna ku sudah lupa akan sengketa lama dan memaafkan segalanya..
Apa yang ku harapkan, janganlah dikau memandangku sebelah mata atau bermasam muka ketika mata bertentangan kerna apa yang kita lihat adalah apa yang kita fikirkan..samaada positif atau negatif, sematkanlah fikiran positif di dalam minda agar hati selalu dapat merasakan kenikmatan cahaya ketenteraman daripada kehancuran malapetaka yang hanya mendukakan hati..
Pilihlah antara dua yang dirasakan terbaik untuk hidup kita..sampai kapan mahu bermasam muka bercuka-cuka??dekat di sudut hati ini, melaung-laung kejeritan "ku tak mahu lawan tetapi ku mahukan kawan!"..apa gunanya lawan yang hanya akan membinasakan diri sendiri??lebih baik kawan ..fikir-fikirkanlah..lupakanlah sengketa lama yang bermuka-muka..MAAFKAN SEGALA SALAH SILAPKU..
Aku manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan..bukan niatku untuk menyalakan api yang sedang marak..ku hanya berdiri menegakkan diri..kesilapan yang lepas jadikan ia sebagai pengajaran dan jangan diulangi lagi..ingatlah bahawa kesabaran itu adalah salah satu daripada kekuatan iman..down to earth is the best ways in life..
0 komen dari sweety:
84 mengenyit kembali