Showing posts with label suami penyayang. Show all posts
Showing posts with label suami penyayang. Show all posts

Tips : Kenali si LELAKI KAKI PUKUL

Monday, October 24, 2011

| | | Comments: (43)
Sebagai seorang gadis, mesti ada rasa takut bukan if bakal hubby kita seorang kaki pukul?Phew, im really scared of it. Minta dijauhkan dari lelaki sebegitu rupa, nahas dek badan nanti. Oh tidak!

That's why bila nak pilih calon suami ni bukan boleh dibuat main, sila selidik dengan teliti latar belakang pasangan anda masing-masing. Kalau tidak? Takut menyesal dikemudian hari, menangis tidak berlagu, berduka tiada gunanya..Acece

Next, move on with tips kenali si lelaki kaki pukul. Baru-baru ni pon ade kes keluar paper berita harian about lelaki kaki pukul bukan?So, now memang perlu berhati-hati bab memilih ni, nampak gaya makin cerewetlah myra lepas ni, hewhew..

.............................................................................................
  • Kenali terlebih dulu pasangan. Sama ada dia jenis panas baran sebelum meneruskan perhubungan.
  • Uji kesabaran mereka sebelum menjalin hubungan lebih serius.
  • Andai mereka mudah marah dan memaki hamun tanpa usul periksa, fikirkan tindakan seterusnya sama ada ingin meneruskan hubungan ataupun tidak.
  • Jika lelaki itu kerap bertindak kasar tetapi wanita itu masih menerimanya, jawapannya PADAH! Besar kemungkinan mereka boleh boleh bertindak lebih ganas andai terus dibiarkan.
  • Setiap wanita memiliki sikap manja, sering dilabelkan ‘lembik.’ Janganlah keterlaluan kerana sikap ini sebaliknya memudaratkan diri sekiranya berlaku pergaduhan.
  • Jangan bertindak keterlaluan seperti memaksa, mencabar dan melawan pasangan, khususnya lelaki ada sejarah panas baran, apabila berlaku pertengkaran.
  • Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Sertai kelas mempertahankan diri seperti silat, judo, tinju atau sebagainya sebagai persediaan andai keadaan memaksa.
  • Andai pertengkaran melarat ke peringkat memukul, jerit dan lari ke tempat yang ada ramai orang. Selain mendapatkan bantuan ia juga dapat mengelak keadaan menjadi lebih buruk, termasuk membahayakan nyawa anda.
  • Jangan berdiam diri jika suami anda kaki pukul. Sebaliknya kongsi masalah itu dengan teman rapat atau ahli keluarga supaya kejadian tidak berulang selain memastikan nasib anda terbela andai berlaku kejadian tidak diingini.
.............................................................................................
Jika masih dalam keadaan tertekan, hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di talian 03 7957 5636 atau 03 7957 0636.





Dah join? Jom serbuu join giveaway yang menarik ni! Klik SINI!