KASUT
Pentingkah sepasang kasut untuk kita?Jika tidak lengkap sepasang, maka jadilah seperti cinderella kehilangan sebelah kasutnya..Kasut juga dianggap sebagai pelengkap penampilan kita bukan?So, jom kita sama-sama mengenal dunia kasut ni..Rasanya masih ramai yang tahu memakai dari tahu namanya dan semestinya terkena batang hidung ini sendiri *heee ='D
1.Ankle Straps
Ankle Straps mempunyai tali yang dililit di sekeliling buku lali. Straps yg dililit biasanya menggunakan material macam reben, renda dan bahan-bahan lain. Kalau tak ada lilitan, bukan ankle straps lah namanya.
2.Ballet Flats
Kasut ni juga dikenali dgn nama kasut ballerina. Ballet Flats ni diinspirasikan dari kasut ballet (tetapi ditransform dari segi material dan cara pembuatan). Ballet Flats ni mempunyai tapak yang leper dan tertutup serta menyerupai sandal.
3.Kitten heel
ialah tumit yang pendek, juga ramping mahupun tirus, biasanya tinggi tumitnya dari 3.5 cm (1.5 inci) hingga 5 cm (2 inci) wіth a slight curve setting thе heel іn frοm thе edge οf thе shoe, sebab itulah design tumitnya agak tirus.
4.Spool Heels
Kasut ni lagi tinggi daripada kitten heels bυt nο tοο high macam stilletto. Tinggi tumitnya lebih kurang 2.0-2.5 inci. Tumitnya agak luas di bahagian atas dan bawah dan sempit dibahagian tengah.
5.Mary Jane
Mary Jane adalah istilah Amerika untuk jenis kasut tali atau sandal yang biasanya memiliki tumit rendah, luas dan jari kaki tertutup bulat, dan satu tali ber’buckle‘ menyilang punggung kaki dan/atau sekitar pergelangan kaki.
6. Winklepickers
Juga dikenali sebagai Winkle Pickers adalah gaya kasut atau boot yang digunakan dari tahun 1950 dan seterusnya oleh peminat lelaki dan perempuan rock аnd roll British. Ciri-ciri yang membuatkan ia dipanggil winklepickers adalah kerana bahagian hadapan kakinya panjang, sangat tajam dan cukup runcing.
7. Platform shoes
Juga dikenali sebagai Disco Boots adalah kasut, kasut bυt, atau sandal dengan tapak tebal sekurang-kurangnya 4 inci tinggi, sering diperbuat daripada gabus, plastik, getah, atau kayu (kasut platform yang bertapak kayu secara teknikal juga adalah terompah).Ianya telah digunakan di berbagai budaya sejak zaman kuno.
8. Mules
Berasal dari bahasa Perancis. Ia merupakan stail kasut tanpa bahagian belakang dan biasanya tertutup dibahagian hadapan. Mules boleh didapati dalam pelbagai jenis kasut daripada tapak rata hingga ke tumit tiggi.
9. Pumps
Kasut ni bertutup sepenuhnya dari depan sampai belakang. Didapati dalam pelbagai ketinggian dan jenis tumit.
10.Peep Toes
Kasut ni bentuk dia bertutup sama ada depan sahaja ataupun keseluruhan. Uniknya, ade lubang kecil kat bahagian depan kasut. Kira nampak la sikit ibu jari kaki.
11.Wedges
Sekiranya anda memiliki tubuh sedikit berisi, tak salah kalau anda nak pakai wedges ni. Tapaknya yang tebal akan menyokong tubuh anda ketika berdiri. Selain itu, ia juga memberi keselesaan buat si pemakai yang bertubuh gempal berbanding kasut bertumit halus. Elakkan kasut bertapak tebal yang bertali rumit sekiranya anda memadankannya dengan baju kurung kerana dikhuatiri anda akan nampak sarat. Memadankan kasut ini dengan seluar akan membuatkan anda kelihatan bergaya.
Sekiranya anda bertubuh kurus atau kecil, pilihlah wedges tanpa tali. Memakai wedges tanpa tali akan menyerlahkan bentuk kaki anda yang kecil. Seeloknya, padankan wedges ringkas dengan skirt labuh, baju kurung dan kebaya.