Gendang gendut tali kecapi, makan pavlova sure happy!
Nyum nyummm. Korang pernah makan pavlova? Sedap sehingga menjilat jari bukan? Buat anda yang sangat sukakan makanan yang manis, pavlova confirm menjadi pilihan hati. hewhew.
Buat yang tidak pernah merasa pavlova, ia sebenarnya chewy di dalam. Senang cerita bahagian dalamnya rasa seperti marshmallow yang cair di dalam mulut. Auch! rasa seperti i wanna eat it again and again!
Selama ni, i was like terliur je bila dengar orang lain makan pavlova. Tahap jealous bukan main membuak-buak nampaknya and at last pavlova dihasilkan sendiri di rumah! Oleh itu, tahap kepuasan hati tidak dapat lagi untuk diungkap. hewhew. Di bawah adalah resipi dari majalah Inspirasi Perkahwinan untuk anda mencuba.
Untuk bahagian atas, korang boleh pelbagaikan buah-buahan mengikut sesedap hati dan rasa. Sedihnya rasa bila tak dapat letakkan strawberry kegemaran sebabnya stok kehabisan dijual dan akhirnya digantikan dengan kiwi, peach dan anggur. Dan gambar di atas sekali adalah hasilnya! Thanks kepada Kak Sue kerana telah menurunkan ilmu membuat kek kepada tuan blog. Muaahhh!