Tempahan template blog dibuka!

Monday, May 20, 2013

| | | Comments: (5)

Assalamualaikum.



Maybe ada yang belum tahu, selain design header myra juga dah membuka tempahan untuk full template dan cover timeline facebook.


Alhamdulillah, thanks buat awak awak yang sudi menempah dari myra. Printscreen di bawah disediakan untuk tatapan kalian. Kalau berminat untuk membuat tempahan, boleh inbox myra di mukabuku atau di email myravea@yahoo.com.













Oh ya, tempahan bakal disiapkan dalam masa sehari ke tiga hari bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima tau. First pay first serve.


Lepas settle tempahan semua, tibalah pula masa untuk mengedit blog kesayangan myra ni pula. Sedang fikirkan konsep yang sesuai dengan jiwa. hihi. 



Thanks for reading!



Hasil solekan yang cantik dari Perfect365

Thursday, May 9, 2013

| | | Comments: (13)

Assalamualaikum.

Alangkah berbunga-bunga bahagianya hati jikalau tangan dapat hasilkan solekan yang awesome seperti gambar-gambar di bawah. Jujur dari hati myra tak pandai nak bersolek lebih-lebih sebenarnya. Cukup dengan solekan cincai dengan hanya tonyoh eyeliner, blusher sikit dan lipbalm then sudah siap untuk keluar. hewhew


So, aplikasi Perfect365 sememangnya superb bukan untuk kita-kita yang tak pro bersolek ni? Misalnya anda tidak menconteng muka sekalipun, korang dah boleh enjoy klik klik bersolek dengan aplikasi ni. Phew. Laju dan tangkas bersolek dari smartphone dan siap untuk diupload! kuikui


Lepas adanya aplikasi ni, hopefully korang tak terbulat mata tengok wajah manusia di dalam gambar semuanya flawless dan pandai bersolek belaka. Penipuan semata yang hanya ada di alam maya tidak di alam nyata. 



Marilah kita beramai-ramai melihat hasil solekan dari aplikasi Perfect365 di bawah. hihi
Rose                                         Charms
Frosty                                         Tropics

Angel                                                    Velvet


Kelebihan lain dari aplikasi Perfect365 ialah? Hidung kita yang tak berapa nak mancung ni dapat diedit menjadi mancung ala Taylor Swift. Triple awesome! Bolehlah para manusia semua perasan hidung mancung bak seludang sebentar. hewhew. 




Thanks for reading!

JEMPUT "JOIN BLOGLIST MYRAVEA" di entri sebelum ni ya. 



Jom Join Bloglist Myravea!

Tuesday, May 7, 2013

| | | Comments: (7)

Assalamualaikum.



Memandangkan bloglist sunyi dari post-post baru dari rakan blogger makanya jom kita exchange link blog beramai-ramai. Setelah sekian lama bloglist tidak di update, kehausan post yang paling latest abad ini sudah pasti. huhu.


At least, bila sunyi dapatlah myra blogwalking di blog-blog korang. So, kali ni myra malas nak buat segmen. Dan cara paling senang ialah:



  1. Letakkan link blog myra di bloglist korang then komen di entri ini.
  2. Letakkan banner "Jom join bloglist myravea" di sidebar blog korang &  link kan ke blog myra.


Simple bukan? Myra akan check satu persatu dan masukkan terus link blog korang di bloglist blog myra. Kalau korang rajin dan banyak masa, bolehlah war-war kan di entri blog korang. Hihi. Selamat ber exchange bloggers!









Hadiah untuk blogger ke Hong Kong dari Mary Kay!

Monday, May 6, 2013

| | | Comments: (0)
Hello Bloggers!

Mungkin ini berita baik untuk kalian. Yey! For your information, Mary Kay sedang menganjurkan sebuah pertandingan kecantikan dan anda si blogger bakal mendapat produk bernilai RM108 dengan hanya menulis entri pendek untuk spread the news! Jika berminat, boleh rujuk kepada nigel@clinkstudio.com



Here is what you’ll get. It is worth at RM108

  • 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag
  • 1 x Nourishine Plus Lip Gloss

Selain itu, Mary Kay juga sedang mengajurkan pertandingan blog untuk mereka yang ingin menyertainya. Anda hanya perlu membuat temu-janji dengan pakar perunding kecantikkan Mary Kay untuk membuat Make-over percuma dan blog tentang pengalaman sebelum dan selepas.



Hadiah pertandingan berupa produk premium Mary Kay bernilai RM1000 untuk 10 orang. Selain itu, 2 orang akan dipilih untuk pergi ke Hong Kong untuk menyaksikan pertandingan 
finale tersebut secara percuma. Anda hanya perlu menulis blog post tersebut mengikut kretiviti masing-masing.



For more information about the contest, visit www.makeovercontestmarykay.com