Alhamdulillah, tempahan header musim cuti sangat masyuk!

Thursday, December 30, 2010

| | | Comments: (16)
Eh, betul ke tempahan header myra semakin masyuk?heee..First of all thanks kepada semua blogger yang sudi menempah..Tanpa mu tiadalah coloum "Header untuk ditempah" di menu bar blog myra :)


Masa mula-mula nak buat entry khas untuk mereka yang nak tempah header, diri ini rasa begitu kecil sekali..Manalah tau kot-kot takde sesiapa yang berminat, mesti hati tuan blog ni terguris *huahua*..Tapi rupanya alhamdulillah tak sampai sebulan ni dah ada dalam 30 lebih yang telah meletakkan kepercayaan kepada myra untuk design header mereka..


Syukur sangat-sangat sebab niat hati untuk menolong mereka yang mahukan HEADER IMPIAN masing-masing tercapai jua..Kadang-kadang takot gak kalau ada yang menempah itu tak puas dengan header baru yang telah disiapkan, so myra akan tanya banyak kali puas hati ke tak sebab kepuasan itu perlu!Dan kalau tak puas lagi, myra akan edit sampai korang rasa tahap kepuasannya sebab ini header berbayar so korang boleh demand ape yang diimpikan di kotak hati masing-masing..Kalau korang demand nak yang macam mane, lagi senang untuk myra buatkan sebab dah tahu apa yang ada dalam kotak fikiran korang..hehe..Jika masih ada yang sudi untuk menempah, pintu tangan dan hati sentiasa terbuka dengan luas sekali *wink*


Btw,Tak semua yang pandai dalam bab edit mengedit ni, dengan membuat coloum khas untuk tempahan macam ni, hopefully dapat membantu korang untuk lebih bersemangat mengadap blog tiap-tiap hari dan itu dinamakan sebagai "blogger tegar" di dunia blogging..hehe..Last but not least, myra nak letakkan header yang paling latest myra siapkan setakat ini..







"Pencarian header tercantik sudah bermula! Klik SINI untuk mengundi!"

p/s:  Alhamdulillah, kedudukan myra dalam contest setakat ni adalah yang paling teratas! Korang boleh tolong naikkan vote dengan vote "http://myravea.com" di situ :) Hopefully masih ada yang sudi membantu :) 

Akibat gila shawl yang boleh memakan diri

Tuesday, December 28, 2010

| | | Comments: (13)
Entry ini berkenaan dengan si HAWA, buat si ADAM maafla anda tak pakai shawl-shawl ni..ngehh ngehh

Sekarang ni banyak betul shawl-shawl yang menarik hati melekat di jiwa kan kan..Bila pergi je cuci mata kat shopping compleks yang pada mulanya hanya nak window shopppingla konon tup tup haa, amek kau banyak benda menarik tertarik sampai tak boleh nak berenggang dah dengan bendalah-bendalah ni..Adakah ini namanya obses ataupun obesiti?eh, masuk bab berat badan pulak..tettt..


Alahai nafsu-nafsu sekalian, rupanya hangpa suma ni memang tak boleh nak pandang shawl kot sampai rambang mata nih tengok tak tau nak pilih mana satu..Aduhai..kesian-kesian, tak boleh jadi ni..Akibat tak tahan dengan nafsu yang menggelegak di jiwa batin dan raga maka sekali keluar tangan kosong balik rumah hambik kau tiga aku kebas bukan empat atau lima..Ceit, perempuan memang macam ni ke?*sambil geleng-geleng kepala* Hee, sebab saya pon perempuan T___T



Bila masuk bab nak pilih, memang pening seriously pening..Dan agenda di bawah mula muncul di sebalik tirai hati..Pilih punya pilih rasa kesian pulak kat tuan kedai sebab setia menunggu dan menanti customer dia membuat pilihan..Sambil buat muka seposen, myra belek-belek je sampai puas hati padahal da bape jam ambil dan letak ambil dan letak (hiperbola).. ish ish ish..mesti tuan kedai geleng kepala tengok aku..ngehh ngehh..Dan agenda berikut berlaku dalam hati yang sepi dan inilah penyebabnya kenapa masa untuk membuat pilihan begitu lama sekali..

"Shawl kedut-kedut ni orang panggil shawl crumple ke shawl pelangi cinta ke shawl pelangi pintal?"


dan...
"Eh, ini cantik..kaler die anggun menawan di kalbu" 




dan...
 "Eh, yang ni pon cantik kedut sana sini memukaula!" 




dan...
"Ooo, yang ni ye yang orang panggil shawl anting-anting tu?ooo.."


dan...
"Eh, yang ni ade manik-manik bulat..ooo..ni la shawl beads2 tuu eh?"



Kesiann, masa ambil dan meneliti shawl-shawl berkenaan dan diletakkan di kaunter penjualan, dalam hati masih banyak pertanyaan timbul..balik umah terus on laptop dan bukak blogshop yang ada jual shawl-shawl segala bagai..dan akhirnya terjawab juga pertayaan-pertanyaan di hati..tapi, memang takla nak engat nama-nama tu semua boleh naik gila!teetttt...


Tajuk entry ni macam da lari tajuk ke?Ntahla, yang penting ni la jadinya bila gila shawl sampai tak tau yang mana satu nak pilih..Heee, anda anda dan anda pula macam mana? Adakah seperti tuan belog ni?ngehh ngehh...


Pesanan :  Bila beli shawl baru-baru tu, jangan lupa tengok kain dia ye sebab jangan terkejut kalau ada je yang koyak-koyak