Sebelum melebarkan sayap untuk entry ini, sila gerakkan dahulu kepala sambil menyanyikan lagu "Angguk-angguk geleng-geleng, tunduk-tunduk ikut sajaa" supaya feel membaca itu diperolehi setelah sedikit pergerakan atau dikenali sebagai exercise kepala dilakukan.. *heee
Myra nak buka sejarah lama yang mungkin sejarah kita juga sama sambil belek-belek situasi di dalam minda..Apa yang sejarahnya?Ini adalah tentang sejarah saya opsss bukan tetapi sejarah blog saya..Eh, blog pon ada sejarah? okae mari kita lihat apa yang sejarahnya:
- Siapa idola blog korang semasa mula-mula berblogging?
- Blog siapa yang korang selalu terjah semasa anda mula-mula berblog?
- Bagaimana korang boleh terjebak di alam blogging ni?
Sejarah ke ni?kuikuikui*gelak sopan*..Apa-apa pon boleh asalkan flow kita sama iaitu flow semasa mula-mula berblogging sebab myra nak ceghita sikit pasal blogger yang pernah terkunci atau terpaku dalam list blogger idola myra suatu ketika dahulu *hee..
Dulu myra tak reti nak ping blog dekat mana, nak cari blogger lain macam mana dan ada ke orang lain yang buat blog?Okae, malu sebab dulu memang tak tau ni semua sampai boleh tanya dekat diri sendiri ramai ke ade blog?Apa fungsi blog?Blog ni diari kita ke? Tapi itu dulu, sekarang bukan lagi katak di bawah tempurung itu, sekarang katak yang mahu melompat dengan lebih tinggi..ongongkedekkedek *sambil senyum tersipu malu*
Dulu masa baru buat blog, bukan selalu update blog pon selalu baca blog orang je sebab tak tau apa yang perlu kita tulis dalam blog sebenarnya?Dan dulu memang myra ni kira kaki stalk blog orang tanpa meninggalkan sebarang jejak..Tapi, di alam blogging ni orang takde lah panggil STALKER tapi ayat yang lebih manis didengar iaitu SILENT READERS..
Korang nak tahu blogger mane yang myra jatuh hati dengan belognya dulu?Haa..meh sini, mari dekat mari dekat untuk kite-kite ajee sambil bisik-bisik sebab seganla dengan blogger famous amos ni..kuikuikui *gelak sopan lagi sekali*
Kite set gambar extra-large ye awak sebab barulah nampak betul-betul idola *hee
Haa..ni lah antara blogger idola myra sewaktu blog mula ditubuhkan..choii, bakunya ayat aku..kuikuikui..Tapi seriously berdirinya saya di sini, eh duduknya saya di sini dengan senang hati limpa dan jantungnya saya mengaku bahawa blog cik epal gonjeng yang suke makan tempe ni lah yang sampai sekarang myra dok bukak tutup hari-hari..Bosan?Oh tidak sama sekali..Blog ni penuh dengan cerita yang boleh buat myra tersenyum kadang-kadang senyum sampai nampak gigi sekali tapi kadang-kadang boleh buat myra senyum guling-guling pon jadilah awak..Kalau tension je, bacalah blog cik epal gonjeng ni mesti awak lega membaca ceritanya..
Hye kakak lolly, maybe kakak tak tahu yang kakak ni idola blogger adik myra masa mula-mula myra buat blog dulu..Sungguh, adik tak tipu tau kakak..Erk, tahap kegelian terserlah dengan ayat nak mintak pelempang..kuikuikui..Okae kembalikan mood korang sambil menghidup udara nyaman malam ni..Myra kenal miss lolly ni masa start myra join GENGBLOGGER dulu..Masa ni akak lolly kite ni memang di dalam ranking pertama dalam gengblogger dulu..Balik-balik muka dia so macam manalah hati ni tak terpaut..Miss lolly ni memang petah berkata-kata, macam-macam cerita dia ada dengan ayat yang selamber..Sukee aii tau bace blog uuu sambil laga-laga pipi..
Maka tamatlah sudah entry untuk kali ini..Korang pulak ade idola blog tak?Tak kisahla idola blog sekarang ke dulu ke..Ni kalau kite bukak pasal idola blog sekarang mesti nama-nama blogger ni yang muncul kan kan..
dan semestinya CIK EPAL.. Sila angguk tanda setuju yek..Eh,ada lagi sorang tertinggallah!Sape die??Alaa.. si MYRAVEA tu?kuikuikui..*gelak malu sambil tutup muka tahan gelak guling-guling sampai jatuh katil*..boooo