PROMOTION: MaVellous Rejuvamax, pakej kecantikan dan kesihatan dalam satu produk!

Tuesday, November 29, 2011

| | | Comments: (8)
Korang pentingkan kecantikan dan kesihatan tak? Tak kiralah yes or no sekalipun, jom kita tengok satu produk ni jom. MaVellous Rejuvamax iaitu produk yang lengkap untuk kecantikan dan kesihatan kira two in one sekaligus! hewhew. Check this out! 
Penerangan produk :

  • formula anti penuaan lengkap yang dapat memulih dan mengaktifkan sel-sel tubuh
  • menghalang proses penuaan, mencantik dan memutihkan kulit, meningkatkan tenaga, menyahtoksid dan memperkuatkan sistem imunisasi.
Kelebihan produk :
  • Kulit Lebih Gebu, Lembut dan Anjal
  • Memberi lebih vitamin dan mineral
  • Menyeimbangkan kulit dan menjadi Lembap
  • Lebih berseri, cerah dan bersinar
  • tona ton sekata
  • Kulit nampak segar dan cerah
  • Memudarkan parut parut dan noda noda hitam

Cara penggunaan: 

  • CAMPURKAN dalam 1 gelas air = 1 paket, 1 kali sehari,selepas makan/sarapan pagi. 
  • PESAKIT KRONIK: 1 paket, 2 kali sehari, selepas makan. *tidak sesuai untuk wanita mengandung, kanak-kanak bawah umur 7tahun dan pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan (boleh diambil selepas 3bulan proses pembedahan)


Harga: Pek promo RM100 mengandungi 4 sachets. LIMITED STOCK only.
first come, first serve.

Postage fee: RM10 SAHAJA ke semua tempat di Malaysia bagi SETIAP
pembelian. So, kalau nak jimat better beli more than 1 pek dalam 1
bayaran. Boleh kongsi dengan kawan, pakat beli ramai jom! Lagi jimat bukan?






How to order?

sms : 010-9687765 (jandy) 

email : jandyperra@gmail.com dengan subject: pek promo mavellous. 
Sila sertakan: Nama, kuantiti, alamat, No. Telefon


Extimate date of delivery: within 2 weeks selepas tarikh akhir promosi.
Nota penting: pembeli TERAWAL akan mendapat FREE POSTAGE!

Promosi berakhir pada 5Disember 2011

Buncitkan perut di RESTORAN KUNYAH!

Monday, November 28, 2011

| | | Comments: (37)
Memandangkan teringin untuk buncitkan perut dengan mee bandung cap ala-ala muar, so myra dan kak pen merah decided untuk makan di sini, iaitu di Restoran Kunyah. Eh, di manakah terletaknya restoran yang kami buncitkan perut ni?Ianya terletak di Wangsa Walk ya kawan-kawan *wink* 
Sebelum makan, wajiblah kita untuk snap snap snap photo dahulu even perut sudah membunyikan lagu keroncong versi rock angguk-angguk geleng-geleng. hewhew.
Inilah kak pen merah yang sudi untuk membawa myra keluar berjimba dan membuncitkan perut bersama-sama. Kalau ikutkan plan asal, akak ni mengidam nak makan nasi ayam tapi apakan daya kaki sudah dijejakkan di restoran ini terus switch da plan. *wink*

Buat korang yang mengidam nak makan Mee Bandung Muar, jemputla datang ke restoran ini untuk memeriahkan majlis ya. hewhew. Jujur dari hati, myra katakan bahawa Mee Bandung di sini amatlah sedap! Sedap sehingga menjilat jari bak kata mereka. Kira takkan menyesal mahupun frust menonggeng setelah merasai keenakan Mee ini.
Korang tahu tak apakah ini? Okae buat yang buat-buat tidak tahu menahu, inilah yang dinamakan Keropok Lekor ya. Yang ni pon boleh tahan sedapnya, maka anda silalah cuba selepas ini. Now, apa tunggu lagi?Mari kita serbuuuuuuuuuu!






Tips : Senyuman punca awet muda!

Sunday, November 27, 2011

| | | Comments: (22)
Teringin bukan kalau kita awet muda sampai ke tua?alahai. hewhew. Kalau nak awet muda kenalah selalu amalkan budaya senyum. Senyum dengan ikhlas ya bukan senyuman palsu semata-mata *wink*


Apa ada dengan awet muda ni? Orang kata biarlah umur semakin bertambah tapi tak ditelan dek usia dan masih ceria serta kekal muda dengan muka bercahaya gitu. So, takdelah nampak tua sangat kan?lalalaaa


Banyak bonus lain rupanya dari senyum ni. Alaa, senang je kalau nak senyum ni kan? Sebagai contoh, kalau berangan kahwin dengan putera raja pon mesti dah senyum sampai ke telinga gitu. *wink* So, apa bonus lain yang kita dapat dari senyuman manis di bibir kita?


......................................................................
1. Dapat hilangkan stress
Bayangkanlah kadang-kadang kita akan rasa sedih, penat dan mood down sangat bukan?Time macam ni lah kita kena latih diri untuk senyum. Sebabnya, bila kita senyum dapatlah jugak jadi pengubat untuk kurangkan sikit stress meres itu. hewhew


2. Menurunkan tekanan darah
Eh, pon boleh? Kalau nak tahu, bila kita senyum secara automatik tekanan darah kita akan lebih rendah dan tekanan darah kita memang berbeza bila kita senyum dan tidak. 

3. Awet Muda
See? boleh jadi awet muda owh kalau kita kerap senyum ni. Sebabnya? Bila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak kira exercise muka gitu *wink*


4. Senyum ialah ubat
Eh ubat? Yessss! dengan senyuman ni lah ibarat hormon endokrin yang dapat hilangkan rasa sakit. Apakah hormon endrokin?Jom mintak bantuan paccik google! hewww


5. Kelihatan sukses
Senyumlah walaupun waktu itu diri rasa gementar so that we can get rid of it dan kelihatan lebih berkeyakinan!


6. Berfikiran positif
May be its gonna be hard for us untuk senyum bila kita fikirkan tentang perkara buruk. But trust me, bila kita senyum tubuh akan terima isyarat bahawa ada hikmah disebaliknya dan kita akan terus berfikiran positif. So keep smiling people!

Puss In Boots | Percubaan membuat mata bulat puss!

Wednesday, November 23, 2011

| | | Comments: (32)
At last, dapat jugak tunaikan permintaan hati untuk tonton this movie. Yey!Lompat dengan girang sekali dan thanks kepada si peneman untuk hari itu. Habis je MUET terus serbu panggung!
But time kat sane, i was like "Eh, da keluar da movie ni?Biar betul?" Ok, sebab musabab rasa sedikit hairan bin ajaibnya ialah terpampang di banner mengatakan bahawa movie ini bakal ditayangkan pada 24november di Malaysia. Tapi, myra tonton movie ini pada tarikh 21november. Peliks bukan? 




Ok, let it be. Antara sebab-sebab rasa excited untuk tonton movie ini ialah kerana hero nya ialah seekor kucing yang comel bernama Puss!Meowwwwww..dan digandingkan pula dengan heroin yang cun bernama Kitty, alolooo tomei!
Apa yang bestnya movie ni? Korang takkan frust sebab aksi-aksi comel dan lincah si kucing comel ini memang tidak menghampakan! Sampai myra boleh gelak guling-guling dalam panggung tu, so bayangkanla ya *hiperbola*. 


But seriously, u should watch it tambah-tambah untuk yang sedang mengalami tekanan di dalam kepala itu, cepat-cepatlah serbu tonton  movie ni ya. Confirm takkan menyesal sebab myra pon rasa macam nak tengok lagi dan lagi! Nak baca review tentang movie ini?KLIK SINI!


Okae, berbalik kepada tajuk entri ini. Percubaan untuk membuat mata bulat si comel puss sudah terhasil dengan jayanya! Eh, berjayakah saya?hewhew. Ini diaaa, tadaaa! Kalau tak berhasil myra nak larikssss duluu..Thanks for reading!

Artis Hollywood yang mempunyai wajah mirip "Disney Princess"

Monday, November 21, 2011

| | | Comments: (32)
Kecil kecil dahulu, budak kecil seperti saya memang sangat suka tengok Disney princess bukan? Dengan angan-angan palsu di dada, nanti bila dah besar nak jadi puteri cantik macam dalam cerita. 

Oh, memang kuat berangan rupanya zaman muda mudi dulu. Kalau berangan untuk ke menara gading itu logik juga tapi kalau berangan nak jadi puteri cantik jelita tu memang tak dapat ditunaikan tambahan pula tak logik dek akal fikiran.hewhew 

Bukan setakat berangan nak jadi puteri malah berangan nak kahwin dengan anak raja merangkap putera yang kacak rupawan! kuikui. Semuanya angan-angan palsu belaka. Haih, pengaruh besar rupanya cerita kartun begini. 

Btw, ini pengakuan dari lubuk hati bahawa sebenarnya sampai sekarang myra suka tengok cerita "Once upon a time" begini disebabkan oleh puteri dan puteranya sangat comel, cantik dan hensem belaka! So, disebabkan oleh rasa SUKA dengan cerita fairy tales begini jom kita tengok pula artis  yang mempunyai wajah mirip Disney Princess. 


Korang sukakan kucing?Khas buat penggemar kucing!

Saturday, November 19, 2011

| | | Comments: (21)
"Meoww meowww..aloloo tomeinyeee"

Korang minat kucing tak?Kucing jenis apakah?Eh, kucing pon ada jenis-jenisnya bukan? Kucing pon ada cap dan brands tahuu..hewww..Ada kucing parsi, kucing siam, kucing persia, kucing Turkish Van, kucing ragdoll, kucing birman dan banyak lagi! 


Myra suka kucing yang gebu bulunya. Rasa geram tak ingat kalau dapat meow yang gebu dan comel sebab nanti rasa seperti nak goncang-goncang dia sambil lambung-lambung itu meow!hewhew. Sangat kejam ini manusia, jangan lambung-lambung kucing yek *wink*
Comel tak kucing dalam gambar ni?wewwit..Kembang kempisla tuannya penmerah nanti. Sangat gebu dan manja itu kucing, bila kita duduk dia pon duduk sekali atas riba kita. Meowwmeoww. alahai tomei.


Buat korang yang gemarkan kucing, kat sini myra ada senaraikan blog yang menulis tentang penjagaan kucing dan kelab kucing. Mari kita serbuuuu!


Jom serbu join "E-Belia Blog Contest!"

Thursday, November 17, 2011

| | | Comments: (12)
Assalamualaikum

Kali ni dengan besar hatinya myra nak jemput para blogger memeriahkan lagi suasana dengan join contest sebegini rupa. Syaratnya sangat mudah, just taip entry then submit dan korang berpeluang untuk menang tambah nilai prabayar ratusan ringgit tau! Seronok bukan? So apa tunggu lagi? Mari join bersama! 


 
Buat anda, anda dan anda yang masih belum mengisi maklumat anda di E-Belia, boleh berbuat demikian di Portal E-Belia . Saya sudah, anda bila lagi? Buat mereka yang berminat untuk join contest ini, bolehlah melawat PORTAL VYREC untuk maklumat yang lebih terperinci. 

Aksesori apa yang menjadi kegilaan seorang perempuan?

Wednesday, November 16, 2011

| | | Comments: (40)
Aksesori?Aksesori apa yang menjadi kegilaan seorang perempuan?


Bila kita bercerita tentang aksesori ni, pendapat dan citarasa setiap perempuan mesti berlainan bukan?Ada yang suka aksesori yang blink blink, liplap liplap gitu bagai berada di posisi datin datin, auchhhh! dan ada yang suka the simple one but nice dannnnnnnn ada juga yang rimas bila pakai aksesori seperti rantai, cincin dan sebagainya bukan?


So, anda si cantik jelita berada di posisi yang mana satu? Suka atau tidak? Minat atau tak minat sangat dengan aksesori ni? Kalau dulu myra tak amik port sangat pasal aksesori, but nowadays terjatuh cinta pula dengan aksesori seperti rantai dan cincin. 


Actually, dulu myra sukakan silver even koleksi aksesori tak banyak pon sebenarnya but now myra sukakan gold gold gitu sebab rasa seperti antik! hewhew. Adakah faktor usia yang mengubah citarasa?Oh tidakkkk, saya dah tua ke?kuikui.


The latest one yang myra beli semestinya ala-ala gold yang antik-antik. Tak mahal pon sebab rasanya semua orang boleh memiliki. So, bolehla beli banyak-banyak buat koleksi tukar-tukar *wink*. Emmm, memang betullah jawabnya myra dah tangkap cintan dah dengan gold ni. hewwwww

Haaa, ni laa aksesori ala-ala antik tuuuu *wink




Thanks for reading!

Photoshoot by KHAIRUL AZKAR

Tuesday, November 15, 2011

| | | Comments: (51)
Assalamualaikum..

Siapa tak kenal si Photographer handalan Malaysia iaitu Encik Khairul Azkar atau lebih dikenali sebagai KA. Paling best sebab dia pernah juga shoot Najwa Latif, Fatin Liyana dan Cik Epal. Rasa bertuah pon ada on that day, pengalaman pertama itu sangat berharga bukan?hewhew. 

Ditambah pula perisa dengan sentuhan make up dari Ary Muzamer yang memang superb, so kalau korang memerlukan MUA untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya, bolehla klik SINI untuk melihat hasil sentuhannya. Buat korang yang risau tentang kening dicukur, don't worry sebab Ary takkan cukur kening korang punyalah. Ada teknik lain untuk buatkan kening korang nampak kemas macam photo-photo di bawah ni *wink*

My partner on that day, Wirda :)


By the way, photo-photo di atas langsung tidak diedit, terus lagi langsung dari lensa kamera. Best kan? Memang puas hati. Thanks kepada photoG Khairul Azkar, Le Docteur, Pen MerahMohd Azly Jamaludin dan Ary Muzamer


Lokasi : Pullman putrajaya & taman tasik cempaka bangi


Bersama AIZUL MARCELLO di Malaysia Wedding Festival!

Sunday, November 13, 2011

| | | Comments: (23)
Berlari-larian anak ke Mid Valley, berkejar-kejaran ke Malaysia Wedding Festival sambil berterbang-terbangan untuk berjumpa si kacak Aizul Marcello. Habisla kembang kempis si kacak nanti. hewhew
Selepas berterbangan menuju ke destinasi, maka sesi bergambar mesti diteruskan bertalu-talu. Bukan serbu seorang diri ye, bertiga-tiga menyerbu untuk bergambar. Kasihan Aizul sedang kepenatan masih lagi tidak keberatan melayan kitorang bertiga. Thumbs up! *wink*

Yeah, sekarang kami berempat bukan lagi bertiga ya dan yang pasti kami semua merupakan seorang blogger! Kuikui. Memang best dapat keluar dengan blogger ni, mula-mula kenal di alam maya then dapat pulak kenal di alam nyata. *wink*

Buat korang yang memerlukan khidmat photography untuk majlis perkahwinan, pertunangan atau any type of event, cepat grabs peluang baik dari Aizul ni. Bermula dari Jumaat, 11 November 2011 hingga Ahad, 13 November, Aizul akan berada di Midvelly Megamall! Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang tawaran yang diberikan, klik SINI untuk ke blog Aizul.


Err, memang perempuan pantang jumpa kamera kan?So, untunglaa akak Pen Merah kita ada DSLR, bolehla serbu snap snap dan snap!hewhew. Nasiblaa habis dalam tu penuh gambar kitorang berdua. Till here, thanks for reading!

Blogger mirip Heliza Helmi

Saturday, November 12, 2011

| | | Comments: (69)
Assalamualaikum..

Anda, anda dan anda minat Heliza Helmi tak?Siapa suka sila angkat tangan cepat!hewhew..myra sukaa sangat, sebab die comel bermata bulat!Teringin sangat nak date-date dengan die. So, siapakah blogger mirip akak Heliza ini?Emmm, taknak taip panjang-panjang, mari kita lihat gambar di bawah..
Eh, siapakah gerangan di sebelah kiri Heliza Helmi tuu?Siapakah dia?Samakah mereka?Errrr, tak tahu tak tahu sambil angkat-angkat bahu dan kening. hewhew


Gambar dari entry INI



Actually, myra pernah post entry bertajuk BETUL KE INI BLOG HELIZA HELMI? suatu ketika dahulu.Hehehe. So, agaknya kenal tak siapa blogger mirip Heliza dalam entry ini?Nak perah santan jap tapi ini bukan entry masuk bakul angkat sendiri ye, harap maaf.kuikui.Ok bye, baik myra larikssss duluuuu, takut kena kejar dek korang baling gula-gula *winkwink*






Thanks for reading! :)




p/s: Harap maaf, ini entri suka-suka je. Tang mana yang samanya pon tak tahu. :')



Nuffnang and Churp-churp "Teatime with ChaTime event"

Wednesday, November 9, 2011

| | | Comments: (25)
Hey, where am i?Owh, tersedar dari lamunan rupanya diri sedang berada di event Nuffnang. Alhamdulillah, rezeki lagi dibawa pergi oleh si pemurah hati Pen Merah. Lompat-lompat ribena sikit tanda seronok beronok-ronok. hewhew. Event kali ni bertempat di Dutamas Solaris. First time merasa minuman di Chatime, not bad!sedap sehingga menjilat jari *wink*


Inilah Pen Merah yang sudi berkongsi kegembiraan bersama. Thanks kak <3

IMG 2611 Tea Time with Cha Time Event
Sampai je kat sane, game dah nak mula. Ce teka game apakah ini?haaa, inilah game meneka jenis flavour!Sape yang first time datang confirm blur dengan nama-nama flavour ni termasuklah saya..haihhhh =.=

Yang ni flavour caramel kalau tak silap, ni Pen Merah yang punya. hewhew. Myra amik perisa Classic Hazelnut Milk Tea, dan semestinya tastenya sangat kebabom!serius sedap giler. Kalau nak beli, silalah cuba perisa ini dahulu confirm tak menyesal. Harganya around RM4.90 for regular and RM5.90 for large. Don't worry, Chatime drinks in Malaysia are HALAL! After this without doubt we gonna have our Chatime! *wink*



Antara blogger yang hadir 
Si cantik sudah bersuami, madammondoq

Si manis berbaju purple, Kak Jard

Jejaka melayu, Khairi
See?Bila berkumpul semua sekali, baru ku tahu ramai giler rupanya yang hadirkan diri..Terbaik! I LOVE NUFFNANG! *wink*


Pengomen terbanyak mingguan terima RM100?

Monday, November 7, 2011

| | | Comments: (26)
Korang suka mengomen entry?Entry jenis apa yang korang suka mengomen?Okae, tak kesahlah entry apa sekalipun yang menjadi pilihan hati untuk mengomen, but myra baru sahaja selesai berlumba secara sihat dengan menjadi pengomen tegar blog PEN MERAH untuk minggu yang lepas..




Agak-agak best tak kalau jadi pengomen tegar pon boleh terima RM100 dari owner blog?Confirm best giler bukan?hewhew. Ni prove bahawa myra menjadi "pemenang top komentar minggu ini" blog PEN MERAH. Alhamdulillah rezeki :)
komen Pemenang Top Komentar Minggu ini?


Banyak gila kan, untuk seminggu je sampai 1501 komen?Saingan sihat saya ialah wanie. Pheww, lenguh tangan menaip, tapi alhamdulillah usaha tangga kejayaan. Perasaan sungguh riang gembira pabila apa yang kita usahakan membuahkan hasil bukan?So, tunggu apa lagi?Jom serbuuu blog PEN MERAH yang murah hati ini!

Majlis Pra Tonton Filem "Alamak Toyol!"

Sunday, November 6, 2011

| | | Comments: (11)
Hye awak, saya pegang ala-ala tiket "Alamak TOYOL!"
Jom tengok same-same nak?hewhew..
Majlis Pra Tonton Filem Alamak Toyol ni bertempat di MBO Subang Parade pada 1 november 2011 dan sudah mula ditayangkan pada 3 November yang lepas. Buat yang belum menonton, jom penuhkan panggung gerenti korang gelak sakan pecah perut semua ada. hewhew. Nak tahu jalan cerita filem ini?Mari baca review filem dari PEN MERAH @ UJANG.

toyol+filem+2011 Pra Tonton dan Sinopsis Filem Alamak Toyol
Jengjengjeng.....Toyol hijau sudah keluar, ke sini mari kamuuuuu!hewhew..So, nak tahu siapakah yang memainkan watak toyol ni?Here you are, si cilik berbaju hijau yang suka berlari!*wink*
Bersama  David Teo dan pen merah
Thanks Cik Epal
Thanks Pen Merah
 Kak Yana



Thanks for reading! *wink*



Dah join? Jom serbuu join giveaway yang menarik ni! Klik SINI!