Kali ni nak mengomel pula tentang haiwan peliharaan..Korang ada?Haiwan peliharaan jenis yang mana satu menjadi pilihan hati korang?Tak kisahla sama ada haiwan itu sekecil semut atau sebesar gajah, ianya tetap haiwan peliharaan..*senyum*
Selalunya haiwan peliharaan yang menjadi pilihan hati mestilah yang comel omel tu kan?Bila comel je mesti rasa geram sampai nak bawak tido..ewaah, selamat ianya haiwan peliharaan bukannya orang peliharaan sebab tu tak berdosa kalau nak bawak tido sekali malah bertambah pula pahala bila sayangkan binatang ni kan..hehe
Dalam banyak-banyak haiwan peliharaan, dari kecil sampai sekarang kucing meow meow itu tetap menjadi pilihan hati yang P E R T A M A..Tambah-tambah yang bulu lebat tu, cedapnye nak dukung peluk-peluk, cekik-cekik die..Eh, cekik? Itu K E J A M !
Tapi sekarang haiwan yang tengah H O T di pasaran ialah sugar glider..Die sangat kecik molek dan senang untuk dibawa ke mana-mana dengan hanya meletakkannya di dalam kantung kecik dan siap untuk pergi bersiar-siar dengan tuannya.. Kiranya menjadi peneman setia di mana-mana sahaja..Harganya pon sangat hot dalam lingkungan RM200++ untuk haiwan kecik molek ni..Err, berbaloikah?
Dulunya haiwan ini pernah menjadi pilihan hati ramai, namun setelah sugar glider menjadi pilihan hati , hamster mungkin menjadi pilihan kedua..Dulu, adik myra pernah bela hamster ni, tapi i'm too scared nak pegang belai-belai die sebab takut die gigit..Lagi satu disebabkan hamster ni kadang-kadang nampak sejibik macam tikus, rasa geli-geli itu menguasai diri..
Haa, ni lagi satu haiwan comel omel dan gebu siap kena tahan diri dari mencekik-cekik beliau..hehe..Agak-agaknya, susah tak nak bela arnab?Best tak?
Flower horn ni pon pernah menjadi pilihan hati ramai..Kalau tak silap, makin besar kepala dia, makin membawa tuah kepada tuannya..Betulkah?Dulu ayah myra pernah bela ikan ni, salah sekornya menjadi ikan 'emas' ayah..Pabila berakhir hayatnya di muka bumi ini, maka air mata si ayah jatuh terburai di atas muka bumi ini tanpa disedari..Lihatlah, betapa sayangnya untuk merelakan ia pergi..
Dan yang mana satu haiwan peliharaan kegemaran korang? *wink*