Inilah hari yang ditunggu-tunggu bagi pasangan pengantin baru bukan? Selepas hari bahagia diijabkabul, maka excited pula dengan walimatulurus. Bila kaki melangkah pergi ke wedding reception begini, hati mula berkata-kata. "Wedding aku nanti cemanelah agaknya". hewhew. Teringin pula rasanya tapi masih belum bersedia. Hati masih kosong, kosong.
Kenalkan pasangan pengantin baru ini. Si kacak, pengantin lelakinya merupakan abang kepada my mom. Huwhuw. Dan si cantik, pengantin perempuannya pula berasal dari Kelantan. That's why majlisnya jauh benar nun di sana. Kalau tak silap, ini kali kedua kaki melangkah ke Kelantan. Makanan di sana sangatlah lazat kerana manisnya. Yes, myra memang sukakan makanan yang manis, tak suka pedas nanti bisanya naik sampai kepala. Ouch.
Letih bangat rasanya menguruskan majlis supaya semuanya berjalan dengan lancar. Means, kaki bukan hanya duduk di meja sambil menikmati hidangan secara selowww melowww. Tapi, kaki sibuk ke sana ke mari menguruskan apa yang perlu. pheww.
Disebabkan pasangan pengantin dari keluarga yang terdekat, makanya gambar diambil secara pukal. Sehingga saat para pekerja hotel mengemas kembali ball room itu pon, we all still snap snap and snap sampai merasai kepuasan bergambar. Hewhew. Maafkan saya, entri ini memang penuh dengan gambar. Phewww.
Mereka ini siblings saya. Ya, kami bertiga heroin dan seorang saja hero nya. Cuba teka myra anak ke berapa? Nampak seperti kedua agaknya? Oh no, ur totally wrong. I'm the eldest one. *wink*
I've told ya. Entri ini banyak gambarnya.huwhuw. Tersesat seorang bidadari cantik pula. Boleh panggil dia mimi. Orang Kelantan, muda setahun dari myra. Manusia paling cantik yang pernah dijumpa. Geramnya, macam barbie doll sungguh!
Ini gambar penutupan. Tapi kurang seorang ahli nampaknya. Hilang pula seorang hero. kuikui. Seronok rasanya dapat bergambar dengan keluarga. Btw, moga pengantinnya kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.