Do i need to mention siapakah Juara MasterChef Musim Pertama?Of course perlu mentionkan di sini walaupun korang semua dah tahu!hewhew. Semestinya Ezani Farhana!
Gelagat juara bersama "Champion Trophy" yang dimenangi. Membuatkan para peserta yang lain jealous seketika pabila melihat Ezani mencium trophy tersebut. hewhew. Now tiba masa untuk bersantap bukan bersentap! *wink*
Cepat betul kenyang time tu, rugi-rugi. Makanan untuk malam itu, kami disediakan dua main dish dan desert. Pineapple Fried Rice di atas sangat sedap tahu! Seriously, makanan yang disediakan sangat sedap sehingga menjilat jari walaupun menggunakan sudu. hewhew. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati!
Now tiba pula masanya untuk bergambar! Oh tidak, kalau nak tahu kami bergambar tidak kira waktu sebenarnya. Sebelum bersantap dan selepas bersantap, flash kamera ada di sana sini. Wuhuuu! Mari kita lihat dengan siapa yang sempat myra bergambar?*wink*
Siapakah si comel di sebelah myra? Muka sangat familiar bukan?hewhew.Siapa lagi kalau bukan seorang pelakon dan salah seorang peserta. Awet muda sungguh Ary Malik ini walaupun sudah berusia 41tahun kalau tak salah myra. Dia sangat friendly okae, siap peluk saya dan semua yang mahu bergambar dengannya. Aauuch! :')
Peace no war katanya. Thanks to Pen Merah kerana sudi membawa saya ke sana malam itu. Terharu dibuatnya :')
Diapit oleh dua orang blogger jejaka Malaya iaitu Zuhry Darkbatman dan BroFramestone. Kalau nak tahu, musim yang seterusnya mereka mahu beraksi di medan MasterChef, sebab tu semangat nak pakai kithen apron tuu. *troll
Tak sangka gambar di atas mengundang rupanya. Oh, mengundang apa? Dalam entry INI, katanya gambar kontroversi blogger bukti jelas mereka skandal? hewhew. Hanya mampu ketawa. :')
Thanks to Astro!












