Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Sebab-sebab kenapa friend requests tidak di"approve"?

Saturday, February 12, 2011

| | | Comments: (17)
Assalamualaikum pembuka bicara..

Eheem, kali ni biar kita berceloteh dengan lebih serius..Mesti salah sorang antara korang yang mempunyai sikap choosy bila nak approve friend requests di facebook..Okae, facebook sebagai contoh disebabkan ramai diantara para pari blogger yang menggunakan facebook..tettt


Eh, kenapa kita perlu memilih bulu bila berkawan?Oh ya, mungkin certain of us yang tak amik kesah langsung pasal ni dalam erti kata lain, hanya tau approve sesiapa sahaja yang add kita..Mungkin mereka sudah set dalam their own mind bahawa "Berkawan biar seribu, bercinta biar satu"..Ewaahh, termasuk pulak bab cintan cintun opss..


Perlu ke kita memilih untuk berkawan walaupun hanya di alam maya ni?Herm, sila berfikir mengikut kewarasan akal..Mungkin ada yang rasa ahh, approve jela bukan orang tu boleh buat apa pon dekat kita..Oh, mungkin anda salah sebab dengan adanya teknologi sekarang ni ditambah pulak dengan kebanyakan para facebookers selalu update status tentang di mana mereka berada on that time dengan menggunakan blackberry dan sebagainya..Bayangkan pula salah seorang pemerhati daripada kawan anda di facebook ataupun lebih mudah dikenali sebagai seorang STALKER , mempunyai niat yang kurang baik terhadap anda, beliau dengan senang lenangnya mengetahui di mana anda berada sekarang..Tak ke SCARY namanya tu?bahaya atau tidak? Tambah-tambah pula buat si hawa.. Sekarang, anda buatlah pandangan sendiri tentang perlu atau tidak kita memilih?Judge yourself..


Okae, ni salah seorang yang perlu membuat pilihan untuk meng"approve" kawan-kawan di facebook..Tiada unsur menunjuk-nunjuk di sini, harap maaf..So, mereka-mereka yang mana yang tidak akan atau susah untuk di approve?Kebanyakan yang tidak diapprove ialah dari golongan lelaki bagi golongan perempuan, lesbian mahupun gay..Wah, too choosy?Setiap orang mempunyai lain-lain pendapat..Kalau boleh yang jernih itu kita ambil, yang keruh itu kita jauhkan supaya tidak menyesal di kemudian hari..


Mungkin selepas membaca keseluruhan entry ini, turutamanya bagi golongan lelaki akan berfikir sejenak, buat apa nak pilih bulu?aku okae ja, kenapa kau tak okae?Okae, anda seorang individu yang jantinanya lelaki, tetapi saya di sini jantinanya ialah perempuan..Berbeza bukan?Kita si perempuan ingin berasa selamat bukan main cekup je...Maka sudah terjawab segala pertanyaan mengapa anda tidak di"approve"..Orang kata, bila kita was-was untuk membuat sesuatu perkara tu, kita perlu berfikir panjang untuk membuat pilihan..


Thanks for reading :)

Facebook akan ditutup? Info dari "Weeklyworldnews"!

Sunday, January 9, 2011

| | | Comments: (8)
Biar betul facebook akan ditutup??sedih atau gembirakah anda?
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.





Betul atau tidak berita ni, kita tunggu jelah 15 May 2011 nanti yek..Sebelum tarikh tu, ada baiknya kita save segala gambar kesayangan kita di facebook sebagai langkah berjaga-jaga..Tak kesahlah berita ni fake or not tapi ada positif dan negatifnya bila facebook ditutup..


"Hukum Mati Keatas Pembunuh Datuk Sosilawati" di facebook

Wednesday, September 15, 2010

| | | Comments: (5)
Nampaknya ramai yang concern pasal kes terhangat about pembunuhan Datuk Sosilawati ni..sangat hot sehingga menjadi ranking pertama kes di dada-dada akhbar Malaysia dan semestinya sesiapa je yang beli paper semua akan selak baca pasal kes ni dulu..bila cukup time je berita kat TV, habis semua orang dalam umah dah terlantar depan tv semata-mata nak tahu berita selanjutnya tentang kes ni sampaikan dalam facebook pun siap ada page untuk kes ni..wahh, dan di situ rakyat Malaysia memberi pendapat dan pandangan dan semestinya pandangan mereka semuanya hot-hot belaka..tak caye??bacalah sendiri ya..


Zaman sekarang macam-macam boleh jadi, pasal dengki je dah sanggup menumpahkan darah si mangsa..kalau menumpahkan darah untuk berjuang di medan perang tak pe jugak..ni pasal hasad dengki yang membara di dalam jiwa sampaikan mahu membunuh??sekali bunuh empat orang sekaligus?apa nak jadi?nampaknya pembunuh tu, memang seorang pembunuh yang tak berhati perut dan mengikut nafsu sesedap rasa, sesedap hati.. hiba hati ini bila mengenangkan nasib keluarga mangsa..ditinggalkan tanpa mayat, hanya abu menjadi tatapan..tiada kubur untuk diziarahi, hanya kenangan menjadi ubat rindu si keluarga..

Teringin nak tengok muka pembunuh?sila terjah page facebook di SINI

p/s: sekarang ni, nak keluar umah pon kena tengok kiri kanan..jangan buat pasalla nak keluar sorang-sorang..berhati-hatilah selalu