Showing posts with label pink itu sweet. Show all posts
Showing posts with label pink itu sweet. Show all posts

Kenapa lelaki menolak bulat-bulat untuk memakai pink?

Saturday, January 15, 2011

| | | Comments: (54)


Mencetuskan kontroversi betullah dengan perpepsi orang sekeliling bila mata melihat sesuatu berwarna pink disarungkan oleh individu yang bernama lelaki..Biar betul pink hanya untuk si mereka yang dikategorikan sebagai lelaki awww awwww? Alaa, takkan tak tau apa makna "awww" di situ?Means lelaki lembut atau GAY!


Helloooo, are you sure that pink hanya untuk perempuan?Ya, kalau perempuan menyarungkan baju pink di badan secara automatik kita akan cakap "Wah, ayunya dia pakai pink, cantiknya!" tetapi pabila lelaki yang memakainya, kita akan cakap "Oh mesti mamat tu gay takpun mat bunga kan?"..What the tuuuuutttt!!


Kenapa semuanya bersikap begini?Oh, sungguh tak faham..Ada kemungkinannya sebab persekitaran kita dan tanggapan turun temurun bahawa pink just for ladies pleaseee!Sebab tu kita-kita tak boleh nak accept bila lelaki memakai pink..What's wrong with the pink for a man??Ohh lelaki, kasihan pada anda dan anda semua..


Dan terdetik hati ini untuk bertanyakan kepada si lelaki kenapa takut sangat untuk memakai pakaian pink sedangkan dia sendiri mengatakan pink itu sangat sweet muit gitu dan jawapan yang diterima adalah seperti berikut:


1)"Sebenarnya pink ni melambangkan perempuan. Ramai perempuan suka. Pink pun kaler bunga. Sebab tu lelaki tak suka sebab malu. Mana lelaki nak samakan dgn perempuan. Tak macho. Katakanlah kalau hitam yg dikaitkan dgn perempuan, sure kaler hitam pun lelaki tak suka."

2)"Tuu la pasal...takut sangat lelaki pakai warna pink sebab kawan saya kata kalau laki pakai kaler pink dia tu mat jiwang @ mat bunga...alahai apela dosa warna tu"

3)"Tak jugak sebenarnya... tak semua kata begitu... lelaki nampak cool dan power bila pakai pink kowt"



Nampak tak apa yang myra nampak?heee..lelaki nampak cool dan power bila pakai pink!Walla, superb betul pandangannya..hehe..tapi betul what? Bagi myra, tak salah kalau laki nak pakai pink asalkan kena caranya..Sebagai contoh, janganlah sampai pakai seluar pon kaler pink sekali sebab boleh mengundang mata-mata di sekeliling..Dalam erti kata lain, janganlah pakai semua satu set kaler pink macam bila baju dah pink, beg dan lain-lain pakaila kaler hitam ke ape barulah nampak smart, tampan, segak dan bergaya!wuwuwu..ada betul?


Yang menjawab "MALU" sebagai jawapan, ada betulnya kan? Sebab bila semua mempunyai persepsi yang sama bahawa pink hanya untuk perempuan dan pink itu gay, oleh yang demikian rupa, maka ramailah lelaki takut orang salah anggap bila menyarungkan pink di badan sebab itu MALU ialah jawapan yang muna di sabah opss bukan itu tetapi munasabah..



Setiap orang lain pandangannya bukan? Tetapi entah mengapa tuan yang sedang enak berbicara ini sangat suka melihat lelaki memakai pink dan sangat-sangat teringin untuk melihat si jejaka hati memakai pink..Walaupun tak tahu mengapa si dia menolak bulat-bulat pabila diri ini memberikan cadangan supaya si dia memakai pink sesaat keluar bersamaku, tetapi diri ini setia menanti saatnya bila si dia mahu mengubah fikiran..*sambil berharap dia akan membaca entry ini* 




Disebabkan keinginan tahap yang membuak-buak untuk melihatnya memakai baju pink maka terhasillah gambar yang telah diedit seperti di bawah *sambil hati tersenyum riang gembira berbunga-buang*..Perkataan maaf disusuli jika tuan punya badan geram dan marah dengan gambar di bawah =D