Gosip terpanas bila dalam hati ada taman

Thursday, September 2, 2010

| | |
Ada yang bertanyakan "Awat myra selalu jiwang ngat ni??makin besar makin jiwang" bila myra dok hupdate status FB yang berkemungkinannya berbunga-bunga yang melambangkan bunga yang sedang mekar di dalam hati..acece..Berbalik kepada pertanyaan beliau, *amboii* siape yang berani sangat cakap macam ni hah??pangggg!!hoho..rilek-rilek diri ini tidak terbakar langsung dengan pertanyaan beliau sebegitu rupa malah memahami apa yang beliau ingin katakan..Siapakah beliau??owh beliau adalah senior sekolahku dulu..

Iyee,,dulu kan saya budak-budak lagi *sememeh sume ade* (bajet sekarang sudah besar padahal tumbesaran tidaklah sebesar mana ~heee) Dulu,tidak ada gosip-gosip panas mahupun hangit di sekolah tentang lelaki memandangkan sekolah menengahku semuanya jantina yang sama, perempuan semuanya..Kalau ada pon hanyalah gosip terpanas dan terhangit dengan "Wah, myra dengan sis/lil dah declare kakak/adik angkat " dan mulalah potpet potpet di sana sini..Begitulah alkisah jika sekolah satu jantina tiada dua atau tiga jantina sekaligus dan gosip akan lebih hot and spicy jika anda adalah seorang budak hostel (hostellites) dan inilah yang dipanggil sebagai hostel life..menarik bukan?kalau korang tak pernah bersekolah di sekolah yang hanya ada satu jantina sahaja mungkin ada yang akan buat tanda tanya begini di dalam kepala"????" 

Bila diimbas kembali, zaman sekolah amat menyeronokkan!!inginku gelak sekuat hati!*wink..adik-adikku yang disayangi, enjoy ur life at school!! I LOVE SGGS!!saya sangat rindu dengan kenakalan saya di zaman sememeh dulu..betul RINDUUUUUU! Saya sangat nakal,sangat-sangat nakal..bila saya buka cerita zaman sekolah, membe-membe sekarang akan buka mata seluas-luasnya sambil buat muka tidak percaya.. "what??"hahaha..dan jawapan saya, "itulah aku dulu", sekarang tidak lagi..saya tidak nakal, perangai nakal sudah ilang lesap begitu sahaja.*konon*..almaklumlah mungkin juga kerana faktor umur yang bakal meningkat ke angka 20,empat bulan lagi..Wau, rasa macam tidak percaya masa berlalu dengan begitu pantas sepantas kilat menembak bumi *hiperbola disitu*


Okae berbalik kepada tajuk asal setelah merapu merepek gaban setengah entry, kenapa kadang-kadang status di FB ku berbunga-bunga??adakah bunga sudah habis ditanam setiap inci segenap sudut di taman??hohoho..Maaf ya, saya memang sangat suka membelek-belek dan memetik quotes and saying yang ada tambah-tambah bila disulam dengan kata-kata indah yang dapat menambah gula di dalam senyuman kemudiannya turun ke hati lembut *wink..bak kata pepatah yang popular sekarang ni,

"Kurangkan gula di dalam minuman, tambahkan gula di dalam senyuman" :)


p/s: Tak sabar nak balik rumah esok, kuala pilah-penang..kalau nampak myra ade atas bas dekat highway tu, senyumlah sampai nampak gigi ye..~heee

6 komen dari sweety:

Scha Nazri said...

tak pew. tu tanda kita dah matang kan. dalam hati ada taman. hehe

farysa said...

orang penang yer
nnt rye dtg la alor setar
hehe

Unknown said...

jiwang raya la niii

myraVea said...

syazana : aww...adakah dalam hati anda ada taman juge ~heeee

myraVea said...

farysa: eh2..tak2..myra org sp, lagi dkt ngan alor star..*wink

myraVea said...

shifu67: ohh tidakk!! hohoho