Ucapan raya terbaik dari ladang!

Friday, September 10, 2010

| | |

Alangkah indahnya syawal menjelma,kelihatan anak-anak kecik ketawa riang sambil menyaksikan mercun-mercun kebabom di sekelilingnya, tapi adik2 jangan lupa mercun tu bahaya,sila-sila jauhkan diri anda dari kebabom itu semua takut ada yang cedera habis tak dapat nak raya..BEWARE..
Tetapi, alangkah sayunya hati ini tatkala ingin melangkah pergi dari bulan ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan..Kelihatan ada anak muda dan tua menyesatkan air mata gara-gara hati sayu dan sedih untuk meninggalkan bulan ramadhan yang mulia..harap semua bawak bersabar untuk menunggu bulan ramadhan yang akan datang...........

Okae, sila lapkan air mata korang tu, xmo sebak-sebak lagi nyah..syawal datang membawa berita gembira,dapatlah kita merasa kuih-muih yang ada! ~heeee..waahh, sangat yakin sekarang ni sure ramai yang dah sampai di kampung, hope selamat pergi dan selamat kembalilah untuk semua yek..paling penting, sila HIGHLIGHT di sini, "berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat!" Eh, ini bukan highlight, tetapi BOLD sahaja..~heee

Tatkala yang lain sedang melalui liku-liku jalan raya, diri ini hanya berada di liku-liku ruang maya..hoho..eh, ni tak bermaksud aii tak balik ghaye yek, esok pagi baru balik kampung..owyeaahh..aik?hairan plus tanda soal?almaklumlah perjalanan ke kampung hanya mengambil masa setengah jam..agak dekat kan??so, tak payah nak packing segala bagai..ohh shukee di situ!

Handphone berdering setiap minit??itu dah semestinyalah nyah oi..almaklumlah semuanya pakat-pakat lawan hantar MESEJ RAYA segala bentuk dan rasa..tak sabar nak raya lah katakan..mesti korang pon sama kan?dok sakan antaq msg raya noh??*sila angguk..Jom kita tengok mesej raya yang tak kurang bestnya, tapi tak boleh banyak-banyak, nanti kesian orang lain antaq mesej yang sama.."haru-biru jadinya"miahaha..


"Sebelum sampai ke penghujung ramadhan, sebelum lupe hajat nak sampaikan, sebelum orang berpusu-pusu nak ucapkan, sebelum line busy sakan,SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN"

"Buah laici buah strawberi, dicuri pulak si labu labi, salah dan silap please forgive me,bermaafanlah kita di aidilfitri..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

"Salam satu hari raya,lemang didahulukan, rendang diutamakan..SALAM LEBARAN, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

"Anak ayam pasang pelita, kucing ketawa bagai nak gila, ayam dan kucing tu memang xde kne mengena, saje nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA!"

"Dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa, dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup tak lepas dosa, maaf dipinta semoga terhapus dosa..SALAM AIDILFITRI"

Okae, cukup sampai di situ..nak lagi?carikla sendiri!hehe..gurau-gurau di malam hari..sambil-sambil tu, nampak gaya ramai beno yang buat kad raya ni..aku pon gatal-gatal tangan nak buat jugaklah! Nah, ambil ni buat tatapan yang sudi membaca ucapan raya terbaik dari ladang kurma!awww..sangat shukee kurma!tambah-tambah kurma cap yusuf taiyoob!maa peberet!!*wink

8 komen dari sweety:

saya_arief said...

celamat ari raye..
mintak kuih manyak3..
;p

Unknown said...

muker tu sikit lg da nak cam heliza..
hehe..selamat hari raye yer ...

EMANNUAR said...

selamat hari raya yek cik.
baju pink yek kali ni?
HAHA, sy ijauuuu !
lg cantikk.

myraVea said...

arief : boleh2 jemputlah ke rumah..heheh

myraVea said...

apik :hehe..malu2 kucing jadinye..slamat hari raye eh

myraVea said...

eman : xla, bju kali ni kaler biru.muahahah..salam lebaran *wink

Aidy Shahiezad said...

tahun depan kna publish post koleksi ucapan raya terbaik awal2 sket la kot, nnt boleh pinjam ucapan.. hehe... :p

my latest entry:-
Kompilasi Kisah Raya (http://aidyshahiezad.blogspot.com)

pilotHans said...

selamat hari raya kat tuan umah yg cute ni jugak ;)