Assalamualaikum pembuka bicaraHye semua!Entry kali ni ditujukan untuk semua Siswa dan Siswi UITM dan khas buat Siswa dan Siswi UITM Negeri Sembilan!Tak kisahlah anda berada di kampus Melang atau Beting, kita sama-sama boleh men'join'kan diri di fiesta berskala besar ini.
Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, adalah lebih afdal jika saya terangkan dahulu tentang Festival Revolusi UITM Negeri Sembilan ataupun RevoFiesta 2011 ini iaitu festival ini merupakan fiesta berskala besar anjuran Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria, persatuan-persatuan akademik serta persatuan-persatuan dalaman UiTM. Fiesta ini akan berlangsung daripada 20 Februari 2011 hingga 27 Februari 2011. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua!So apa tunggu lagi?Let's check this out!
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dijalankan ialah :
.............................................................................................................
Anda masih tertanya-tanya mengenai dajjal al-masih, freemason, illuminati?Semua pertanyaan ini akan terbongkar dalam Ceramah Unveiling The Secrets Behind Conspiracy Theory: Dajjal Reveal pada jam 9 malam, 20 Februari, bertempat di Anjung Selera Perpatih oleh Ustaz Syaari, penulis buku 'Rahsia Kempimpinan Al-Fateh'. Minum malam disediakan untuk 500 pelajar yang terawal! Kupon aktiviti disediakan!
.............................................................................................................
Marilah kita bersama-sama menyelamatkan alam ini dengan menyertai Program FOCA (Free Oxygen Clean Athmosphere) pada 20 Februari ini bertempat di Dataran Anjung Selera Perpatih pada pukul 8 pagi! Kupon aktiviti disediakan!
.............................................................................................................
Untuk makluman semua penghuni Kolej Sri Pilah dan Sri Menanti, Program Pilah Hour akan dijalankan pada hari Selasa, 22 Februari 2011 daripada pukul 8.00-10.00 malam. Semua penghuni kolej diminta memberi kerjasama untuk menutup lampu dan meminimumkan penggunaan elektrik sepanjang 120 minit (8-10pm). Pengumuman untuk tutup lampu secara serentak akan dilakukan pada hari tersebut. Lets save our earth!
.............................................................................................................
Haa, aktiviti di atas ni yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar UITM.Jom selak sikit gambar-gambar mereka
.............................................................................................................
Buat para bloggers pon ada aktiviti untuk korang tau!Jom sertai "Semarak Revofiesta"!Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum 25 Februari 2011!
.............................................................................................................
Aktiviti lain yang bakal dijalankan ialah seperti berikut:
-Senam seni revofiesta-Majlis pelancaran FOCA-Perasmian Fiesta Revolusi UiTM negeri sembilan-Explorace-Unveiling he secret behind conspiracy story-Dajjal reveal-Semarak revofiesta-Beeting street-Pameran persatuan akademik-Abseiling1-Pilah hour-Tayangan "when the earth stood still"-Pameran pengguna-Abseiling2-Vouge with pride & dicipline (fashion show)-Ceramah halal dan haram-Majlis pelancaran hari tanpa plastik-Ceramah graduan ballistik-Ekspresi siswa-Extreme door quest-Sukaneka mesra sekampus
.............................................................................................................
Last but not least, supaya korang lebih 'alert' mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan, bolehlah klik pada gambar di bawah then click "LIKE"
.............................................................................................................
Dan tidak lupa juga untuk menjemput anda untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian Fiesta Revolusi UITM Negeri Sembilan!
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk memeriahkan lagi Festival Revolusi UITM supaya aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama pelajar serta staf UITM dan dapat dijadikan sebagai kenangan yang bermakna buat diri kita.
"UITM DIHATIKU!"
3 komen dari sweety:
bestlah....betul tu....sampai sekarang Uitm d hatiku gak...hehehe
wahh..semangat UITM ni..hehehe :) thanks reading :)
UiTM Pilah? Ooo dokek je dongan tempat den ni, den kat Somban, molek bonar tu, tengok la kalau ado maso, takut sibuk je.
84 mengenyit kembali