Showing posts with label UITM. Show all posts
Showing posts with label UITM. Show all posts

Festival Revolusi UiTM Negeri Sembilan bakal berlangsung tidak lama lagi!

Sunday, February 20, 2011

| | | Comments: (3)
Assalamualaikum pembuka bicara
Hye semua!Entry kali ni ditujukan untuk semua Siswa dan Siswi UITM dan khas buat Siswa dan Siswi UITM Negeri Sembilan!Tak kisahlah anda berada di kampus Melang atau Beting, kita sama-sama boleh men'join'kan diri di fiesta berskala besar ini.
Sebelum kita melangkah dengan lebih jauh, adalah lebih afdal jika saya terangkan dahulu tentang Festival Revolusi UITM Negeri Sembilan ataupun RevoFiesta 2011 ini iaitu festival ini merupakan fiesta berskala besar anjuran Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria, persatuan-persatuan akademik serta persatuan-persatuan dalaman UiTM. Fiesta ini akan berlangsung daripada 20 Februari 2011 hingga 27 Februari 2011. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua!So apa tunggu lagi?Let's check this out!


Antara aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dijalankan ialah :
.............................................................................................................


Anda masih tertanya-tanya mengenai dajjal al-masih, freemason, illuminati?Semua pertanyaan ini akan terbongkar dalam Ceramah Unveiling The Secrets Behind Conspiracy Theory: Dajjal Reveal pada jam 9 malam, 20 Februari, bertempat di Anjung Selera Perpatih oleh Ustaz Syaari, penulis buku 'Rahsia Kempimpinan Al-Fateh'. Minum malam disediakan untuk 500 pelajar yang terawal! Kupon aktiviti disediakan!

.............................................................................................................




Marilah kita bersama-sama menyelamatkan alam ini dengan menyertai Program FOCA (Free Oxygen Clean Athmosphere) pada 20 Februari ini bertempat di Dataran Anjung Selera Perpatih pada pukul 8 pagi! Kupon aktiviti disediakan!
.............................................................................................................



Untuk makluman semua penghuni Kolej Sri Pilah dan Sri Menanti, Program Pilah Hour akan dijalankan pada hari Selasa, 22 Februari 2011 daripada pukul 8.00-10.00 malam. Semua penghuni kolej diminta memberi kerjasama untuk menutup lampu dan meminimumkan penggunaan elektrik sepanjang 120 minit (8-10pm). Pengumuman untuk tutup lampu secara serentak akan dilakukan pada hari tersebut. Lets save our earth!
.............................................................................................................



Haa, aktiviti di atas ni yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar UITM.Jom selak sikit gambar-gambar mereka
.............................................................................................................




Buat para bloggers pon ada aktiviti untuk korang tau!Jom sertai "Semarak Revofiesta"!Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum 25 Februari 2011!
.............................................................................................................


Aktiviti lain yang bakal dijalankan ialah seperti berikut:

-Senam seni revofiesta
-Majlis pelancaran FOCA
-Perasmian Fiesta Revolusi UiTM negeri sembilan
-Explorace
-Unveiling he secret behind conspiracy story-Dajjal reveal
-Semarak revofiesta 
-Beeting street
-Pameran persatuan akademik
-Abseiling1
-Pilah hour
-Tayangan "when the earth stood still"
-Pameran pengguna
-Abseiling2
-Vouge with pride & dicipline (fashion show)
-Ceramah halal dan haram
-Majlis pelancaran hari tanpa plastik
-Ceramah graduan ballistik
-Ekspresi siswa
-Extreme door quest
-Sukaneka mesra sekampus




.............................................................................................................

Last but not least, supaya korang lebih 'alert' mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan, bolehlah klik pada gambar di bawah then click "LIKE" 

.............................................................................................................




Dan tidak lupa juga untuk menjemput anda untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian Fiesta Revolusi UITM Negeri Sembilan!  


Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk memeriahkan lagi Festival Revolusi UITM supaya aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama pelajar serta staf UITM dan dapat dijadikan sebagai kenangan yang bermakna buat diri kita.
"UITM DIHATIKU!"

Ada apa dengan air mata?

Sunday, December 12, 2010

| | | Comments: (3)


Situasi pertama :" Actually, result aku better dari last sem weh..menangis riang hati ni"
Situasi kedua : "Actually, result aku teruk gila dari last sem weh..menangis duka hati ini"


Ohh..ade dua maksud rupanya bila air mata berjuraian membasahi pipi..sedar atau tidak kadang-kadang kita selalu salah sangka, bila dia tu nangis je ohh mesti dia ngah sedih gaduh ngan pakwe takpon ohh, mesti dia kena marah ngan parents dia sebab asyik merayap di perigi2 jalanan je..hee..contoh yang xde kena mengena langsung kan kan..ntah-ntah dia tu nangis sebab parents die nak belikan die kereta lamborghini buatan Itali ke sebab tu die menangis gembira sampai tak terkata-kata dan hanya dapat mengalirkan air mata sebelum berkata-kata..haa..lu pikirla sendiri, jangan kita main bedal je lontarkan pandangan palsu kita tanpa mendengar dia berbicara..hehe..okae, kita tutup mukadimah entry ni ea :)


Berdasarkan petikan di atas, acee acee rindu pulak zaman SPM dulu dok ayat berdasarkan-berdasarkan..tetttttt..Berbalik kepada dua situasi di atas, cik adik ni memang pernah merasai kedua-dua situasi kat atas tuu..baik duka lara mahupun riang ria ketawa gembira..Hampa penah dak?ehh, kalau tak pernah tu, otak hampa memang otak cap A a.k.a genius la tuu kan kan..kasi pinjam sini mari!Bisa kita kongsi bersama..heee


Kalau korang nak tau, ada berita tergempar hari tu tau tak! hari apa? alaa, hari UITM result sedunia opss seMalaysia je kak oi takyah tokok tambah..hee..Okae, maybe sudah lapuk sbb ramai dah tau..So, dengar macam ramai jee tersenyum puas dapat result tambah-tambah student UITM Kuala Pilah yang ambil kos bisnes ni..hee..congrets tuk pelajar UITM yang tersenyum plus menangis riang tuu ea.. dan buat yang mengalami situasi kedua, hopefully masih teguh gagah perkasa dan kuat semangat sebab jangan risau, next sem buat sehabis baik..belajar dari kesilapan dan pengalaman kan kan, maybe sebab nak suruh paper yang kne repeat tu akhirnya dapat "A" kot..wooo sape taknak kan kan?so, teruskan usaha selamat maju jaya!

Klik untuk tumbesaran mata

Banyakkan saya blurblur kan die hehe..sampai gpa pon tinggal tiga kat depan dengan titik skali..hee, gatai sungguh tangan saya..Alhamdulillah syukur akhirnya merasa jugak dapat DL,rezeki untuk sem ni namanya.. Btw, tak baik woo hampa pandang rendah kat mereka-mereka yang kena repeat tuu, silap-silap next sem result depa lagi superb dari hampa..masa tu baru tertonjol mata dan telinga hampa dengaq..mau tak nya hampa yang rasa segan balik sebab pnah dok kutuk dia..SO, tutup mulut sudaa takyah bising-bising dorang pon nak belajar dari kesilapan kan..bagi mereka ruang untuk belajar jangan kecilkan hati mereka..engatlah kawan yang sebetulnya kawan akan bantu kita bukan hentam kita.."Support itu perlu"  :) *winkwink*

Misi yang masih belum selesai

Monday, October 18, 2010

| | | Comments: (3)
DUP DAP..DUP DAP..DUP DAP..kedengaran bunyi sekencang awan berlalu dan hanya diri ini yang dapat merasainya kerana ia adalah degupan  dari jantungku..kala ini, hanya sekencang awan yang berdegup dan mungkin bila tiba masanya akan kedengaran bunyi sekencang ribut taufan!! Fuuhhh...bersediakah aku untuk menghadapi dugaan dan rintangan seperti ini?rimas, takut dan berdebar bila memikirkannya bak kata omputih, SHAKING gituu..Ahhhh, dengan harapanla jika mahu study weeks itu sebulan kerana ia sudah dimaklumkan hanya SEMINGGU!!Owh ya, Final exam itulah yang membuatkanku berdebar sekencang ribut taufan..Bila tiba harinya, alahai... iam sure that tangan dan jari-jemari halus ini akan merasai satu kesejukan yang amat luar biasa!!bisa sejuk seperti ais gituu..awww..almaklumlaa, nervous katanya dan nervous itu tak dapat disembunyikan lagi dari mata sekeliling coz of kadang2 nervous boleh dicerminkan di wajah nan kiut ini *maaf pwasan sebentar. ~heee..

Wahh..kalau hampa nak tau, pagi tadi cheq bangun awai dari biasa!silalah percaya..bahaha..dan semestinya ada misi dan visi yang perlu dijalankan..Akhirnya dapat jugak cheq harungi rintangan kepayahan menjawab test statistics sebentar tadi..hampa engat senang ka?kalau hampa ghajin bwat banyak latihan, insyaAllah hampa memang gerenti lulus..doakan cheq juga lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang sama noh untuk semua subjek yang cheq amek this sem, tau3!..AMIN.. :) cheq tau hampa suma baik hati belaka sebab tu cheq mintak hampa mendoakan cheq~heee..

Kira-kira sambil bajet hari, masa dan duet..adela xsampai sebulan lagi nak menghabiskan riwayat semester 3  ni di UITM Kuala Pilah..agak syiookk jugaklaa kat sini dan next sem di kampus seterusnya JENGJENGJENG..three semester more 2 go, ntah brape kampus den nak keno tukar.adehh, redha jelaaa..apo den dapet buet, timo jee..Bak kata pepatah hati ini, kesabaran tunjang untuk SUCCESS!! chaiyok2 myra..may happiness be around us always! *winkwink

Yang mana satu pilihan kalbu?sumpah, ku mahukan jalan yang kanan itu!

dan jika aku mahukan SUCCESS itu bisa digenggam, ku perlu...
Persiapkan diri dengan ilmu yang diperam di dada supaya dapat dicurahkan di dalam sehelai kertas yang dinamakan Exam Paper..Lucu ayat ini, tapi ilmu itu sepatutnya dapat diaplikasikan di dalam hidup kita kelak..YA, baru sempurna ayatnya..


Last but not least, kepada mereka-mereka yang turut serta di dalam perjuangan ini, i wish u all da best!!