Pashmina itu kain langsir?

Friday, June 24, 2011

| | | Comments: (13)
Korang peminat pashmina?kalau ya, mesti rasa bahang hot-hot gitu bila baca tajuk entry ni kan?Kain langsir disamakan dengan pashmina?Siapa kata?


Oh tidak, rasa seperti malu hendak memakai kain langsir tersebut untuk menutup kepala..Tapi, siapa kesah kalau dia betul-betul dah tangkap cintan dengan pashmina?Tak kisahla ianya seperti kain langsir atau kain lapik meja sekalipun, kalau dah suka kita buat dek sajaa..Adakah lebih baik begitu?hehe..Rasanya lebih baik begitu dari beriya kita berdebat yang belum tentu ada pengakhirannya..


Apa bezanya pashmina, kain langsir dan lapik meja?Samakah kain-kain tersebut?

So, dah tengok kain-kain di atas?Agaknya samakah jenis kain-kain tersebut?Apa perbezaannya?Rasanya mesti korang dapat bezakannya bukan?GOOD!Tapi kalau tak dapat bezakan, nampaknya korang kena try pegang dan rasa dan cari perbezaan kain-kain tersebut mengikut ketebalannya :)


So, perlu ke malu bila ada kata-kata yang tidak enak didengar mengenai kain pashmina ni?Terserah pada diri masing-masing *wink*










Thanks for reading :)





Susah nak jaga bila teman hati kita ada rupa

Friday, June 17, 2011

| | | Comments: (37)
Betul ke susah nak jaga bila teman hati kita merangkap gf/bf korang yang hensem macam Lee min ho watak sebagai Jun pyo dalam boys over flower tu takpun gf korang yang cun melecun tahap angelina jolie si bibir sexy tu?


Very the jambu
Arghh kenape dia sangat comel?! *wink*

Punyai bibir yang sangat seksi!

Okae, can't u see that? Bila mereka punyai rupa paras yang menawan, segak dan tampan, ramai yang tergoda!Bila ramai yang tergoda, sukar untuk dijaga bukan?Tetapi tidak semua yang ada rupa susah untuk dijaga jika mereka berada di dalam golongan yang :

  • setia
  • sukar digoda
  • punyai pegangan
  • tidak melayan
  • tahu batas pergaulan

Kalau si dia ada ciri-ciri di atas, korang tak perlu untuk terus berada di dalam keadaan kerisauan dek kerana rasa tergugat..Tetapi jika ya, anda perlu untuk risau kerana takut jika si dia bakal dirembat oleh orang lain..Sukar?ya memang sukar..


Actually, memang susah nak handle bila ada orang lain yang gilakan si dia..Kadang-kadang manusia ni akan buat apa saja supaya dia dapat apa yang dia nak!Sangat scary kan? Tak kisahla dia dah kahwin atau tidak, mereka tetap akan digilai..


Bayangkan korang sedang berjalan dengan si dia kemudian ramai mata yang memandang, menjeling-jeling tengok awek/pakwe kita di sebelah, mungkin korang akan rasa bangga tapi perlu beringat bahawa kita yang di sebelah ni yang tergugat!


Manusia ni kadang-kadang boleh berubah, walaupun dia berjanji bagai dengan korang yang dia akan tetap setia dan takkan cari yang lain, tapi hati mana yang dapat menahan godaan sekeliling tambah-tambah bagi jantinanya lelaki jika hari-hari dilanda godaan yang sama?Lu fikirlah sendiri..


Last but not least, kalau anda seorang yang punyai ramai peminat dan anda punyai bf/gf yang setia, setialah kembali kepadanya..Kesetiaan itu penting dalam sebuah hubungan tambah-tambah bagi yang sudah berkahwin..Tetapkan niat dan pegangan anda kerana masa yang lepas tidak akan berputar kembali..Jangan menyesal di kemudian hari!



Thanks for reading :)

Tips : Untuk mereka yang putus cinta

Sunday, June 12, 2011

| | | Comments: (24)
"Time heals?" ada yang benar dan tidak tentang masa berkabung dan libur ini, kerana tidak semua luka itu sama, dan masa bukan penawar terbaik cinta. Banyak kesan perpisahan bergantung pada cara, dan cara itulah yang banyak mempengaruhi emosi diri serta jangka masa.


Jangan dengar radio atau metallica. Sebaliknya banyakkan membaca, berdoa, bertahajud. Apabila hidup kita terlalu dicoraki 'si dia', memang sukar untuk kembali sendiri. Tetapi inilah masa untuk berdikari, melihat diri dan pergi membeli-belah atau melancong! Keluar beramai-ramai amat mengubati, tetapi nurani sendiri perlu cekal kerana teman bukan wujud 24 jam 7 hari seminggu. 

Tetapi, segala perkara yang memudaratkan diri perlu dihindari. Mendengar nasihat teman amat perlu disaat-saat ini.

Bersedih memenatkan jiwa, dan jgn sesekali memenatkan jiwa dengan berduka sentiasa. GET OVER IT!

Hanya org2 yang teguh jiwanya mampu menjadi sahabat setelah berpisah. Jika anda merasakan anda seorang yang nostalgik, pendendam dan 'pembunuh bersiri', silalah tegas memadamkan si dia dari layar memori, tanpa mengambil masa terlalu lama. Lapan dari sepuluh orang yang kita temui semasa hayat hanyalah diciptakan menjadi kenangan, walau pernah rapat dan intim. 


Teruslah menjadi manusia. Belajar memperbaiki diri, belajar ceria dan juga melatih personaliti agar lebih positif dan optimistik. Yang utama, mulakan usaha dengan menyayangi diri sendiri dan menghargai segala keistimewaan dlm diri. Percayalah, anda akan perlahan-lahan bertambah yakin dan bersedia akan perhubungan seterusnya. 



Kredit kepada Tentang Cinta

Malaysia's Next Top Female Blogger 2011 !!!

Sunday, June 5, 2011

| | | Comments: (23)
First of all, really thanks to Sandra Azwan kerana sudi menjemput myra untuk join contest beliau..Pada mulanya malu-malu kucing padahal malu tapi mahu..hehe..At last, terhasil juga entry untuk contest ini..
Lihat saja banner contest beliau, cukup memukau setiap mata yang memandang bukan? Sangat kagum dengan setiap hasil tangan dari Sandra Azwan dek kerana daya kreativitinya yang selalu bermain dengan idea yang segar bugar..


1) Tell us about your blog in 70 words or less. (When and why you started it, how often you update, and your viewers)
Blog ini mula menapak di arena blogging sejak tahun 2010. Blog saya banyak berbekalkan pandangan serta tips yang dimuatkan di setiap entry. Bagi saya, saya sangat suka membaca blog yang mempunyai banyak tips dan pandangan masing-masing mengenai kehidupan di sekeliling kita. Oleh itu, dengan sedaya upaya saya cuba untuk mengekalkan konsep tersebut. Bila bercerita pula tentang readers, saya sangat menghargai mereka kerana mereka tidak lokek untuk singgah dan meninggalkan jejak di komen atau di shoutbox walaupun blog tidak diupdate kerana sibuk.



2) What is your personal style?
Saya gemarkan gaya yang ringkas dan tidak berserabut. Bagi saya, biar nampak simple asalkan menarik supaya tidak nampak over bila kita menggayakan sesuatu. Penggunaan warna juga sangat dititikberatkan supaya tidak nampak terlalu berat atau kusam. Contohnya, dari segi pemakaian mix and match saya akan elakkan dari memakai lebih dari tiga warna supaya dapat elakkan clown effect. Tambahan pula, tahap keyakinan diri juga bergantung pada apa yang kita pakai. Oleh itu betapa pentingnya untuk menitikberatkan soal pemakaian kita.


3) A picture of you in one of your favorite outfits:


4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?
I am the next Malaysia's Top Female Blogger 2011 because saya rasa yakin dan gembira apabila dapat berkongsi idea atau pendapat dengan para pembaca. Seorang blogger perlulah mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menulis segala bentuk pendapat supaya ideanya dapat diterima pakai oleh para pembaca. Blog yang mempunyai banyak input yang berguna merupakan salah satu blog yang digemari ramai. Oleh itu, idea yang bernas di dalam penulisan amat penting untuk dikongsikan bersama. Bagi saya, follower yang beribu-ribu bukanlah ukuran untuk menjadikan kita sebagai top blogger tetapi pembaca setia yang tidak jemu untuk datang ke blog itulah merupakan  kepuasan dalam berblogging.

5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because? 
Saya suka membaca 'Life with Sandra' kerana ianya menceritakan tentang kehidupan Sandra Azwan yang merupakan seorang pereka fesyen muda tanah air.Dari situ, saya dapat mengenal sisi lain kehidupan dan saya rasa dunia fesyen sangat menarik kerana kita banyak mencuba sesuatu yang baru.Oleh itu, dunia fesyen perlu selalu bersedia menerima nafas baru dari pereka fesyen yang dikagumi seperti Sandra. Saya rasa sangat bangga kerana Sandra Azwan merupakan anak melayu yang berjiwa kental malah selalu berani untuk mencuba sesuatu yang baru kerana baginya bermain dengan idea merupakan perkara yang sangat menyegarkan. 

Saya sangat kagum dengan setiap sketch  darinya kerana ianya sangat unik malah tidak hairan jika saya katakan mengapa beliau menjadi idola kepada ramai pereka fesyen yang lain. Tambahan pula, blog Sandra Azwan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dalam berfashion! Sangat awesome bukan? Here's some of the fashion illustration illustrated by Sandra Azwan :




Saya turut menyokong kata-kata dari Sandra iaitu "tidak salah sekiranya kita mengambil tapi bukan meniru idea dari mana-mana sumber, dan  harus diingat bahawa kita sepatutnya mengolah dan menggunakan kepandaian yang ada untuk menjadikan cerita@idea itu tadi menjadi milik kita.Play with your imagination!". Ayat ini dapat memberikan semangat dan menjadi petunjuk untuk semua blogger tidak kira blogger baru mahupun lama untuk terus bertapak di arena blogging ini.






Anda merupakan Malaysia'a Next Top Female Blogger? Klik SINI untuk melihat syarat-syarat penyertaan dan hadiahnya! Good Luck! :)

Dream Wedding - Candid Contest!

Friday, June 3, 2011

| | | Comments: (0)
So, sekarang ni, aku nak ajak u all join satu contest ni. Senang jeee.
Pernah dengar kan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe ? Kali ni, Urban Vibe tengah adakan satu contest ni.


 Nak tau tak hadiah apa untuk contest ni?

  1. set bilik tidur bernilai RM 6999.00 tajaan Roxxi gallery,  
  2. mini pelamin tajaan Zaifie Zainal,  
  3. dekorasi 5 dulang hantaran tajaan Asyiq's Bridal,  
  4. outdoor photography tajaan Eddie Photovideo International,  
  5. 2 pasang baju pengantin tajaan Jez wedding,  
  6. tajaan make-up majlis resepsi oleh Eyra Rizal

Best kan hadiah yang diorang sponsor?

Bagaimana nak ambil bahagian dalam contest ni? Senang je. Aku pon try2 jugak nasib join contest ni. Mana tau ada rezeki kat sini kan. Just upload gambar hitam putih (black n white) yang merupakan gambar kandid (anda dan pasangan). Macam biasalah, hanya click "like" dekat gambar trsebut :) Aku hope gambar yang aku upload untuk contest ni berhasil lah untuk peroleh jumlah "like" ni..


 Before that, jangan lupa "like" dulu  page  
Then, just click button "like" dekat gambar aku and si dia ok? :) Keep on voting for me :)
Pahala kalau tolong orang nak dirikan masjid. ngeeeehhh ;p


just click link bwh ni dan "like" 



Mari support irine nadia! :)


p/s : entry ini dicopy paste dari blog irine 

Haiwan peliharaan pilihan ramai

Thursday, June 2, 2011

| | | Comments: (19)
Kali ni nak mengomel pula tentang haiwan peliharaan..Korang ada?Haiwan peliharaan jenis yang mana satu menjadi pilihan hati korang?Tak kisahla sama ada haiwan itu sekecil semut atau sebesar gajah, ianya tetap haiwan peliharaan..*senyum*


Selalunya haiwan peliharaan yang menjadi pilihan hati mestilah yang comel omel tu kan?Bila comel je mesti rasa geram sampai nak bawak tido..ewaah, selamat ianya haiwan peliharaan bukannya orang peliharaan sebab tu tak berdosa kalau nak bawak tido sekali malah bertambah pula pahala bila sayangkan binatang ni kan..hehe

Dalam banyak-banyak haiwan peliharaan, dari kecil sampai sekarang kucing meow meow itu tetap menjadi pilihan hati yang P E R T A M A..Tambah-tambah yang bulu lebat tu, cedapnye nak dukung peluk-peluk, cekik-cekik die..Eh, cekik? Itu K E J A M



Tapi sekarang haiwan yang tengah H O T di pasaran ialah sugar glider..Die sangat kecik molek dan senang untuk dibawa ke mana-mana dengan hanya meletakkannya di dalam kantung kecik dan siap untuk pergi bersiar-siar dengan tuannya.. Kiranya menjadi peneman setia di mana-mana sahaja..Harganya pon sangat hot dalam lingkungan RM200++ untuk haiwan kecik molek ni..Err, berbaloikah?



Dulunya haiwan ini pernah menjadi pilihan hati ramai, namun setelah sugar glider menjadi pilihan hati , hamster mungkin menjadi pilihan kedua..Dulu, adik myra pernah bela hamster ni, tapi i'm too scared nak pegang belai-belai die sebab takut die gigit..Lagi satu disebabkan hamster ni kadang-kadang nampak sejibik macam tikus, rasa geli-geli itu menguasai diri..


Haa, ni lagi satu haiwan comel omel dan gebu siap kena tahan diri dari mencekik-cekik beliau..hehe..Agak-agaknya, susah tak nak bela arnab?Best tak?


Flower horn ni pon pernah menjadi pilihan hati ramai..Kalau tak silap, makin besar kepala dia, makin membawa tuah kepada tuannya..Betulkah?Dulu ayah myra pernah bela ikan ni, salah sekornya menjadi ikan 'emas' ayah..Pabila berakhir hayatnya di muka bumi ini, maka air mata si ayah jatuh terburai di atas muka bumi ini tanpa disedari..Lihatlah, betapa sayangnya untuk merelakan ia pergi..



Dan yang mana satu haiwan peliharaan kegemaran korang? *wink*