Kejayaan yang manis tidak akan datang bergolek tanpa pengalaman yang pahit

Friday, July 1, 2011

| | |
Bila bercerita tentang pengalaman, ianya terbahagi kepada dua bukan?Tapi myra nak celoteh tentang pengalaman buruk! Ya, kerana pengalaman pahit itulah yang akan memberi kesedaran kepada diri kita, mengajar kita, mendewasakan kita..


Biarpun pahit untuk ditelan, tapi itulah yang akan membantu diri kita di masa akan datang..Pengalaman buruk itu mengajar kita supaya lebih berhati-hati, supaya tidak ulangi kesilapan lama..Jangan kerana sekali anda terjatuh anda terus berputus asa, bangunlah kembali walaupun perlu merangkak..


Siapa mahu ulangi kesilapan yang sama bukan?Kalau boleh pengalaman pahit buruk ni lah yang akan kita simpan jauh-jauh dari sudut fikiran kita..Mengapa?Mungkin kerana tak mahu mengingati benda pahit yang pernah dilalui, sepahit ubat yang ditelan..Tetapi, benda pahit ni yang akan mengajar kita, membuka pandangan kita untuk mengenalpasti jalan yang dilalui itu betul atau salah..


Makin banyak pengalaman pahit, makin bertambah rasa garam di dalam kehidupan, makin menjadikan kita manusia yang kenal erti kehidupan..Tapi, jangan pula disebabkan pengalaman itu anda menjadi seorang yang takut kerana 


So, bila korang ada pengalaman pahit, korang senang nak handle diri korang bila berada di dalam situasi yang pernah korang lalui, masa tu kita boleh berdiri di kaki sendiri untuk terus mencuba memilih jalan yang terbaik :)


Jadikan pengalaman sebagai pengajaran, itu lebih baik..Bila sedikit sebanyak pengajaran diambil, maka jadilah ia pengalaman berharga yang bakal membantu perjalanan hidup yang masih jauh.




Thanks for reading! :)





4 komen dari sweety:

Fifieyqa said...

Pengalaman pahit akan menjadikan kita lebih matang dlm menjalani hdup.. :)p.. :)

Diari Si Froggie said...

yeah sangat setuju dengan entri myra nie...pengalaman mengajar kita erti kehidupan

myraVea said...

fifieyqa : thanks for reading dear :)

myraVea said...

aida : betul yunk :)