Showing posts with label kulit cantik. Show all posts
Showing posts with label kulit cantik. Show all posts

Tips kulit licin tanpa parut

Friday, January 21, 2011

| | | Comments: (37)
Mahukan kulit licin tanpa parut? Kulit yang licin gebu malah cantik bak bulan purnama di waktu malam tanpa menggunakan lampu suluh sudah bercahaya? Kulit licin tanpa perlu menepekkan bedak sepuluh inci supaya nampak ala-ala smooth gitu? Anda mahukannya? Apa rahsianya?


So, mari baca laju-laju tanpa henti *heee*




Okae, cukup sudah bermadah puaka sambil promote sana situ sana sini..tetttt..Straight to the point, perasan tak orang perempuan ni kalau bab nak mencantikkan muka, biar cuba sampai berjuta lemon dan oren tanpa terlepas mana-mana produk yang boleh memberikan impak maksima secara kebabom baru akan berhenti mencuba..wuwuwu..Adakah saya salah dengan statement berikut?sila geleng jangan angguk sebab rasanya sudah tepat pisau lipat di situ..


Sangat jeles bukan tengok kulit mereka yang WOW!!smoothnye, licin bebenau kulitnya! Tetapi jangan tertipu madah berhelah jika si dia menggunakan make up berjenama malah bermutu tinggi sehingga parut original di muka semuanya nampak sekata dengan warna bedak asas yang dicalitkan di wajah..Oh pengsan, tipah tertipu juga akhirnya..


Siapa tak nak kulit cantik licin berseri oiii, habaq mai sat..Mari sini kakak kakak, adik adik yang tersayang kalau tak sayang sila campak ke tepi *okae acah sajaa*..Produk apa yang kita mampu untuk membeli malah kesannya memang kebabom?Yang ni, kalau tanya promoter produk kecantikan mesti dia cakap ini elok itu elok bak kata semuanya elok-elok belaka tetapi hasilnya tidaklah kebabom seperti yang dimegahkan malah tiada kesan dan yang berkesan hanyalah taktik mengalirkan fulus ke dalam hasil jualan..taktik ini sungguh berkesan oleh itu sila berhati-hati ya..


Rasanya tak kesahlah kulit kita putih gebu, kuning langsat mahupun hitam manis tetapi yang penting skali mestilah yang licin sekata gitu barulah ada uumphh so takdelah orang nak mengata "Alaa, putih-putih pon tapi ade parut tak cantikla beb" takpun "Kau calit sana sini nak tutup parut cela kat muka la tu kan?"..Tetapi biar orang kata "Alaa, kau xyah makeup pon da cantik sebab muka kau licin tak menggurutu". 


So, produk apa yang boleh hilangkan cacat cela di wajah? Tak payah nak beli mahal-mahal dan tak payah nak beli yang terlalu murah sebab nak saving so korang boleh cuba produk BIO OIL ni..Haa? tak pernah dengar? biar betul mu nih sebab ramai dah cuba dan terbukti keberkesanannya!Myra pon da cuba okae, bukan main promote je kan kan..So, u should try!!Banyak kegunaannya selain dapat memperbaiki kesan parut iaitu untuk tona kulit tidak sekata, penuaan kulit dan untuk kulit yang kering kontang *heee*





Kat mana nak cari produk ni?Haaa..Buatlah pusingan di dalam Guardian, Watson dan farmasi yang berdekatan ye dan tak payah nak cari kat tempat lain, cukuplah yang sudah disenaraikan supaya otak senang untuk mengingat..Btw, berapa harganya? Okae, untuk 60ml berharga RM32.95 dan 125ml berharga RM54.95..Kalau tak puas hati lagi, bolehla klik http://www.bio-oil.com untuk maklumat yang lebih terperinci *hee* selamat mencuba!