Kena kejar dengan KUDA maka berlari lintang pukang! Oh, nasib

Tuesday, March 8, 2011

| | | Comments: (1)
Salam..hye semua!


Amacam? Tajuk entry ni mesti buat korang tertanya-tanya kan? Dari mane lak datangnya kuda ni?Sumpah lawak gile tadi..Myra kena kejar dengan kuda?Owh, bukan myra sorang k..Then sape lagi?Dengan housemate merangkap classmate yang tersayang..haha..Mesti terbayang-bayang seperti kitorang sedang menjelajah kelab kuda kan?Yeah, its really not true okae, kite berdua ni kena kejar dek kuda di kawasan perumahan ye, tak mainla labur duet semata-mata nak naik kuda tu musim-musim kelas ni..haha..


Haa..inilah kawan myra sorang tu namenye pyka yang baru berjinak-jinak di alam blogger


Okae, ceritanya begini..Sedang enak menyusun langkah untuk kembali ke rumah menikmati tilam yang empuk untuk melakukan aksi puak lingtang dan sedang enak berceloteh menyatakan hasrat terbuku di hati untuk melahap apa yang ada untuk hari ini, tiba-tiba..Eh, ape yang tengah berlari tu?Eh kuda!Ibu kuda dan anaknya sedang berlari melepaskan diri! Sambil lagu 'kudaku lari gagah berani' berkumandang di fikiran..




Maka, dengan senang hatinya kaki bergerak pantas sambil memusingkan badan untuk....? "Patah balik weh pergi kat bus stand tu!" Dan aksi marathon itu dimulakan sambil kepala memaling kebelakang untuk melihat sejauh mana kuda itu berada..Ceit!rasa macam nak bukak kasut je time tu, leceh betul! Setibanya di bus stand, "Pheww, letih weh penat-penat stop-stop!"..


Kelihatan seperti kudaku lari gagah berani itu sedang menghampiri jalan raya and fuh selamat kerana penjaga kuda itu mengejar dan menarik balik kuda-kuda itu untuk dibawa pulang ke rumahnya..Kalau tidak?maka aksi kuda melintas jalan raya bakal ditayangkan di depan mata..


Apa yang terjadi kepada kami berdua?Wah, nampaknya muka kepenatan setelah lama menternak lemak tanpa melakukan sebarang aktiviti mengeluarkan peluh itu kelihatan..Rehat dulu di bus stand itu then barulah sambung perjalanan yang tergantung tadi..Dalam perjalanan, ketawa berdekah-dekahlah dua orang makhluk ni dek kerana kelakar pulak rasanya sebab ada ke kuda nak kejar orang?Kenapa kita lari weh?Owh, rupanya takot kena sendol dengan itu kuda maka larian itu beerti sebagai langkah berjaga-jaga sebelum kena sendol dengan ibu kuda itu..Fuh, gerun!!


Selamat bukan badak sumbu yang kejar..boleh terkucil gini


wuwuwu..Malunya hari ni, selamat takde makcik pakcik yang nampak kitorang berlari, kalau tak?Nasibla labuuu ape boleh buat, sumpah malu! Maka berakhirlah entry untuk hari ini dengan muka menahan maluu dan menahan gelak..Jangan gelak weh!Aku bako kang bako kang!


Time kasih sudi bace :)

Tips bila mengantuk di dalam kelas

Saturday, March 5, 2011

| | | Comments: (10)
Uhh..mengantuknye, bila lecturer nak stop ceramah ni?!*opss jangan viadap,sila sopan*

Mungkin korang pernah rasa sebegini rupa ataupun selalu sebab rasa mengantuk ni boleh jadi kepada sesiapa saja. Mungkin kerana tidak cukup tidur atau mungkin kerana boring untuk mengadap whiteboard di depan yang mempunyai contengan dari para pengajar yang sudah berjaya..Oh, MUNGKIN..

Cemana pulak aku boleh mengantuk ni?
Sebenarnya faktor kekenyangan sehingga perot munchit dan faktor persekitaran yang sepi lagi membosankan  merupakan salah satu penyebabnya..
Sebelum you punya kepala mencecah meja kelas tu elokla dielakkan supaya tidak ada adegan yang memalukan seperti tersengguk-sengguk sehingga lecturer memanggil nama anda untuk pergi membasuh muka yang kuyu lagi layu itu kemudiannya adegan gelak ketawa disusuli oleh rakan-rakan..Oh, MALU..

Bagaimana nak atasi rasa mengantuk?
 Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa tips yang boleh korang cuba untuk membantu korang di saat-saat genting semasa mata korang semakin layu lagi kuyu di dalam kelas..MARI!


HAMPIRI KAWASAN BERCAHAYA!
Suasana bilik yg sejuk menggigil tu n cahaya yg redup2 semestinya menyebabkan korang cepat@mudah@senang untuk mengantuk.
Jadi, langkah pertama yg korang kena buat ialah mencari tempat yang terang contohnya cahaya semulajadi seperti di tepi tingkap.Cahaya yg lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda.
Because of that, kalau korang rasa mengantuk, cepat-cepatla ke tepi tingkap or pintu sambil lintarkan pandangan korang ke luar seketika.


CUCI MUKA
Maybe cara ni langkah terawal yang korang akan cuba bila korang mengantuk. Tetapi, cara ini mungkin kurang dipraktikkan untuk jantina seperti saya yang sudah siap bermake-up sebab itu make up kadangkala menyusahkan. Tapi kalau korang dah takde pilihan lain dah, cara ni la yg paling berkesan utk FRESH!=)


DENGAR MUZIK
Muzik juga adalah penyelesaian yg terbaik bagi yang rasa mengantuk..
Ada beberapa jenis bunyian atau muzik yg dikatakan dapat merangsangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda.Jadi, tak salah kalau korang sedang study sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tak melekakan korang sudahla..Bergantung pada keselesaan individu itu sendiri..

SENAMAN RINGAN
Senaman ringan sebagai contoh menggerakkan anggota badan seperti kepala, kaki, atau berjalan santai juga boleh korang lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakangerakan seumpama ini dapat melegakan saraf yang menyebabkan rasa mengantuk itu.

PANDANG PEPOHON HIJAU 
Sekiranya kelas korang mempunyai taman indah or padang ke dan seumpamanyalah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk tuu. Keluarlah sekejap dan pandanglah pepohon hijau itu sebentar selama beberapa minit sebelum korang masuk kembali ke kelas..

KUNYAH GULA-GULA
Pilihlah gula-gula yang mempunyai rasa pudina supaya lebih fresh!


GELAKKAN KAWAN SEKELAS
Ya, ini salah satu cara untuk  hilangkan rasa mengantuk dengan mudah ..Bagaimana nak apply cara ini? Begini, bila korang rasa mengantuk, cepat-cepat cari rakan sekelas yang turut sama mengantuk..Sila amati wajah mereka, mesti rasa kelakar dan korang turut sama ketawa kehkehkeh..Tak caya?cubalah..