Salam..hye semua!
Amacam? Tajuk entry ni mesti buat korang tertanya-tanya kan? Dari mane lak datangnya kuda ni?Sumpah lawak gile tadi..Myra kena kejar dengan kuda?Owh, bukan myra sorang k..Then sape lagi?Dengan housemate merangkap classmate yang tersayang..haha..Mesti terbayang-bayang seperti kitorang sedang menjelajah kelab kuda kan?Yeah, its really not true okae, kite berdua ni kena kejar dek kuda di kawasan perumahan ye, tak mainla labur duet semata-mata nak naik kuda tu musim-musim kelas ni..haha..
Haa..inilah kawan myra sorang tu namenye pyka yang baru berjinak-jinak di alam blogger
Okae, ceritanya begini..Sedang enak menyusun langkah untuk kembali ke rumah menikmati tilam yang empuk untuk melakukan aksi puak lingtang dan sedang enak berceloteh menyatakan hasrat terbuku di hati untuk melahap apa yang ada untuk hari ini, tiba-tiba..Eh, ape yang tengah berlari tu?Eh kuda!Ibu kuda dan anaknya sedang berlari melepaskan diri! Sambil lagu 'kudaku lari gagah berani' berkumandang di fikiran..
Maka, dengan senang hatinya kaki bergerak pantas sambil memusingkan badan untuk....? "Patah balik weh pergi kat bus stand tu!" Dan aksi marathon itu dimulakan sambil kepala memaling kebelakang untuk melihat sejauh mana kuda itu berada..Ceit!rasa macam nak bukak kasut je time tu, leceh betul! Setibanya di bus stand, "Pheww, letih weh penat-penat stop-stop!"..
Kelihatan seperti kudaku lari gagah berani itu sedang menghampiri jalan raya and fuh selamat kerana penjaga kuda itu mengejar dan menarik balik kuda-kuda itu untuk dibawa pulang ke rumahnya..Kalau tidak?maka aksi kuda melintas jalan raya bakal ditayangkan di depan mata..
Apa yang terjadi kepada kami berdua?Wah, nampaknya muka kepenatan setelah lama menternak lemak tanpa melakukan sebarang aktiviti mengeluarkan peluh itu kelihatan..Rehat dulu di bus stand itu then barulah sambung perjalanan yang tergantung tadi..Dalam perjalanan, ketawa berdekah-dekahlah dua orang makhluk ni dek kerana kelakar pulak rasanya sebab ada ke kuda nak kejar orang?Kenapa kita lari weh?Owh, rupanya takot kena sendol dengan itu kuda maka larian itu beerti sebagai langkah berjaga-jaga sebelum kena sendol dengan ibu kuda itu..Fuh, gerun!!
Selamat bukan badak sumbu yang kejar..boleh terkucil gini
wuwuwu..Malunya hari ni, selamat takde makcik pakcik yang nampak kitorang berlari, kalau tak?Nasibla labuuu ape boleh buat, sumpah malu! Maka berakhirlah entry untuk hari ini dengan muka menahan maluu dan menahan gelak..Jangan gelak weh!Aku bako kang bako kang!
Time kasih sudi bace :)
1 komen dari sweety:
jom join my bloglist..:)
84 mengenyit kembali