Korang pernah terfikir tak kenapa kita suka nilai orang lain melalui raut wajahnya atau sifat luarannya? Tak kisahla dia cun melecun ke, dia kurang cantik ke die kurus keding ke die comel montel ke ataupun hodoh macam beast dalam cite beauty and the beast tu ke dan sebagainyalah..Suke betulkan kita nak judge orang lain hanya dengan sifat luarannya?Tapi kenapa?Don't judge a book by its cover!
keciknye!! sila besarkan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok STOP! sudah cukup tumbesarannya!
Gambar di Ulu Bendul Recreation Park , negeri Sembilan :)
Milah : Weh, aku tengok budak yang kiri bawah sekali ni macam sombong je..
Maria : Itulah, aku tengok pon die macam sombong giler sebab tak pernah nampak die senyum langsung..dengar cite die ade gadoh dengan si Fafau tu
Milah : Laa..gadoh kenape pulak?
Maria : Entahla, kalau tak silap dorang gadoh sebab budak tu selalu pinjam baju Fafau tak mintak izin
Milah : Fuh, biar betul ko..budak tu muat ke nak pakai baju si Fafau tu? Macam besar semacam lak, biar betul ko ni..
Maria : Itulah, aku ade terfikir jugak..Tak surela sama ada orang saje nak buat cerita ke ape ke kan
Milah : Macam ni lah, walaupun muka dia nampak sombong semacam, kita tak boleh nak judge dia and percaya bulat-bulat semua cerita busuk pasal dia..kita kan tak kenal dia..
Maria : Aku pon setuju dengan ko weh, kita tak kenal pon hati budi dia.. So dahla stop nak judge orang macam ni..Kalau orang lain cakap aku sombong then cerita bukan-bukan pasal aku pon aku rasa sakit hati weh..
Milah : pheww..mintak simpanglaa..insaf jap
See?sebab tak pernah nampak dia senyum pon orang dah cop sirim dekat dahi dia yang dia ni sombong gilerrr.. Kesian si mangsa, apalah salah dia..setiap individu berbeza bukan? Kita tak kenal pon dia tu, tak tahu pon perangai dia tapi dah judge macam-macam pasal dia..Kalau judge benda yang elok takpe jugak..Bak kata pepatah, "Tak kenal maka tak cinta"..Maksudnya di sini, kalau kita tak kenal seseorang tu, kita takkan tahu hati budi dia..
Bagaimana nak elakkan diri dari menjadi kebiasaan rutin harian kita?
- Stop talking about others
- Sebelum judge, fikirlah secara matang
- Jangan kaitkan khabar angin yang belum tentu betul puncanya
- Tanya diri kita dulu, "Perlu ke aku nak jaga tepi kain orang lain?"
- Sebelum berkata selepas judge seseorang tu, fikirkan balik bagaimana kalau ada orang lain judge yang bukan-bukan pasal diri kita?
- Letakkan posisi orang yang kita nak judge tu dekat posisi kita, mesti korang akan stop menilai orang lain
Last but not least, menilai seseorang dari pandangan kita sendiri bukanlah penilaian yang terbaik melainkan kita kenal hati budi dia..