"Tak dapat lelaki korea, lelaki cina pon jadilah"

Saturday, July 30, 2011

| | | Comments: (18)
Sekarang tak kira perempuan atau lelaki sedang gila korea, panahan paras rusa hensem, comel dan kacak dari group-group k-pop korea..Bila ditanya "Kenapa awak minat cerita korea and group k-pop ni?"..Dan jawapan yang diberikan sangat mengasyikkan telinga yang mendengar iaitu "Aww..sebab mereka hensem dan comel sangat-sangat!"..


Masih tak percaya?Cuba tonton cerita korea yang hero dan heroinnya tidak begitu comel dan tidak kacak, mesti mood untuk menonton sangat tipis dan kemudiannya terus padamkan siaran tv dan layan pulak cerita Boys over flowers yang tidak jemu ditonton dek kerana rupa paras pelakon lelakinya yang menawan hati..Setuju?terpulang kerana kebanyakannya begitulah..


Siapa yang minat gila dengan mereka ni mesti akan mengasah bakat menghafal nama ahli-ahli group..Macam adik myra, bila ditanya hensem boy ni apa namanya? bukan main laju dia menjawab tapi bila ditanya 5 darab 5 jawapannya apa?terus mata ke atas tangan ke dada..Haishh, budak-budak sekarang, aku lepuk jugak nanti..




Adik manis sekalian, jom kita mulakan aksi cuci mata hiksss..
.
.
.
.
.
.
.

Apa nama group ni adik?Maka si adik menjawab "Ini group BEAST laaa"..Si kakak hanya mampu menjawab "Oooowh, terima kasih daun keladi"
Owh, inilah BEAST rupanya..Lepas ni dah boleh hafal..

Opss, terlebih sudaa..cukuplah 6 group sahaja yang tersenarai*clap3*..Amacam?berdarah hidung tak gadis-gadis di luar sane?Nah amik tisu sila lap cepat! *hee*..

So, kalau korang betul-betul minat kpop ni sampai berangan nak laki macam diorang, sekarang anda tidak lagi perlu risau kerana group m-pop kan adeee..Ape ke nama group dorang?Haaa....Ini diaaa "Wewwit, hai abang hensem..nak signnnnn"..
.
.
.
.
.
Okae, V.I.P ni boleh tahan..So, mari kita serbuu!! *wink*




p/s:Tak dapat lelaki korea, nak lelaki m-pop atau chinese guy?Mari tentukan pilihan anda..larikssss

New header : Percubaan membuat flash header yang pertama!

Sunday, July 24, 2011

| | | Comments: (30)
Disebabkan oleh tajuk entry sangat jakun tak ketentuan hala, maka eloklah kita mulakan dengan . . . . . 


Ehem..ehem..ehemmmm *percubaan suara anak tekak*


Testing testing one two three....  



Tadaaaaa
.
.
.
.


Yes i know, jakun bukan?Maafkan adik, kakak abang..Adik baru download Photoscape, maka tangan tidak sabar untuk meluangkan masa mengedit header sendiri..Ya, ianya simple sahaja, tapi kalau tak comel takpelah sekarang juga saya lariksssssss...


Puas hati dapat luangkan masa untuk header blog sendiri, yeah maka inilah header baru yang bakal menetap di blog ini *senyum*









Mood : Masih berfikir, mahu letakkan flash header ini buat santapan atau kekalkan statik header? *wink*

Kenapa perlu mencarut?Sedapkah untuk didengar?

Wednesday, July 20, 2011

| | | Comments: (32)
Apa itu mencarut?Pada anda, adakah mencarut itu suatu perkara yang biasa?Salahkah jika kita susun atur ayat yang bersih daripada segala perkataan yang baunya agak hanyir-hanyir ikan misalnya?Salahkah?


Kadang-kadang rasa macam nak tolong susunkan ayat dari mulut-mulut mereka supaya sedap didengar dek telinga ini..Kadang-kadang terfikir pula apa yang best sangat mencarut ni?Tak boleh nak cakap elok-elok ke?Perlu ke nak cakap kasar?Gangster alam mana mereka datang ni?

Bayangkan seorang perempuan yang bertudung ayu di depan kita..First impression mesti kita anggap sopan je dia ni..Tapi bila start berbicara, ewaah kemain sedap ayat dia.. @#$%^&* jugak yang dikeluarkan..Sentap!

"Don't judge a book by its cover"..Yeah, ayat yang paling sesuai untuk diungkapkan..Jika carutan itu sebati denganmu, berubahlah..Bukan semua jenis tak kisah, bukan semua jenis hidup kau lantak kau, bukan semua jenis tak panas bila dengar carutan di bibir telinga dan bukan semua yang tangkap cintan dengan carutan..


Sedar tak sedar, banyak keburukan mencarut sebenarnya :
  • Tak sopan
  • Menyakitkan hati orang lain
  • Tambah dosa bukan tambah pahala
  • Buat ramai yang menyampah


So, kasihanlah pada mereka yang tidak begitu gemar untuk menikmati kata-kata kesat ni..Bikin panas telinga dan hati..Maka terpaksalah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..Bertimbang rasalah sama ya..Kita hormat orang, orang hormat kita.. :)



Thanks for reading!

Who will be the next faces of Clean & Clear Malaysia?

Tuesday, July 19, 2011

| | | Comments: (5)
Who will be the next faces of Clean & Clear Malaysia?
 Mari kita ringankan jari jemari dan vote mereka di sini :


Pilihan hati saya :
Vote now till 31july!

U.O.X BATTLE'11

Saturday, July 16, 2011

| | | Comments: (2)
Korang tahu mengenai battle ni?So, dah vote untuk band yang korang rasa layak untuk menang?Haa, belum vote?Now, mari kita rajinkan tangan untuk mengelik button LIKE sama-sama..


Ok, bagaimana nak vote?Ringankan jari jemari anda dan klik  http://124.217.225.113/UOXbattle/uox.html

Dah klik?now vote untuk band pilihan hati korang..So, band mana yang menjadi pilihan hati?Myra vote untuk band NAFAS!

Wanna know more about them?Jom kita serbuu FB NAFAS

Saya suka header transparent, mereka pon suka

Friday, July 15, 2011

| | | Comments: (34)
JEALOUS, ya perasaan itu yang dapat digambarkan buat masa sekarang..Kenapa? sebabnya myra sempat untuk siapkan tempahan header transparent mereka sehingga keinginan untuk menukar header blog sendiri terpaksa dibuang jauh-jauh disebabkan oleh kekangan masa *huuu


Jom tengok sebahagian dari header transparent yang sudah disiapkan ni..

Lastly, myra nak ucapkan ribuan terima kasih kerana diri ini telah diberi kepercayaan untuk designkan header awak awak semua..THANKS for your support :)

Tips : Cara untuk besarkan mata

Saturday, July 9, 2011

| | | Comments: (17)
Hye sweet readers :)

Korang pengguna tegar contact lens tak?Minat untuk cuba pakai?atau lebih suka pakai CL dari kaca mata yang hanya akan menghasilkan lebam di bawah mata itu?Kalau ye, yes i am one of you!


Okay kali ni myra nak review pasal contact lens yang boleh buat kita puas hati bila pakai..So, CL jenis apa yang menjadi kegemaran myra sekarang?Kalau untuk besarkan mata, myra lebih prefer gunakan 'SWEETIE' dari BLINCON..Tahan tiga bulan beb and seriously i love it!




Here it is :)


There are five colours yang korang boleh pilih dan warna yang tetap menjadi pujaan hatiku ialah warna brown..Sebabnya, tidaklah nampak fake sangat mata yang berkelip-kelip itu *wink*


Sumber : google

PRICE = RM70

Tips : Urutan wajah dapat cantikkan kulit

| | | Comments: (2)
Bukan setakat kaki dan tangan je ada urutan tersendiri, urutan wajah pon ada tau! Urutan wajah ni sesuai diamalkan untuk mereka yang mahu melambatkan proses penuaan wajah@awet muda..

Masa muda belia ni la start kena ambil tahu pasal urutan wajah ni sebab kulit mula berkedut semasa umur melebihi 20an..Fuh, scary bukan?Tambah-tambah bila dah masuk umur 20 ni, kena banyak ambil tahu pasal kesihatan dan kecantikan..hehe..biaselah orang perempuan mestilah nak kena jaga itu dan ini.. *wink*

Kelebihan urutan wajah :
  • mengurangkan kedutan di muka
  • membuatkan kulit muka lebih berseri
  • menggalakkan pengaliran darah
  • merupakan rawatan antipenuaan yang berkesan




"GiveAway : "One Klik One Present by Lyssasecret"

Friday, July 8, 2011

| | | Comments: (0)
Hye there..Jom serbuuu join giveaway cik lyssa kite ni ramai-ramai jom :)

Hadiahnya pon LUMAYAN *wink*

Tarikh tutup penyertaan = 30 JULAI 2011


Tag : sis fieda

CONTEST : WATERMARK UNTUK DARKBATMAN

Thursday, July 7, 2011

| | | Comments: (10)
Assalamualaikum..

Dah lame myra tak join contest kan..hehe..kali ni nak join contest yang darkbatman buat pulak..Klik SINI untuk tengok syarat-syarat contest..


Apa yang menariknya contest ni?Haaa, meh nak habaq mai..Hadiah dia wang tunai RM100 akan di bank in ke akaun pemenang..See?Ada rasa menarik tertarik tak?hehe..cepat-cepat sebelum terlambat!Tarikh tutup sehingga 7Julai ni..


Watermark yang telah dihasilkan oleh myra ada di bawah ni haa..

Dan ini contoh gambar yang telah diletakkan watermark sekali..

Hopefully, tuan contest sukaa *wink*

Tips : Bila marah, apa perlu kita buat?

Wednesday, July 6, 2011

| | | Comments: (15)
Bila marah, rasa macam keluar angin kat telinga
Bila marah, rasa macam urat kepala sedang tarik menarik
Bila marah, rasa macam nak baling benda depan mata
Bila marah, rasa macam nak bertukar jadi HULK badan hijau mata merah biar semua orang lariksss!
Haaa...ada berani?

Ya, bila marah kadangkala kita tak sedar apa yang kita buat..Emosi kadang-kadang mengawal tingkahlaku kita..Bila hilang rasa marah tu, baru terfikir..Eh apa aku buat tadi?Kenapa aku buat macam tu?Malunyaa sobs sobs >.<


Haa, baru tau malu..Lain kali try control dulu marah tu, cuba untuk bertenang dan orang yang ada dengan kita pada waktu tu mungkin dapat kurangkan tahap kemarahan kita..Yela, takkan awak nak lepas marah kat kawan sebelah tu tiba-tiba?Tak pasal-pasal je die kena..So, mestilah kena ada sifat malu ketika marah supaya marah itu tak menguasai diri korang ketika itu..


Tapi, ada baiknya jika kita cuba amalkan doa ni..Hopefully berkesan..Bila rasa marah itu muncul, tarik nafas dalam-dalam dan start berdoa..

Tujuh kebaikan menangis

Sunday, July 3, 2011

| | | Comments: (20)
Kadang-kadang kita menangis kerana gembira tetapi selalunya kita menangis kerana berduka bukan? Berapa kerap korang menangis?Kerapkali, kadangkala atau jarang sekali?


Perempuan kerap menangis kerana punyai naluri yang lembut, usah sakitinya kerana bekas calarnya sangat dalam..Bagaimana pula dengan seorang lelaki?Kebanyakannya sukar untuk menangis kerana punyai ego yang tinggi?Betulkah?Tapi tak semua begitu, bergantung pada individu itu sendiri..


Tangisan itu kadangkala hadir bila kita tonton cerita yang menyentuh jiwa, hanya dengan mendengar lagu jiwang tatkala kita berada dalam situasi putus cinta dan ia cepat mengalir ketika mood kita down, berada dalam kesedihan..






1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.



Kredit kepada http://ezany-kun.com/

Kejayaan yang manis tidak akan datang bergolek tanpa pengalaman yang pahit

Friday, July 1, 2011

| | | Comments: (4)
Bila bercerita tentang pengalaman, ianya terbahagi kepada dua bukan?Tapi myra nak celoteh tentang pengalaman buruk! Ya, kerana pengalaman pahit itulah yang akan memberi kesedaran kepada diri kita, mengajar kita, mendewasakan kita..


Biarpun pahit untuk ditelan, tapi itulah yang akan membantu diri kita di masa akan datang..Pengalaman buruk itu mengajar kita supaya lebih berhati-hati, supaya tidak ulangi kesilapan lama..Jangan kerana sekali anda terjatuh anda terus berputus asa, bangunlah kembali walaupun perlu merangkak..


Siapa mahu ulangi kesilapan yang sama bukan?Kalau boleh pengalaman pahit buruk ni lah yang akan kita simpan jauh-jauh dari sudut fikiran kita..Mengapa?Mungkin kerana tak mahu mengingati benda pahit yang pernah dilalui, sepahit ubat yang ditelan..Tetapi, benda pahit ni yang akan mengajar kita, membuka pandangan kita untuk mengenalpasti jalan yang dilalui itu betul atau salah..


Makin banyak pengalaman pahit, makin bertambah rasa garam di dalam kehidupan, makin menjadikan kita manusia yang kenal erti kehidupan..Tapi, jangan pula disebabkan pengalaman itu anda menjadi seorang yang takut kerana 


So, bila korang ada pengalaman pahit, korang senang nak handle diri korang bila berada di dalam situasi yang pernah korang lalui, masa tu kita boleh berdiri di kaki sendiri untuk terus mencuba memilih jalan yang terbaik :)


Jadikan pengalaman sebagai pengajaran, itu lebih baik..Bila sedikit sebanyak pengajaran diambil, maka jadilah ia pengalaman berharga yang bakal membantu perjalanan hidup yang masih jauh.




Thanks for reading! :)