Kempen Blog pilihan Malaysia bersama Ben Ashaari

Sunday, December 12, 2010

| | | Comments: (2)
Assalamualaikum pembuka bicara...

Kini tibalah masa myra join kempen yang dianjurkan oleh tak lain dan tak bukan BRO BEN ni..hee..dengan hati terbukanya dia nak tolong support blogger baru untuk promosikan blog-blog mereka yang tercalon dalam Blog Pilihan Malaysia (BPM)..So, takkan nak tunggu sajaa, rezeki takkan datang bergolek iye dak?Mari-mari..Seribu penghargaan buat bro ben, ucapan terima kasih tanda menghargai jasa anda :)


1) Kenapa anda sertai contest ini BLOG PILIHAN MALAYSIA?
Secara jujurnya hati ini tergerak untuk menyertainya kerana ingin memperkenalkan blog baru seperti saya supaya dapat dikenali oleh ramai para blogger di luar sana tu.. Kalau dah ramai kenal, mestilah dapat kutip ramai kawan-kawan baru di alam blogging ni kan? So, dapatlah rasa dihargai dengan cara para blogger tahu blog "dinky wink myravea" ni wujud di alam blogging ni :)

2) Kenapa anda rasa anda layak untuk diundi?
Layak atau tidak itu bergantung kepada setiap individu punya citarasa.. Tak semua yang suka cara kita tapi tak pula semua yang tak suka kan..Itu semua terpulang kepada setiap individu untuk judge kita..Buat yang rasa blog ini patut diundi, hati terbuka luas untuk menerimanya.

3) Ceritakan serba sedikit latar belakang blog anda
Nama blog ini sejak asalnya ialah dinky wink myravea yang membawa maksud gadis kecil molek mengenyit..Dulu masa nak susun nama blog ni pening jugak "myravea dinky wink" ke "dinky wink myravea"? At last letakla num dua tu tapi URL tetap gunakan nama myravea sebab biar pendek asalkan selamat sebab nama yang singkat ni selalunya senang nak engat dan tak berlakunya kekeliruan..Entry di dalam blog ni banyak yang berunsurkan tips yang boleh diguna pakai untuk kehidupan seharian mahupun untuk blog..Selain itu, blog myra juga ada membuat servis tempahan header..Sangat best rupanya melayan kerenah para blogger yang menempah ni, selain dapat kenal dorang dari dekat dapat jugak kongsi ilmu bersama-sama..Macam-macam ragam myra jumpa tapi Alhamdulillah semua ragam myra dapat layan dan mereka dapat apa yang mereka impikan..Tujuan servis ini dibuat ialah supaya para blogger memperolehi header idaman mereka..Tak salah untuk berkongsi apa yang kita ada kan :) Lagipun myra memang suka tengok header cantik-cantik dan dari situ timbulnya minat..


Last but not least, buat sesiapa yang sudi mengundi bolehla 




p/s : Masa mengundi adalah pada Jam 7 pagi 13 disember (isnin) - jam 7 pagi 17 disember (jumaat)..Blog myra tersenarai di kumpulan 3

Ada apa dengan air mata?

| | | Comments: (3)


Situasi pertama :" Actually, result aku better dari last sem weh..menangis riang hati ni"
Situasi kedua : "Actually, result aku teruk gila dari last sem weh..menangis duka hati ini"


Ohh..ade dua maksud rupanya bila air mata berjuraian membasahi pipi..sedar atau tidak kadang-kadang kita selalu salah sangka, bila dia tu nangis je ohh mesti dia ngah sedih gaduh ngan pakwe takpon ohh, mesti dia kena marah ngan parents dia sebab asyik merayap di perigi2 jalanan je..hee..contoh yang xde kena mengena langsung kan kan..ntah-ntah dia tu nangis sebab parents die nak belikan die kereta lamborghini buatan Itali ke sebab tu die menangis gembira sampai tak terkata-kata dan hanya dapat mengalirkan air mata sebelum berkata-kata..haa..lu pikirla sendiri, jangan kita main bedal je lontarkan pandangan palsu kita tanpa mendengar dia berbicara..hehe..okae, kita tutup mukadimah entry ni ea :)


Berdasarkan petikan di atas, acee acee rindu pulak zaman SPM dulu dok ayat berdasarkan-berdasarkan..tetttttt..Berbalik kepada dua situasi di atas, cik adik ni memang pernah merasai kedua-dua situasi kat atas tuu..baik duka lara mahupun riang ria ketawa gembira..Hampa penah dak?ehh, kalau tak pernah tu, otak hampa memang otak cap A a.k.a genius la tuu kan kan..kasi pinjam sini mari!Bisa kita kongsi bersama..heee


Kalau korang nak tau, ada berita tergempar hari tu tau tak! hari apa? alaa, hari UITM result sedunia opss seMalaysia je kak oi takyah tokok tambah..hee..Okae, maybe sudah lapuk sbb ramai dah tau..So, dengar macam ramai jee tersenyum puas dapat result tambah-tambah student UITM Kuala Pilah yang ambil kos bisnes ni..hee..congrets tuk pelajar UITM yang tersenyum plus menangis riang tuu ea.. dan buat yang mengalami situasi kedua, hopefully masih teguh gagah perkasa dan kuat semangat sebab jangan risau, next sem buat sehabis baik..belajar dari kesilapan dan pengalaman kan kan, maybe sebab nak suruh paper yang kne repeat tu akhirnya dapat "A" kot..wooo sape taknak kan kan?so, teruskan usaha selamat maju jaya!

Klik untuk tumbesaran mata

Banyakkan saya blurblur kan die hehe..sampai gpa pon tinggal tiga kat depan dengan titik skali..hee, gatai sungguh tangan saya..Alhamdulillah syukur akhirnya merasa jugak dapat DL,rezeki untuk sem ni namanya.. Btw, tak baik woo hampa pandang rendah kat mereka-mereka yang kena repeat tuu, silap-silap next sem result depa lagi superb dari hampa..masa tu baru tertonjol mata dan telinga hampa dengaq..mau tak nya hampa yang rasa segan balik sebab pnah dok kutuk dia..SO, tutup mulut sudaa takyah bising-bising dorang pon nak belajar dari kesilapan kan..bagi mereka ruang untuk belajar jangan kecilkan hati mereka..engatlah kawan yang sebetulnya kawan akan bantu kita bukan hentam kita.."Support itu perlu"  :) *winkwink*