Alhamdulillah, tempahan header musim cuti sangat masyuk!

Thursday, December 30, 2010

| | | Comments: (16)
Eh, betul ke tempahan header myra semakin masyuk?heee..First of all thanks kepada semua blogger yang sudi menempah..Tanpa mu tiadalah coloum "Header untuk ditempah" di menu bar blog myra :)


Masa mula-mula nak buat entry khas untuk mereka yang nak tempah header, diri ini rasa begitu kecil sekali..Manalah tau kot-kot takde sesiapa yang berminat, mesti hati tuan blog ni terguris *huahua*..Tapi rupanya alhamdulillah tak sampai sebulan ni dah ada dalam 30 lebih yang telah meletakkan kepercayaan kepada myra untuk design header mereka..


Syukur sangat-sangat sebab niat hati untuk menolong mereka yang mahukan HEADER IMPIAN masing-masing tercapai jua..Kadang-kadang takot gak kalau ada yang menempah itu tak puas dengan header baru yang telah disiapkan, so myra akan tanya banyak kali puas hati ke tak sebab kepuasan itu perlu!Dan kalau tak puas lagi, myra akan edit sampai korang rasa tahap kepuasannya sebab ini header berbayar so korang boleh demand ape yang diimpikan di kotak hati masing-masing..Kalau korang demand nak yang macam mane, lagi senang untuk myra buatkan sebab dah tahu apa yang ada dalam kotak fikiran korang..hehe..Jika masih ada yang sudi untuk menempah, pintu tangan dan hati sentiasa terbuka dengan luas sekali *wink*


Btw,Tak semua yang pandai dalam bab edit mengedit ni, dengan membuat coloum khas untuk tempahan macam ni, hopefully dapat membantu korang untuk lebih bersemangat mengadap blog tiap-tiap hari dan itu dinamakan sebagai "blogger tegar" di dunia blogging..hehe..Last but not least, myra nak letakkan header yang paling latest myra siapkan setakat ini..







"Pencarian header tercantik sudah bermula! Klik SINI untuk mengundi!"

p/s:  Alhamdulillah, kedudukan myra dalam contest setakat ni adalah yang paling teratas! Korang boleh tolong naikkan vote dengan vote "http://myravea.com" di situ :) Hopefully masih ada yang sudi membantu :) 

Akibat gila shawl yang boleh memakan diri

Tuesday, December 28, 2010

| | | Comments: (13)
Entry ini berkenaan dengan si HAWA, buat si ADAM maafla anda tak pakai shawl-shawl ni..ngehh ngehh

Sekarang ni banyak betul shawl-shawl yang menarik hati melekat di jiwa kan kan..Bila pergi je cuci mata kat shopping compleks yang pada mulanya hanya nak window shopppingla konon tup tup haa, amek kau banyak benda menarik tertarik sampai tak boleh nak berenggang dah dengan bendalah-bendalah ni..Adakah ini namanya obses ataupun obesiti?eh, masuk bab berat badan pulak..tettt..


Alahai nafsu-nafsu sekalian, rupanya hangpa suma ni memang tak boleh nak pandang shawl kot sampai rambang mata nih tengok tak tau nak pilih mana satu..Aduhai..kesian-kesian, tak boleh jadi ni..Akibat tak tahan dengan nafsu yang menggelegak di jiwa batin dan raga maka sekali keluar tangan kosong balik rumah hambik kau tiga aku kebas bukan empat atau lima..Ceit, perempuan memang macam ni ke?*sambil geleng-geleng kepala* Hee, sebab saya pon perempuan T___T



Bila masuk bab nak pilih, memang pening seriously pening..Dan agenda di bawah mula muncul di sebalik tirai hati..Pilih punya pilih rasa kesian pulak kat tuan kedai sebab setia menunggu dan menanti customer dia membuat pilihan..Sambil buat muka seposen, myra belek-belek je sampai puas hati padahal da bape jam ambil dan letak ambil dan letak (hiperbola).. ish ish ish..mesti tuan kedai geleng kepala tengok aku..ngehh ngehh..Dan agenda berikut berlaku dalam hati yang sepi dan inilah penyebabnya kenapa masa untuk membuat pilihan begitu lama sekali..

"Shawl kedut-kedut ni orang panggil shawl crumple ke shawl pelangi cinta ke shawl pelangi pintal?"


dan...
"Eh, ini cantik..kaler die anggun menawan di kalbu" 




dan...
 "Eh, yang ni pon cantik kedut sana sini memukaula!" 




dan...
"Ooo, yang ni ye yang orang panggil shawl anting-anting tu?ooo.."


dan...
"Eh, yang ni ade manik-manik bulat..ooo..ni la shawl beads2 tuu eh?"



Kesiann, masa ambil dan meneliti shawl-shawl berkenaan dan diletakkan di kaunter penjualan, dalam hati masih banyak pertanyaan timbul..balik umah terus on laptop dan bukak blogshop yang ada jual shawl-shawl segala bagai..dan akhirnya terjawab juga pertayaan-pertanyaan di hati..tapi, memang takla nak engat nama-nama tu semua boleh naik gila!teetttt...


Tajuk entry ni macam da lari tajuk ke?Ntahla, yang penting ni la jadinya bila gila shawl sampai tak tau yang mana satu nak pilih..Heee, anda anda dan anda pula macam mana? Adakah seperti tuan belog ni?ngehh ngehh...


Pesanan :  Bila beli shawl baru-baru tu, jangan lupa tengok kain dia ye sebab jangan terkejut kalau ada je yang koyak-koyak 



Jom serbu join "Contest Muslimah Anggun 2!"

Monday, December 27, 2010

| | | Comments: (3)
Huaaa..contest lagi?bawak banyak bersabar ye, entahlah rasanya dah lama benar myra tak join kontest, so sekali datang bertubi-tubi bak semburan das senapang askar sedang menembak laju tepat di hati ni..ngehh ngehh..Bila terlintas nak join kena cepat-cepat buat sebab nanti lupa almaklumlah umur nak meningkat ke dua puluhan beberapa hari lagi heee *sambil tunjuk gigi ala-ala iklan colgate*


Okae, contest ni dianjurkan oleh CERITA SI GADIS..Rupanya contest sebegini rupa pernah dianjurkan pada pertengahan tahun 2010 olehnya..hee..Now, sila besarkan mata anda sebab nak tunjuk syarat-syarat contest ni :)
  1. Muslimah
  2. Follow blog ini
  3. Add blog ini dlm blog list korg * supaya korg alert tau*
  4. Letak Banner dlm entri shj, sidebar x perlu ye
  5. Tag at least 3 persons, makesure diorg tau ye
  6. Sekeping gambar Muslimah yg sopan ye. [PENTING]
  7. Free to wear any kinds of hijab
  8. And sertakan satu ayat yang menggambarkan diri anda[PENTING]
  9. Leave link anda di tempat komen okey :)
  10. Warganegara. :)

Contest bermula : 26th Dec - 30th Dec 2010
Prize      : Shawl + accesorries + suprise gift
TAMAT : 30th DEC on 10.00 am


"Hidup perlu selalu mencuba untuk menjadi yang lebih baik dari semalam"


Tag : CIK ATIRA

Undian untuk pencarian 10 header tercantik 2010 kini bermula!

Sunday, December 26, 2010

| | | Comments: (15)
Assalamualaikum pembuka bicara..


Sebelum myra terlepas pandang pencarian header tercantik ni, ade baiknya myra buat entry sebegini rupa..iye idak?ngehh ngehh..dah nak midnight da baru nak post ajak korang mengundi..ish ish ish..So, mari mengundi JOM JOM JOM!

Di masa, tempat dan waktu ini, myra nak minta jasa baik kalian semua untuk turut serta dalam aktiviti mengundi ni dengan mengundi header blog myra..Jika anda rasa header myra layak untuk berada dalam kalangan 10 header tercantik, MARI MENGUNDI SEGERA!hehe..Sekalung ucapan terima kasih myra ucapkan :)



KLIK SINI UNTUK MENGUNDI!





p/s : Buat yang sudi mengundi, letakkan link blog korang di entry ini supaya senang untuk diterjah kembali (adalah) *winkwink*

Jom serbu join "Contest pic paling cute!"

| | | Comments: (14)
Huaa..ni contest second yang myra join baru-baru ni..ngehh ngehh..Contest pic paling cute ni tamat hari ni before pkol 11.59pm! So, tunggu ape lagi yang belum join tu, mari mari mari :) Btw, myra baru nak join contest ni hua hua..padahal da tengok dan renung je contest ni lama-lama before ni sebab tak tau nak bagi gambar ape..Takpe-takpe asalkan masih lagi ada ruang masa dan waktu untuk join..Siapakah tuan penganjurnya?Haa..tuan penganjurnya ialah JENGJENGJENG  KAK ELLY ..Klik nama tersebut untuk ke blognya..



Syarat-syaratnya :

  1. terbuka kepada semua blogger PEREMPUAN sahaja.....
  2. korang jadi FOLLOWER blog aku ni....
  3. copy paste BANNER contest ni kat entri & side bar blog korang selama contest ni berlangsung! dan sila pastikan link back k!
  4. korang upload 1 gambo korang yang paling cute mute! nak wat memek muke pon xpe! lagi best! & dibawah gambo tu korang tulis sket macam ni...........
  5. " saya suka blog elly@suely (pastikan link back ke blog aku) sebab.................." korang xyah la tulis berjela2.... ringkas sudah!
  6. ok n lastly, dah siap korang letak la link korang tu kat ruangan komen entri kak elly....
  7. susah ker? xsusah kan???............. senang bangetttttttt!!!


"Saya suka blog elly@suely sebab entrynya mesra alam gitu iaitu ringkas dan padat serta senang untuk difahami bak kata sekali baca dah paham..Tambah-tambah blognya banyak tentang informasi yang berguna yang boleh diguna pakai untuk kehidupan seharian"

Jom serbu join "Pertandingan Blog Paling Superb!"

| | | Comments: (5)
Ada apa dengan contest? Bila kita nak join contest, mesti rasa sukaa itu akan datang dahulu sebelum kita menaip entry-entry segala..Ada betul? Kalau tak betul, watpe nak join? huaahuaa..kalau tak betul, myra nak kena wat ketuk ketampi macam dajah satu dua tiga dulu.. *konon*


Orang jalan-jalan makan angin kan? Tapi, as a blogger mestilah jalan-jalan baca entry dan carik idea kan kan kan? Kalau tak betul lagi terpaksa bersungguh-sungguh ketuk ketampi tiga empat kali jugak..*blushing* ..Okae, tadi myra baru blogwalking, blogflying dan blogjumping semua tup tup nampak contest..dalam hati berkata "Wah, ni contest berkenaan dengan blog!" sambil teruja tengok kanan dan kiri lastly terciptalah entry contest ini..ngehh ngehh..pendekkan cerita, sape yang menganjurkan contest ni? Ohh, mereka berdua bukan bertiga ya iaitu AISYAH dan adiknya IZZAH..Jom tengok ape syarat-syarat yang telah ditetapkan..



  1. Terbuka kepada Malaysian Blogger yang tinggal di Malaysia only . Kalau korang tinggal kat luar negara, payah nak post hadiah .
  2. Kena follow blog Aisyah dan Izzah dulu . Kalau tak nak follow pun takpe tapi make sure korang salu update ngan blog kitaorang okeyy ?
  3. Mesti ada blog . Kalau takda blog, takdalah contest dan hadiah . :)
  4. Buat satu entry bertajuk Pertandingan Blog Paling Superb ! Copy entry dan banner ini .
  5. Tinggalkan URL blog, emel & nama korang di blog aisyah sahaja . Click tab Contest. Kalau korang nampak Pertandingan Blog Paling Superb !, click and then tinggalkan URL blog, emel dan nama penuh di ruangan komen .
  6. Hadiah Misteri menanti anda !
  7. Had penyertaan : 200 blogger yang awal mendaftar saja boleh ikut .
  8. Hanya 3 blogger sahaja dipilih !
  9. Kalau ada apa2 perubahan akan diberitahu nanti .
  10. Tag kengkawan anda juga ! Tag lah seramai mana yang korang nak . Tak nak tag pun tak pe . 
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 21 FEBRUARY 2011, 11.59 malam

Tutorial : Disable right click yang berkesan!

Saturday, December 25, 2010

| | | Comments: (7)
Kat mana nak cari disable right click yang berkesan? Selalu buat tak jadi pon?

Haaa..tutorial disable right click yang ni memang berkesan! Macam best je tak dapat nak copy segala bagai sume kat blog ni..Kalau gune Ctrl+C pon takkan membuahkan hasil kan kan..Tak caye? Try klik klik klik copy kat entry-entry myra ni, agak agak boleh tak copy?ngehh ngehh..Kalau boleh, sila abaikan tutorial ni dan bolehla korang jejak kasih eh jejak kaki ke blog yang ade tutorial disable right click yang lain..tettt..


Disebabkan ramai jugak blogger-blogger baru datang serbu dan terjah myra di facebook dan YM untuk tanya macammana nak carik tutorial itu dan ini, haa kali ni myra menjawab pertayaan korang sume pasal masalah code html untuk disable right click yang tak berkesan macam ni "Alaa myra, Bella try tak jadi pon?still boleh copy jugak ,cemane ni?" Masa tu ape yang myra boleh jawab ialah, "Hmm, myra pon xtaula nanti bila dah jumpa yang berkesan, myra roger-roger yek"..Huaa...rasa bersalah pon ade sebab tak dapat membantu...


Okae terus masuk ke bab tutorial setelah merapu gaban memanjang..tettt...Sebelum korang copy paste coding ni, sila-sila buang code disable right click yang sebelum ni yek..buang jangan tak buang..

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya klik pada HTML/Javascript.


Langkah 2

Maafla, tutorial tak dapat diteruskan sebab entry myra pon sudah diletakkan disable right click..ngehh ngehh...kesian korang, hampeh tul entry macam ni kan..Okae, meh nak bagi link web yang korang boleh copy coding-coding itu...



Doa untuk mengelakkan diri dari dirogol khas buat si ladies

Thursday, December 23, 2010

| | | Comments: (20)
Perkataan 'rogol' ni sangat sensitif bukan..bukan sensitif ape, rasa macam taknak dengar dan mintak dijauhkan segala perkara buruk itu semua dari kita si perempuan..A M I N.. Tadi masa jalan-jalan dengan tangan ni, terjumpa satu gambar yang penuh dengan doa yang patut diamalkan oleh seorang manusia yang jantinanya perempuan..Jom kita tengok dan amalkan doa-doa sebegini rupa..




Ayat "mencegah lebih baik dari merawat" memang kenalah dengan entry ni..Baik kita cegah dari rawat sebab bila tiba masa untuk merawat, masa tu kita dah xboleh patah balik masa dahkan..SO, kita boleh cegah benda-benda buruk ni dari berlaku dengan mengamalkan doa ni.. Take your time tak sampai 10minit pon nak baca doa-doa ni kan? So, kalau susah sangat nak hafal, print doa ni then letakkan kertas tu dalam wallet ke ape ke takpon tangkap je gambar letak dalam fon, bila nak baca kita tengok je dari screen fon tu kan kan..Dengan teknologi moden sekarang ni memanglah semua kita can make it easy as ABC..




Benda baik patut kita kongsikan bersama, so sebarkanlah kepada orang yang tersayang..hehe..tak salah kalau kita berkongsi kan kan jangan kedekut ilmu ye haaa itu yang kita tak nak..Nak amik gambar doa ni kat sini? just click right then save it..kan sonang..~heee




p/s : Ayat kursi pon patut kita amalkan, baca setiap kali lepas solat

Blog sudah bertukar wajah! Saya sangat suka!

Wednesday, December 22, 2010

| | | Comments: (56)


Ohhhh, begini rasanya..hatiku tertawan, kerana dia hati terluka jiwa tergoda oleh cinta.....ewahhh!!sila nyanyi ikut rentak dan irama sekali ye..hampeh betul lirik tu betul ke tak pon hantam sajalah asalkan ade intro..ngehehe..intro itu penting oh untuk menunjukkan kita punya mood semasa pada waktu itu..~weee




Okae, jom tengok ape yang berubah ye?
Header ku berubah ke?Oh, tidak..ini header yang takdelah lama sangat baru sebulan jee die jejak kaki di sini, So biarkan dulu mungkin nanti bila dah jemu kita tukar lagi ye, sabar-sabar..Ni lah namanya habis madu sepah dibuang..jangan contohinya ye, tak baik untuk kesihatan blog..~heeee





Menu bar?Oh yes yes..baru bertapak di muka blog ini siap ada anak patung cumil lengkap bertudung ayu gitu..Klik banner untuk ke banner para-pari blogger, klik tips untuk mencari tips, klik header untuk yang berminat menempah header dan klik facebook untuk ke facebook tuan punya blog ini ye..





Tajuk post?Eh ehhh...Background dekat tajuk posting pon da berubahlaa..tapi masih pink-pink yang lembut ituu siap dengan bunga cumil-cumil dan daun-daun anggun berwarna pink lagi..hee..boleh jadi konsep taman bunga layout kali ni ye..kenyit-kenyit sikit *wink*



Wiwwit..cumilla dolly kat shoutmix ni..shukee!!lalala...buat yang gemarkan blogwalking, anda boleh tatap mata saya..opss tatap wajah dolly serba anggun gitu ye..hee



Eh ehhh...footer pon da lain da niih..siap ade shadow-shadow..uhh..nak tido sambil dakap laptop ketat-ketatla malam ni sebab sayang sangat nak tutup blog..heee





Wee...takkanla myra nak puji melambung blog sendiri dengan hasil muka blog yang baru ni kan kan..hihi..saya masih mempunyai rasa segan dan malu-malu meow sebab malu rasanya nak puji-puji diri sendiri tak molek katanya..Actually,bukan saya yang mengedit dan mengubah ini semua ye, ini keje cik adik NYZA kita yang editkan..comel molek sungguh hasilnya..puas hati saya tengok!wee.sambil loncat-loncat kegembiraan..maaf sangat hyper mlm ni..Almaklumlah, tuan punya diri ni bukannya suka nak godek-godek coding ni mau taknya naik pening tengok sampai pengsan dan muntah!hee...sape-sape yang nak tempah layout blog cumil-cumil ni bolehla klik name nyza kat atas tuu yekk..macehh nyza cayunk..i lap u la bebeh! muahh muah..



Tips atasi kesepian

Monday, December 20, 2010

| | | Comments: (6)
Okae, kali ni entry about tips pulak..dah lama rasanya takde tips baru yang  menyeri di ruang legar blog myra ni..hehe..Masuk bab sepi ni,kadang-kadang dalam hidup ni, ada masa kita gembira ada masa kita sedih, ada masa kita rasa bahagia dan ada masa kita akan rasa sepi.


Jangan tak tahu kadang-kadang rasa sepi ini boleh membunuh..Oh, ianya bukanlah sampai boleh membunuh diri tiba-tiba hanya dek kerana kesepian melanda diri, tetapi rasa sepi ini boleh membunuh mood-mood happy yang datang untuk mendekati..Mungkin masa itu emosi melanda diri atau kadangkala kita perlukan masa untuk bersendirian..Betul idak?Certain people lebih suka bersendirian dan mereka ini lebih cenderung untuk selalu rasa kesepian.. Buat mereka yang memang sukakan keriuhan rasanya tidak ada masalah untuk korang cuma kadang-kadang je sepi ini akan datang..heee

Lets go on with the tips!


1) Shopping!
Bila shopping ni tambah-tambah untuk jantinanya perempuan memang terserlahla  nafsu yang bertubi-tubi bila sampai di shopping complex.Mana taknya bila kita tengok benda yang cantik, sweet-sweet gitu rasa sunyi sepi yang melanda diri secara automatiknya akan hilang..Hehe..Tapi engat ye, jangan sampai kering kontang itu fulus. Bagi mereka yang sedang kering fulusnya, bolehla membuat rondaan window shopping mungkin itu dapat membantu :)


2) Dengar lagu!
Masa sunyi sepi nilah kita dapat layan lagu.Pilihla rentak lagu kegemaran korang dan nyayilah bersama..hehe..Kadang-kadang, lagu-lagu ni pon boleh jadi peneman korang dikala sepi.


3) Buat benda yang kamu suka!
Okae, apa yang korang suka buat? berangan nak kahwin dengan anak rajakah? ataupun membaca takpun berblogging..Masa sepi nilah idea untuk menaip entry mencurah-curah ke ladang gandum kan kan..sebabnya bila dah sunyi sepi, banyak benda yang menghantui kita..So, why not luahkan pada blog seperti menulis diary itu?heee..

Buffered earning from nuffnang yang ke 14 sudah muncul!

Sunday, December 19, 2010

| | | Comments: (4)
Alhamdulillah, dah lame tak dapat buffered earning ni..Myra pon xtau napela susah nak dapat buffered sekarang ni tapi traffik bolehla tahan compare dari bulan empat lima dulu dapat buffered bertimbun- timbun tapi traffik takla mencanak-canak macam sekarang..Almaklumlah dulu dikira blogger bayi lagi yang masih merangkak mencari arah tuju yang dicari..heee..Hairan bin ajaib sungguh..


Its okaelah labuu..Asalkan dah dapat depan mata ni..Biarkan tanda tanya itu menghantui diri tapi Buat blogger senior yang sudi memberi jawapannya bolehla bisik-bisik kat sini noh..heee..Saya pon budak baru belajar jugak *wink*..Okae, mari kita tengok iklan ape yang ada kat sini ye?



Ohh, terima kasih nuffnang! I love you laa, myra tak nak curang-curang dengan you tau tau!Wo ai ni!Ni ai wo?heee.. Sayang sungguh myra dengan nuffnang ni ye *smile*..Mana taknye nuffnang ni kan pilihan hati ramai blogger kan kan..So, mestilah sayang takmoh benci menci tak baik untuk kesihatan blog..lalala


Hai labuu, lepas ni habisla dua puluh empat jam mengadap laptop untuk blogwalking blogjogging bagai suma..Almaklumlah bila dapat buffered ni sure mood blogwalking mencanak-canak naik sepuluh kali ganda..hee..kalau selalu dalam seratus blog sekarang ni kenala double triple plus plus suma..alahai, tempek terusla muka masok dalam lappy ni kan senang takyah nak off laptop da kan kan..pastu meletup baru padan muka kau nyah!wuwuwu..Insaf..

Apa kena mengena Fatin Suhana dengan novel DOA TERAKHIR , alaf 21?

Saturday, December 18, 2010

| | | Comments: (5)
Omai omai saya sangat teruja!!haha, macam myra pulak jadi cover girl novel ni..heee..hanya dibuai mimpi la kak oii..Okae, korang jangan buat-buat tak kenal pulak dengan si cantik molek penghias muka depan novel ni ye sapa lagi kalau tak lain dan tak bukan si cantik Fatin Suhana!wee..I'm loving it!Dah lama benau rasanya myra stalk kakak manis ni..hehe


Now, rasa macam tak sabar nak pergi beli itu novel sekarang jugak! Almaklumlah muka depan itu sangat indah untuk ditatapi.Oleh itu, tahap nak membelinya mestilah membuak-buak di lubuk hati ni kan kan..Bila dah dapat beli mesti tahap nak membacanya pulak mencanak-canak sampai boleh ketepikan blogwalking bagai sume sebab tak sabar nak sampai pengakhiran dia..hehe..sangat hiperbola di situ..So, ape tunggu lagi?mari support novel tempatan kita! Weeee.....



Ohh..myra sangat suka tengok ini kakak manis..Sungguh cantikkan?Indahnya ciptaan Allah...Klik SINI untuk ke blog Fatin Suhana..

Kat sini ade blogshop yang jual baju baby comel-comel belaka!

Friday, December 17, 2010

| | | Comments: (9)
Ketepi-ketepi! Baby nak lalu pulak ni, sila bagi ruang untuk si kecil yang masih suci dari dosa ni..wuwuwu..eh, cemane leh sesat entry baby-baby ni kat sini?adakah myra tak sabar nak timang baby? Ohh tidak!Diri ini masih remaja belia belum pon nikah atau kahwin tapi buat yang sudi bolehla melamar terus ye..haha..gelak ketawa di situ..


Tettt..cukuplah mukadimmah di situ ye, entry ni nak membantu anda anda dan anda sekalian yang mungkin sedang mencari blogshop yang menjual pakaian baby di alam maya ini mungkin sebab tak ada masa untuk ke kedai shopping baju baby sebab 24jam menatang minyak yang penuh menjaga bayi-bayi anda..heee..


Okae, kat mane nak carik baju baby yang comel omel ni?Haaa..masa first time myra jejak kaki kat blogshop ni, yang terlintas dek akal fikiran ialah wahhh nape comel sangat baju and seluar baby ni!Belang-belang pon ade, comelnye comelnye! Hee...korang boleh pergi blogshop ni kalau nak tengok dengan mata kepala sendiri ea :) Tuan punya blogshop ni pon comel orangnya!Engatkan anak dara lagi tapi rupenya wahh dah jadi milik suami yang tercinta..hee..myra panggil die kak miera..Laa, patotla comel semacam tuannya..rupanya nama mira jugak..hee gedik gedik sikit sambil buat muke comel dengan peace sekali..

Comel-comel kan kan..hehe..kalau nak tengok lagi banyak, bolehla pergi blogshop ni *wink*


Betul ke ini blog Heliza Helmi?

Wednesday, December 15, 2010

| | | Comments: (17)
Salam sweet readers..


Amacam? tajuk entry kali ni myra guna pakai nama artis bertudung kita yang tak lain dan tak bukan si cantik Heliza Helmi..hehe..mengancam tak?wuwuwu..sungguh terpegun melihat wajahnya nan ayu yang putih gebu ni..sangat cun!Owyeaahh..ini bukan pancing memancing tau tapi kenyataan itu yang kita utamakan..hehe


Fullamak, apa tujuan sebenar tajuk entry ni? "Ini blog Heliza Helmi ke"? Oh tidak! Blog Heliza bernama INI BLOG MATA..Tuan punya blog ini pula bernama Nur Amirah ya bukan Heliza Helmi..hehe..Jauh sangat perbezaan cik myra dan cik heliza ni..Cik heliza putih gebu cantik molek dan cik myra hanyalah insan biasa yang merupakan seorang blogger bukan artis-artis tu ye..hee..So, tang mana samanya cik adik uii?meh sini habaq mai kat cheq..



Huahua..cik heliza yang macam cik myra?atoyaiii..Tuu diaaa...dia olang dok pancing ape dekat blog myra ni..hee..same ke myra ngan  cik heliza tu? Ohh no!Pandai ea pancing-pancing ikan macam ni, selamat blog myra takde ikan kalau tak, dapatla korang sorang sekor ikan paus..huahua..Cik adik, habaq mai tang mana yang cik myra ni sama ngan cik heliza tu?Cik heliza dapat tau ni sure dia gelak geli-geli perot..wuwuwu..Cuba tengok ni, indahnya ciptaanNya..






Macam biasala ea, myra memerlukan jasa baik korang untuk mengundi blog myra di blog baru pilihan *wink* Jasamu kan ku kenang..hehe :) 

Klik di atas untuk mengundi

Saya sudah jatuh cinta dengan link ini sebab dapat Blogwalking dengan pantas!

Tuesday, December 14, 2010

| | | Comments: (16)
Wuwuwu..tak sangka sampai boleh jatuh cinta dengan benda tak hidup ni..Kalau selalunye dengar manusia bercinta dengan manusia tapi sekarang macam-macam ada kan kan..ada yang bercinta dengan bantal busuk, bear kesayangan and ade jugak yang bercinta dengan haiwan sampai boleh bawak kawin wooo dasyat-dasyat..Kat bawah ni salah satunya..hehe 

Tapi kalau manusia normal, mesti tak terlintas dek akal fikiran nak kahwin dengan benda tak hidup ataupun binatang kan kan sebab ape? sebab mereka normalla ade nafsu dekat kaum manusia sekalian alam..heee..SO, berbalik kepada tajuk asal, myra sudah jatuh cinta dengan link?link yang mane satu? Ohh, ini dia link yang dinamakan Mister Linky's Magical Widgets!




Eh, apa kelebihan link ni sampai myra jatuh cinta sambil tangkap cintan dengan dia?hehe..Okae, kelebihannya ialah kita dapat blogwalking secara bertubu-tubi bak peluru pistol yang sedang enak menembak di padang tembak..hehe..okae, cukup myra cukup..Actually, myra dah lama berkenan dekat link ni, tapi malu tambah segan untuk menyunting dirinya tapi takpela nanti bila myra dah bersedia myra akan melamar dia untuk terus duduk di blog myra sebagai peneman setia setiap masa..Tak sabar nak melamar dia sebab nanti meriahla blog dengan link kawan-kawan blogger..hehe..tunggu ya! :)



Okae, sebelum tu, myra nak promote sket ni, almaklumlah pintu undian untuk blog baru pilihan 2010 sudah dibuka, jasa baik anda anda untuk undi blog myra sangat dihargai *wink*




Undian untuk blog baru pilihan 2010 kini dibuka!

Monday, December 13, 2010

| | | Comments: (4)
Walla sweet readers, good news kan kan..sekarang da boleh start untuk undi mengundi ni..Okae, blog mane pilihan anda?hee..takpe-takpe setiap orang mesti ade pilihan masing-masingkan bergantung kepada korang punya citarasa..Kalau semua punyai citarasa yang same, habisla dunia ni mesti semua sepesen je takde dua tiga pesen..So, jadi tak meriah namenye..heee

Ehem-ehem sebelum tu, buat sesape yang sudi untuk mengundi blog dinky wink myravea ni, bolehla undi num 98 tau tau! Itu num 8 manyak ong woo..Buat mereka yang sudi, mari-mari kelik untuk undi itu num 98 :) Satu undian dari anda sangat berharga di mata yang memerlukan..aceh acehh..Setiap orang punya citarasa berbeza dan pandangan mereka juga berbeza..Undilah blog pilihan hati anda kerna mereka pasti menantikan sokongan dari anda dan anda sekalian :)


Kempen Blog pilihan Malaysia bersama Ben Ashaari

Sunday, December 12, 2010

| | | Comments: (2)
Assalamualaikum pembuka bicara...

Kini tibalah masa myra join kempen yang dianjurkan oleh tak lain dan tak bukan BRO BEN ni..hee..dengan hati terbukanya dia nak tolong support blogger baru untuk promosikan blog-blog mereka yang tercalon dalam Blog Pilihan Malaysia (BPM)..So, takkan nak tunggu sajaa, rezeki takkan datang bergolek iye dak?Mari-mari..Seribu penghargaan buat bro ben, ucapan terima kasih tanda menghargai jasa anda :)


1) Kenapa anda sertai contest ini BLOG PILIHAN MALAYSIA?
Secara jujurnya hati ini tergerak untuk menyertainya kerana ingin memperkenalkan blog baru seperti saya supaya dapat dikenali oleh ramai para blogger di luar sana tu.. Kalau dah ramai kenal, mestilah dapat kutip ramai kawan-kawan baru di alam blogging ni kan? So, dapatlah rasa dihargai dengan cara para blogger tahu blog "dinky wink myravea" ni wujud di alam blogging ni :)

2) Kenapa anda rasa anda layak untuk diundi?
Layak atau tidak itu bergantung kepada setiap individu punya citarasa.. Tak semua yang suka cara kita tapi tak pula semua yang tak suka kan..Itu semua terpulang kepada setiap individu untuk judge kita..Buat yang rasa blog ini patut diundi, hati terbuka luas untuk menerimanya.

3) Ceritakan serba sedikit latar belakang blog anda
Nama blog ini sejak asalnya ialah dinky wink myravea yang membawa maksud gadis kecil molek mengenyit..Dulu masa nak susun nama blog ni pening jugak "myravea dinky wink" ke "dinky wink myravea"? At last letakla num dua tu tapi URL tetap gunakan nama myravea sebab biar pendek asalkan selamat sebab nama yang singkat ni selalunya senang nak engat dan tak berlakunya kekeliruan..Entry di dalam blog ni banyak yang berunsurkan tips yang boleh diguna pakai untuk kehidupan seharian mahupun untuk blog..Selain itu, blog myra juga ada membuat servis tempahan header..Sangat best rupanya melayan kerenah para blogger yang menempah ni, selain dapat kenal dorang dari dekat dapat jugak kongsi ilmu bersama-sama..Macam-macam ragam myra jumpa tapi Alhamdulillah semua ragam myra dapat layan dan mereka dapat apa yang mereka impikan..Tujuan servis ini dibuat ialah supaya para blogger memperolehi header idaman mereka..Tak salah untuk berkongsi apa yang kita ada kan :) Lagipun myra memang suka tengok header cantik-cantik dan dari situ timbulnya minat..


Last but not least, buat sesiapa yang sudi mengundi bolehla 




p/s : Masa mengundi adalah pada Jam 7 pagi 13 disember (isnin) - jam 7 pagi 17 disember (jumaat)..Blog myra tersenarai di kumpulan 3

Ada apa dengan air mata?

| | | Comments: (3)


Situasi pertama :" Actually, result aku better dari last sem weh..menangis riang hati ni"
Situasi kedua : "Actually, result aku teruk gila dari last sem weh..menangis duka hati ini"


Ohh..ade dua maksud rupanya bila air mata berjuraian membasahi pipi..sedar atau tidak kadang-kadang kita selalu salah sangka, bila dia tu nangis je ohh mesti dia ngah sedih gaduh ngan pakwe takpon ohh, mesti dia kena marah ngan parents dia sebab asyik merayap di perigi2 jalanan je..hee..contoh yang xde kena mengena langsung kan kan..ntah-ntah dia tu nangis sebab parents die nak belikan die kereta lamborghini buatan Itali ke sebab tu die menangis gembira sampai tak terkata-kata dan hanya dapat mengalirkan air mata sebelum berkata-kata..haa..lu pikirla sendiri, jangan kita main bedal je lontarkan pandangan palsu kita tanpa mendengar dia berbicara..hehe..okae, kita tutup mukadimah entry ni ea :)


Berdasarkan petikan di atas, acee acee rindu pulak zaman SPM dulu dok ayat berdasarkan-berdasarkan..tetttttt..Berbalik kepada dua situasi di atas, cik adik ni memang pernah merasai kedua-dua situasi kat atas tuu..baik duka lara mahupun riang ria ketawa gembira..Hampa penah dak?ehh, kalau tak pernah tu, otak hampa memang otak cap A a.k.a genius la tuu kan kan..kasi pinjam sini mari!Bisa kita kongsi bersama..heee


Kalau korang nak tau, ada berita tergempar hari tu tau tak! hari apa? alaa, hari UITM result sedunia opss seMalaysia je kak oi takyah tokok tambah..hee..Okae, maybe sudah lapuk sbb ramai dah tau..So, dengar macam ramai jee tersenyum puas dapat result tambah-tambah student UITM Kuala Pilah yang ambil kos bisnes ni..hee..congrets tuk pelajar UITM yang tersenyum plus menangis riang tuu ea.. dan buat yang mengalami situasi kedua, hopefully masih teguh gagah perkasa dan kuat semangat sebab jangan risau, next sem buat sehabis baik..belajar dari kesilapan dan pengalaman kan kan, maybe sebab nak suruh paper yang kne repeat tu akhirnya dapat "A" kot..wooo sape taknak kan kan?so, teruskan usaha selamat maju jaya!

Klik untuk tumbesaran mata

Banyakkan saya blurblur kan die hehe..sampai gpa pon tinggal tiga kat depan dengan titik skali..hee, gatai sungguh tangan saya..Alhamdulillah syukur akhirnya merasa jugak dapat DL,rezeki untuk sem ni namanya.. Btw, tak baik woo hampa pandang rendah kat mereka-mereka yang kena repeat tuu, silap-silap next sem result depa lagi superb dari hampa..masa tu baru tertonjol mata dan telinga hampa dengaq..mau tak nya hampa yang rasa segan balik sebab pnah dok kutuk dia..SO, tutup mulut sudaa takyah bising-bising dorang pon nak belajar dari kesilapan kan..bagi mereka ruang untuk belajar jangan kecilkan hati mereka..engatlah kawan yang sebetulnya kawan akan bantu kita bukan hentam kita.."Support itu perlu"  :) *winkwink*

Tempahan design kini dibuka!

Wednesday, December 8, 2010

| | | Comments: (252)






TERMA & SYARAT

HEADER @ COVER TIMELINE : RM15-20
  1. Maklumat diperlukan: 
  • Nama blog (title,tagline) & URL blog
  • Tema & konsep
  • Gabungan warna
  • Gambar (attach di email)
  • Sketch (jika ada) 



TEMPLATE BLOG : RM40-50

  1. Hanya pengguna www.blogger.com sahaja.
  2. Harga design blog RM40 - RM50 , bergantung pada jenis design yang diminta. 
  3. Proses design akan dimulakan selepas bayaran diterima.
  4. Hantarkan maklumat tempahan anda dan draft atau sketch bagi tempahan template / header.
  5. Tempahan Full Template memerlukan password & email blog anda.
  6. Tempahan boleh terus dihantar ke email (myravea@yahoo.com) @ personal fb (http://www.facebook.com/myravea)





FULL TEMPLATE 
(Template+Header+Footer+Banner+Menu tab+watermark) : RM70-100

  1. Maklumat diperlukan: 
  • Nama blog (title,tagline) & URL blog
  • Tema & konsep
  • Gabungan warna
  • Warna di post entri dan sidebar
  • Menu tab ( Title tab)
  • Sketch (Jika ada) 

PAYMENT
  • Bank in @ Transfer (MAYBANK ONLY)








COVER TIMELINE







TEMPLATE blog




BANNER

 

HEADER BLOG