Hello sweet readers!
Entry kali ni kita bercakap mengenai warna pulak ye..Kalau korang tengok sekeliling kita, i mean segala objek yang berada di atas muka bumi ini semuanya mempunyai warna..Sebagai contoh, pokok yang hijau,dahan yang berwarna coklat, buah yang berwarna merah misalnya..Kiranya ia menjadi sesuatu pelengkap untuk sesuatu benda itu..Menarik bukan?
Cuba kita bayangkan pula dengan mengambil pokok buah sebagai contoh..Jika pokok, dahan serta buah semuanya mempunyai warna yang sama, apa akan terjadi?Mungkin bosan itu kata yang tepat..Sekarang bayangkan pula seluruh alam ini hanya mempunyai dua warna sahaja iaitu hitam dan putih seperti filem dahulu kala, mungkin menarik untuk ditonton dek kerana elemen kelakar itu dimasukkan tetapi jika elemen itu tidak ada mungkin mood kita ketika menonton statik sahaja..Dunia yang gelap gelita tanpa warna sudah semestinya membosankan..
Acece, skema bebenau ayat kat atas ni..huahua..Baiklah, maka tamatlah mukadimah di atas ni ye..Jom kita baca tentang warna yang dapat mempengaruhi mood seseorang seperti yang ada tertulis di dalam buku
COLOUR TERAPHY :
.............................................................................................................
Warna merah – berhubungan dengan cakra dasar yang mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran. Merah boleh mengatasi anemia, kekurangan tenaga, mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit kulit, dan jangkitan saluran kencing.
Warna Jingga – berhubungan dengan cakra limpa yang mengatur sirkulasi dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan kegembiraan dan keceriaan.
Warna Kuning – berhubungan dengan dengan cakra solar plexus yang mempengaruhi intelektual dan mengambil keputusan. Warna kuning juga boleh mengawal konsentrasi haid.
Warna Hijau – berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna penyembuh kerana ia menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.
Warna Biru – berhubungan dengan cakra kerongkong. Warna ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan bawah pinggang , asma, dan migran.
Warna Ungu – merupakan warna cakra mahkota dan berhubungan dengan tenaga dari fungsi fikiran tertinggi . Warna ini membantu meningkatkan rasa percaya diri, mengurangi rasa tidak berdaya, serta mengubati kelainan mental dan saraf.
Warna Hitam – sering dikaitkan untuk menekan nafsu makan. Bagi yang ingin mengurangi berat badan, pakailah lapik berwarna hitam untuk meja makan.
...................................................................................................................................
Kalau korang nak tahu, kita boleh buat sendiri terapi warna ni dengan pelbagai cara..Lakukan selama 5 hingga 10 minit setiap kali terapi 4 kali seminggu..Ewah, korang jangan ingat benda lain je yang boleh wat terapi, terapi warna untuk diri kita ni pon boleh tau!hehe..
Cara untuk terapi warna :
1) Kita boleh lakukan terapi ni di ruangan yang kecil dengan menggunakan lampu yang berwarna.Di ruangan itu, kita boleh tidur dengan santai sambil mendengar muzik yang sesuai..
2) Pegang benda dengan warna yang kita perlukan termasuklah dengan cara memakai baju dengan warna yang diperlukan..Walaupun cara ini tak secepat sinar, gelombang warna yang ada pada baju mampu merembat masuk melalui kulit.Sebagai contoh, kalau nak rasa berani pakailah baju warna merah.Kalau nak wawancara, pakailah baju warna biru supaya dapat melancarkan komunikasi dan kalau nak rasa yakin pakaila baju hitam.
p/s: Terapi warna dapat menyeimbangkan aura tubuh